Tuesday, February 9, 2010

Pelancaran Alpha Lipid Lifeline dan SD2 di Osaka, Jepun



Pada 4hb-8hb Februari 2010, para pemimpin dari N.Z. New Malaysia telah melakarkan satu lagi sejarah dalam bisnes ini. Pelancaran pejabat N.Z. New Image di Osaka Jepun. Maknanya satu lagi income dalam matawang Yen pula kita boleh dapat dalam bisnes ini. Menariknya bisnes ini, walaupun anda di Malaysia tetapi anda boleh mendapat income dari matawang Yen sekiranya anda mempunyai rakan2 di Jepun. Sekiranya mereka menyertai anda, pendapatan mereka pun anda akan dapat..DALAM YEN!

Di sini saya bawa petikan pengalaman En Wan Hamidi semasa beliau di Osaka, Jepun

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah kami selamat tiba di tanah air jam 745malam tadi setelah terbang lebih kurang 8 jam dari Osaka-Singapore-KL. Orang kata jauh perjalanan banyak pengalaman dan ilmu diperolehi. Benar sekali kata-kata tersebut.
Apabila kita keluar dari Negara kita dan bermusafir ke tempat orang lain yang berbeza budaya dan bangsa dengan kita sudah pasti ada banyak yang kita dapat pelajari.

Antara perkara yang saya pelajari di Jepun walaupun dalam jangkamasa singkat saya lihat orang Jepun memang suka bersenam. Sebab itu jarang saya lihat yang obese. Di Bandar Osaka, rata-ratanya mereka berjalan kaki pergi kerja, 2 km berjalan kaki itu amalan biasa walaupun pada ketika musim sejuk.

Kebanyakan mereka menggunakan public transport iaitu kereta api bawah tanah spt Shinkansen untuk pergi kerja, dan mereka berjalan kaki ke ofis mereka setiap hari. Ramai yang berbasikal ke tempat kerja walaupun pakai kot dan tie! Biasa bagi mereka!
Ibu bapa bagi Pelajar-pelajar sekolah pula tidak dibenarkan hantar anak-anak dengan menaiki kereta, tetapi anak-anak akan beratur mengikut kumpulan dari tempat penginapan mereka dan akan berjalan berkumpulan ke sekolah, dekat atau jauh, kenalah jalan! Kawan saya cerita kepada saya, ada budak sekolah berjalan 2km sehala setiap hari ke sekolah pergi dan balik!

Tidak peliklah orang Jepun mempunyai Jangka Hayat Hidup paling lama iaitu hampir 80tahun. Selain faktor pemakanan yang kurang lemak dan semulajadi, faktor senaman samada berjalan kaki atau bersukan adalah amat membantu menyihatkan badan dan menjauhi tubuh badan dari penyakit.

Kita di Malaysia ini rata-ratanya tidak ada masa, dan sering menggunakan jalan mudah seperti menaiki motor, kereta, naik lif atau escalator instead of naik tangga. Kalau parking kereta mau parking paling dekat.
Kita terlalu banyak makanan proses (processed food) seperti KFC, McD, PizzaHut dll. Kurang beriadah, sebab itu ramai yang kena penyakit jantung, diabetes, arthritis, dan sebagainya pada usia muda seperti awal 30an.

Fikirkan-fikirkanlah saudara, kesihatan tubuh badan anda penting untuk anda dan jangan tunggu ianya terlambat.

Kami dalam perniagaan ini dapat membantu anda jadi sihat dengan pemakanan semulajadi Alpha Lipid Lifeline(kolostrum) dan juga Slim Diet 2 (SD2) untuk slimming atau maintain ideal BMI.

Janganlah terlalu kedekut untuk berbelanja kepada kesihatan diri sendiri, amalkan Alpha Lipid Lifeline sebagai Sarapan Pagi yang Berkhasiat untuk anda. SD2 pula bantu anda kurangkan kolesterol dan lemak dalam badan. Banyak kajian menunjukkan bahawa obesity boleh membawa masalah penyakit berbahaya spt sakit jantung (no.1 killer), diabetes, hipertensi, renal failure dll.

Akhir kata, amalkan pemakanan sihat dan amalkan gaya hidup yang sihat.
Sekian

Wan Hamidi Wan Sulaiman
Ahli Farmasi/Konsultan Kesihatan
Millionaire Coach/Leader
Products: Alpha Lipid Lifeline & Slim Diet II

Setelah membacanya, tentu anda terfikir betapa kurangnya perhatian kita kepada kesihatan. Jadi eloklah mengamalkan Alpha Lipid sebagai sarapan pagi kita, demi kesihatan.

No comments: