Tuesday, December 22, 2009

Alpha Lipid- Makanan Kesihatan Yang Lengkap




Apa yang anda inginkan dalam usaha anda untuk bertambah sihat? Sudah tentu makanan kesihatan yang lengkap bukan? Jadi anda semestinya memerlukan vitamin-vitamin dari A-E, anda juga perlukan kalsium, magnesium, mineral, antibodi dan sebagainya bagi keperluan badan anda. Oleh yang demikian, maka ramailah yang mengambil inisiatif membeli vitamin-vitamin dan keperluan lain di farmasi-farmasi. Dan setiap harilah anda terpaksa menelan pil-pil vitamin itu bagi memastikan badan anda sihat. Saya kagum dengan usaha anda untuk menjaga kesihatan, tapi bukankah itu sedikit menyusahkan kerana yang pertama anda terpaksa menelan pil. Dan yang kedua harga bagi setiap vitamin-vitamin itu berlainan dan harganya sekitar RM30-RM40 setiap satu?

Oleh yang demikian, sudah sampai masanya kita mencari sesuatu yang mudah. Dalam erti kata lain, yang senang diminum, mengandungi semua benda yang badan anda perlukan dan yang penting sekali, MURAH!

Cuba anda lihat gambarajah di atas. Pertama sekali Alpha Lipid Lifeline mengandungi kolostrum. Kolostrum adalah selamat, ia telah disediakan oleh alam semulajadi sebagai makanan awal mamalia. Adalah sukar untuk membayangkan ada makanan tambahan lain yang lebih semulajadi dan lebih berfaedah.

Apa maknanya pada anda? Waktu anda dilahirkan, makanan pertama yang anda ambil ialah kolostrum iaitu dari susu ibu. Kolostrum dalam Alpha Lipid ini adalah gred 10, iaitu gred paling tinggi. Apa fungsi KOLOSTRUM? Ia meningkatkan sistem imunisasi kita, mengandungi faktor pertumbuhan, jadi tidak hairanlah ia boleh meneutralkan patogen pembawa penyakit dan membuat kita AWET MUDA. Untuk pengetahuan anda, bila umur kita meningkat, hormon pertumbuhan kita semakin menurun, begitu juga sistem imun kita. Jadi penting sangat-sangat kita mengambil kolostrum.

Dalam Alpha Lipid ini juga mengandungi formula lipid, iaitu formula yang telah dipatenkan dan tidak boleh ditiru. Ia berfungsi membantu penyerapan kolostrum hampir 100% dalam badan. Ia juga bagus untuk kanak-kanak kerana Alpha Lipid ini adalah makanan untuk minda. Ia meningkatkan fungsi otak, cukup sesuai bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Selain itu, bagi pembentukan dan untuk menguatkan tulang serta gigi, kalsium juga ada di dalam segelas Alpha Lipid ini. Kenapa kalsium? Kerana kajian mendapati hampir 50% wanita di Malaysia mengalami masalah tulang yang rapuh dalam peringkat umur 35 tahun ke atas. Faktornya kerana kekurangan kalsium. Jadi kalsium memang penting.

Acidofilus pula adalah bakteria baik untuk usus. Penyakit kita berpunca dari usus yang bermasalah. Kita tidak pasti sama ada usus kita ini sihat atau tidak untuk melawan penyakit. Oleh yang demikian, penjagaan usus juga tidak boleh dipandang ringan.

Akhir sekali, dalam segelas Alpha Lipid Lifeline mengandungi semua vitamin dan mineral. Pendek kata, LENGKAP! Jadi apa maknanya kepada anda? Berhenti mencari...Kami dah jumpa makanan kesihatan anda yang LENGKAP, MUDAH DAN MURAH!

Hanya mengamalkan sebagai sarapan pagi, kesihatan anda akan menjadi lebih baik. Mulakan sekarang!

Hafiz Hamzah
012-9155159

Tuesday, December 15, 2009

Cerita dari Miri, Sarawak




Isnin 3ptg 14Disember 2009

Saya baru tiba di KL, pagi tadi terbang pulang dari MIRI Sarawak.

Semalam kami buat BP-bisnes presentation Alpha Lipid di sana. Alhamdulillah amat memberangsangkan, selain testimoni yang POWER atau "miracle recovery", 2 orang doktor pakar memberikan pendapat dan pengalaman mereka menggunakan produk Alpha Lipid Lifeline, bukan setakat untuk kegunaan diri sendiri malah untuk pesakit-pesakit mereka.

1) Pertama -testimoni dari Puan M(maaf tak ingat nama) beliau mengalami pelbagai simptom seperti stress (sehingga dirujuk kepada pakar psikiatri), haid tidak teratur, kencing manis, saraf-saraf rosak sehingga sukar berjalan dan juga tidak boleh tidur. Beliau disarankan makan pelbagai ubat sehingga 15 biji ubat setiap hari! Alhamdulillah setelah cuba Alpha Lipid beliau kini dah pulih dan sihat! Tak perlu makan ubat yang begitu banyak, Sekarang tidur lena, dan semua penyakit stabil! insyaAllah hujung minggu ini beliau akan ke KL untuk melancong sambil berjumpa anaknya yang belajar di KL. Alhamdulillah! beliau menitiskan air mata ketika memberikan testimoni, memang terharu kerana kini beliau dah jumpa penawarnya!

2) Dr. Aida bt Esa
seorang doktor pakar sakit puan (O&G)dari sebuah hospital swasta di Miri menyatakan bahawa beliau menggunakan produk ini untuk mengurangkan masalah resdung dan masalah alergi di kalangan ahli keluarganya dan dirinya sendiri. Alhamdulillah jika sebelum ini setiap hari beliau mudah kena resdung tapi kini beliau bebas dari masalah tersebut, begitu juga anak-anaknya. oleh kerana beliau dah yakin dengan produk Alpha Lipid, beliau menyarankan pesakit-pesakit beliau menggunakan produk ini.
Ada yang mengalami masalah haid yang tidak teratur, ketumbuhan (cyst), amenorrhea (tiada haid langsung), dan juga kes endometriosis (sakit sewaktu datang haid), semua masalah sakit puan/wanita ini berjaya dikurangkan oleh pemakanan semulajadi Alpha Lipid! Mungkin kolostrum mengandungi growth factor( faktor pertumbuhan) yang membantu menstabilkan hormon dalam badan wanita dan membantu mengembalikan sistem normal peredaran hormon wanita. So wanita-wanita amat disarankan ambil pemakanan semulajadi kolostrum Alpha Lipid ini!

3) Dr. Norris Naim, seorang lagi doktor pakar kaji penyakit dari Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur (yg berkunjung ke Miri bersama kami) menyatakan pemakanan seperti kolostrum ini membantu tubuh badan kita dari segi membenteng/menghalang datangnya penyakit yang mungkin menyerang tubuh badan kita suatu hari nanti. Beliau memberikan satu analogi/metafor sebegini : "Ibarat rumah kediaman kita, perlu ada grill, perlu ada pintu, perlu ada alarm, untuk menghalang pencuri/penjahat memasuki rumah kita, seperti itulah juga pemakanan kolostrum Alpha Lipid ini, ia memagarkan diri kita dari serangan pelbagai penyakit yang mungkin menimpa kita suatu hari nanti." So jika anda mengamalkan Alpha Lipid, insyaAllah tubuh badan anda ibarat dipagari dari segala penyakit yang mungkin melanda anda. Ia bukanlah satu jaminan bahawa penyakit TIDAK akan datang menyerang, tetapi sekurang-kurangnya penyakit sukar menjangkiti kita atau susah lah sikit nak kena sakit, seperti juga tiada jaminan bahawa pencuri tidak akan masuk ke rumah kita, tapi at least jika ada gril, pintu dikunci, ada alarm or kamera, sukarlah sikit pencuri nak masuk.

Kesimpulan dari trip saya ke Miri pada kali ini ialah:

a) Produk Alpha Lipid Lifeline memang "JADI" dan banyak manfaatnya untuk orang ramai.

b) Anda tidak perlu ragu lagi, doktor-doktor pun dah percaya produk kolostrum bagus untuk kita.

Akhirnya dengan produk yang sebegini hebat dan berkesan, maka pasti BISNES ini pasti BERKEMBANG LAGI! Make sure u join and make a lot of money by helping people stay away from illness!!

YAKINLAH! IKUT Sahaja kami!


Petikan dari laman blog En Wan Hamidi

Berdasarkan pengalaman En Wan Hamidi di Miri, sukar untuk menyatakan bahawa ada makanan lain yang lebih semulajadi dari kolostrum. Tidak dinafikan pelbagai produk kesihatan di luar sana semuanya bagus-bagus, tetapi Alpha Lipid ini 'MUDAH'. Semuanya lengkap untuk keperluan badan. Jadi tidak hairanlah ianya amat-amat disarankan oleh doktor-doktor pakar di Malaysia.

Jadi bertindaklah sekarang melindungi diri anda dan keluarga dari serangan pelbagai penyakit melalui amalan Alpha Lipid Lifeline sebagai sarapan pagi.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Sunday, December 6, 2009

Kepuasan Membantu Insan Lain

Dua minggu lepas saya ke Hospital Serdang setelah mendapat tahu ibu kepada kawan saya dimasukkan ke hospital kerana kencing manis. Satu jari kakinya terpaksa dipotong kerana bacaan gulanya sekitar 27mmol/l. Manakala jari kaki yang lain dah mula luka. Ngeri betul saya tengok keadaan beliau.

Lalu dengan niat ikhlas ingin membantu, saya mencadangkan agar beliau minum Alpha Lipid ini. Tak tahan melihat ibunya terus menderita sakit sebab doktor sendiri dah tak boleh buat apa-apa untuk menurunkan paras gula itu. Selepas pembedahan, ibunya mula minum. Apa yang berlaku ialah selepas 3 hari, doktor membenarkan ibunya keluar dari hospital bila ada penurunan sedikit pada bacaan gula.

Jadi malam semalam saya dan En Wan Hamidi melawat ibu beliau di rumahnya di Sg Way, Petaling Jaya. Kawan saya menyambut kami dengan perasaan seronok sangat-sangat. Kami pun hairan la kenapa happy semacam je. Rupa-rupanya ibu beliau mula beransur pulih! Sekarang bacaan gula telah turun ke 4mmol/l! Patutla seronok semacam. Beria-ia beliau menceritakan betapa terkejut melihat penurunan drastik itu selepas 13 tahun menderita penyakit kencing manis ini, malam itu terus ambil lagi 3 tin..

Dalam hati saya terrbayang kepuasan bila dapat membantu insan lain menjadi lebih sihat. Ibu beliau bukan sahaja bertambah sihat, malah banyak kos perubatan telah dapat dijimatkan. Alhamdulillah.

Itulah, kalau kita memang berniat nak membantu orang, insya'Allah tuhan pasti membantu kita. Jadi jangan berat mulut nak menceritakan produk yang baik ini kepada orang lain. Kongsikan pengetahuan anda. Lebih ramai yang tahu, lebih murah rezeki anda, percayalah..

Hafiz Hamzah
012-9155159

Tuesday, December 1, 2009

Jadual BP bagi Disember 2009

Bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Alpha Lipid Lifeline, anda dialu-alukan untuk datang sendiri, mendengar dari kami sendiri khasiat Alpha Lipid. Anda akan jadi saksi diri sendiri, di sana testimoni dari mereka yang merasa sendiri perubahan selepas menggunakan Alpha Lipid. Jangan mendengar dari mereka yang tidak pernah datang ke majlis, lalu terus mengeluarkan komen yang tidak betul.



1 Disember Selasa 8.30mlm Seremban Hotel Seri Malaysia

2Disember Rabu 8.30mlm KL-Wisma Sejarah Tingkat 2

5Disember Sabtu 3ptg Tawau, Sabah at Hotel Heritage

6Disember Ahad 3ptg Kota Kinabalu,Sabah Theater Room Marina Sutera Harbour

7Disember Isnin 8.30mlm KL- Sri Damansara Club

8DisemberSelasa 8.30mlm Bangi di Bilik Orkid, Bangi Golf Resort

9Disember Rabu 8.30mlm KL-Wisma Sejarah Tingkat 2

10Disember Khamis 730mlm JAKARTA-Hotel Manhattan, Jakarta Pusat

11Disember Khamis 730mlm KUCHING, Sarawak di Hotel Hilton

11Disember Jumaat 3ptg MEDAN, Indonesia-Hotel Garuda, jln Glugor

12Disember Sabtu 3ptg SIBU, Sarawak (tempat akan diberitahu kelak)

13 Disember Ahad 3ptg MIRI, Sarawak di Everly Hotel

14 Disember Isnin 8.30mlm KL- Sri Damansara Club

16Disember Rabu 8.30mlm KL-Wisma Sejarah Tingkat 2

18Disember Jumaat 3ptg Sg Petani, Kedah di Hotel Emerald Puteri

19Disember Sabtu 3ptg Penang, perpustakaan negeri seberang jaya

21Disember Isnin 8.30mlm KL- Sri Damansara Club

22DisemberSelasa 8.30mlm Bangi di Bilik Orkid, Bangi Golf Resort

23Disember Rabu 8.30mlm KL-Wisma Sejarah Tingkat 2

27Disember Ahad 3ptg Batu Pahat, Johor di Hotel Caterina

27Disember Ahad 9mlm Johor Bharu, Johor di Hotel Tropical Inn

28Disember Isnin 8.30mlm KL- Sri Damansara Club

30Disember Rabu 8.30mlm KL-Wisma Sejarah Tingkat 2

Thursday, November 26, 2009

Testimoni Diabetic Food dan Bayi Jantung Berlubang




Saya ingin berkongsi beberapa testimoni terkini yang saya dengar dan lihat sendiri ketika melakukan bisnes presentasi Alpha Lipid.

1) yang pertama- Bayi Jantung berlubang.
Semalam di Pulau Pinang ketika menjadi presenter saya memanggil Encik Zul, isteri dan anaknya berumur 8bulan yang menghidapi masalah jantung berlubang dan beberapa masalah organ lain. Pada awalnya kisah anak encik Zul terpapar di harian metro pada bulan Ogos yang lalu, dan kemudian ada ejen Alpha Lipid menelefon beliau supaya mencuba produk Alpha Lipid Lifeline. Sebelum ini Doktor ingin melakukan pembedahan ke atas bayi tersebut, tetapi sejak minum Alpha Lipid lebih 2 bulan, kini bayi tersebut kelihatan sihat dan cergas dan kini doktor kata tak perlu bedah! Sebab babynya dah sihat! Alhamdulillah. Cara Encik Zul bagi kepada bayi beliau ialah, beliau ambil satu scup Alpha Lipid dan digoncang guna botol susu bersama air sejuk/dingin, kemudian di beri minum 2 kali sehari. Ternyata bayinya sihat!

2) yang kedua -Testimoni Diabetic Foot (Kaki Berlubang akibat Diabetic Gangrene)

hari rabu yang lalu ketika saya memberi presentasi di KL saya diberikan nama untuk dipanggil untuk testimoni. Encik Baharin dari KL adalah pesakit kencing manis dan mengalami masalah diabetic foot-yang mana kakinya berlubang dan apabila pergi berjumpa doktor maka doktor menyarankan supaya kaki beliau diPOTONG! Nasib baiklah ada rakan beliau menyarankan Alpha Lipid untuk mengatasi masalah gangrene tersebut (seperti gambar di atas). Biasanya bacaan gula dalam darah Encik Baharin adalah 20mmol/l iaitu amat tinggi dan merbahaya. Pada awalnya beliau cuba minum Alpha Lipid 2scup 2 kali sehari sahaja, tapi tak turun jugak paras gula! Lantas, rakannya menyarankan ambil 2scup setiap 4jam! (maksudnya minum 6 kali sehari!) selepas beberapa hari Alhamdulillah luka gangrene semakin mengecil dan daging/isi kaki tumbuh semula! Beliau naik ke pentas masih lagi ada kaki dua-dua belah! TAK JADI POTONG!!

Anda mungkin tidak percaya apa yang saya ceritakan di sini, tapi itulah REALITInya! Anda perlu hadir sendiri di majlis Bisnes Presentasi Kami sebab biar anda dengar dan jumpa sendiri dengan penyampai testimoni-testimoni!

Seeing is believing! Bukan ilusi, tetapi realiti! Bukan rekaan, ianya NYATA!

Produk Alpha Lipid Lifeline ini memang terbukti BAGUS dan BERKESAN!!
Sebab itulah saya sentiasa bersemangat dan sentiasa ingin berkongsi kebaikan produk ini kepada sesiapa yang saya jumpa, semoga saya dapat membantu mereka menjadi lebih sihat.


Sumber dari laman blog En Wan Hamidi

Friday, November 20, 2009

Antara Kebuluran Dunia dan Obesiti di Malaysia







Saya tertarik dengan rencana yang ditulis oleh Dr. Irfan Mohamad di Utusan Malaysia bertarikh 18 November 2009. Beliau adalah Pensyarah Perubatan ORL di Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM. Oleh itu saya ingin berkongsi dengan anda semua dan sama-samalah kita renungkan.

" Sidang Kemuncak Keselamatan Makanan Dunia anjuran Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini dipenuhi dengan isu permasalahan kronik di negara-negara miskin iaitu kebuluran.

Mengikut statistik, seorang penduduk dunia mati akibat kebuluran dalam setiap enam saat. Ini bermakna, berjuta-juta penduduk kehilangan nyawa setiap tahun akibat kebuluran.

Melihat angka-angka ini, hati berasa begitu tersentuh. Jika di negara miskin rakyatnya mati kerana tidak makan, di sini ramai yang maut kerana terlebih makan. Rakyat kita makan secara tidak seimbang, menyalahgunakan makanan dan pembaziran makanan. Kita berdepan dengan masalah obesiti.

Contohnya, penyakit jantung yang dikaitkan dengan obesiti serta penyakit diabetes yang dicetuskan oleh pengambilan makanan dengan kaedah yang tidak berdisplin.

Obesiti merupakan faktor boleh diubah yang menjadi risiko mendapat serangan jantung. Amalan pengambilan makanan yang berkolestrol tinggi menggalakkan lagi proses penyempitan salur darah yang menjerumuskan kepada gejala sakit jantung. Pemahaman yang silap bahawa makanan manis seperti gula pasir sahaja yang akan menyebabkan diabetes juga harus diperbetulkan. Makanan berasaskan karbohidrat seperti nasi dan roti dalam jumlah yang terlalu banyak, walaupun rasanya tawar boleh menyebabkan risiko diabetes.

Apa yang lebih menakutkan ialah faktor-faktor risiko ini saling berkaitan. Contohnya seseorang yang mengalami obesiti, selain berdepan dengan risiko penyakit jantung, mereka turut dilingkari dengan permasalahan diabetes. Statistik di Malaysia sahaja menunjukkan hampir 15 peratus penduduk melebihi 30 tahun disahkan menghidap diabetes.

Tekanan darah tinggi yang boleh mengundang serangan angin ahmar atau strok juga adalah sebahagian daripada rencah dalam penyakit-penyakit berangkai ini. Ia turut sama disumbang oleh amalan pemakanan selain faktor-faktor lain.

Apa yang membimbangkan, ia adalah penyakit lazim di sini, Namun ia sering tidak diberi perhatian. Lebih daripada 60 peratus mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi melebihi paras normal tidak tahu bahawa faktor risiko bagi komplikasi seterusnya itu sedang berada dalam diri mereka. Ia ibarat bom jangka yang menunggu masa untuk meletup.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa obesiti dan diabetes mempunyai faktor penyebab yang lain seperti umur, jantina, keturunan dan sebagainya. Namun salah satu penyumbang utama yang kita tidak dapat nafikan ialah tabiat makan berlebihan.

Persepsi yang menganggap kanank-kanak yang gemuk itu bagus kerana "sihat" wajar diperbetulkan. Kita seharusnya merancang pemakanan dan bukannya makanan merancang kesihatan kita.

Sewajarnya kita menginsafi dan mensyukuri setiap suap makanan yang dikurniakan kepada kita. Ini kerana pada masa yang sama ada orang yang tidak dapat merasai nikmat makanan. Malah hendak menelan air liur pun ada ketikanya tidak boleh kerana turut diancam kekeringan akibat dehidrasi.

Satu cara untuk kita menunjukkan kesyukuran ialah dengan mengambil secara sederhana baik dari segi kuantiti, pembahagian mengikut kelas makanan, aspek kebersihan dan mengelakkan pembaziran.

Marilah sama-sama kita "makan untuk hidup" dan bukannya "hidup untuk makan" kerana makan secara berlebihan boleh mengundang konotasi "makan untuk mati"

DR. IRFAN MOHAMAD


Berdasarkan rencana di atas, kita tahu penyakit berpunca dari tabiat makan kita. Namun itu semua dapat diatasi sekarang. Amalan minum Alpha Lipid setiap hari sebagai sarapan pagi mampu mencegah diri kita dari mendapat penyakit-penyakit berangkai itu.

KENAPA ALPHA LIPID?


Alpha Lipid Lifeline adalah susu kolostrum, sejenis susu awal lembu yang semulajadi, bebas toksik, tiada bahan pengawet, lengkap dengan segala nutrisi keperluan seharian individu.

Ianya bukan UBAT, tetapi ia adalah makanan pertama mamalia sejak lahir lagi. Ia adalah Anugerah Ilahi kepada manusia yang penuh khasiat untuk kesihatan manusia.

Ia dipromosikan sebagai SARAPAN PAGI UNTUK ORANG YANG BIJAK -BREAKFAST DRINK FOR SMART PEOPLE.

Anda perlu mulakan hari anda dengan makanan semulajadi yang penuh berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan seisi keluarga.

Ia sesuai untuk semua peringkat umur, bayi, ibu mengandung dan orang-orang lanjut usia.

Adalah lebih mudah untuk minum segelas Alpha Lipid Lifeline yang mengandungi semua jenis vitamin, prebiotik, minerals, kalsium dan juga Antibodi semulajadi, lebih mudah berbanding dengan menelan pelbagai tablet vitamin, atau supplemen lain.

Untuk yang ada masalah kesihatan/penyakit, teruskan makan ubat, Alpha Lipid adalah makanan semulajadi ia tidak bertindakbalas dengan ubat.

Ia sesuai untuk orang yg ada alahan susu. lactose intolerance person, kerana Susu Alpha Lipid Lifeline tiada mengandungi laktosa.

Apa rasanya? Rasanya sungguh enak, seperti AISKRIM cair.!

Kalau nak tahu bagus atau tidak, anda perlu cuba sendiri, mulakan nya hari ini.

Sekiranya anda penghidap diabetes, darah tinggi, strok, gout dan lain2 penyakit, inilah yang anda cari-cari selama ini. Minuman ini lengkap untuk keperluan badan anda dari segi vitamin, kalsium, faktor pertumbuhan, faktor penyembuhan, mineral dan lain-lain. Ia akan membekalkan apa yang badan anda perlukan dan akan membuang segala sel-sel mati dalam tubuh anda. Badan anda akan menjadi lebih sihat dan segala ubat yang anda makan akan jadi lebih berkesan. Malah doktor akan terkejut kerana dos ubat untuk anda akan menjadi semakin kurang. Dan akhirnya anda tidak lagi perlu bergantung dengan ubat.Jadi apa maknanya kepada anda? Berhenti mencari!!.. Kita dah jumpa dah jawapan kepada masalah kesihatan anda. Amalkan Alpha Lipid mulai sekarang.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Wednesday, November 18, 2009

Alpha Lipid akan Ke Udara di Radio IKIM




New Image Sdn Bhd menapak setapak lagi dalam memperkenalkan Alpha Lipid sebagai minuman sarapan pagi yang lengkap untuk kehidupan. Sebagai permulaan, New Image akan menaja satu rancangan bertajuk "DEBARAN HAJI MABRUR" di radio IKIM.

Rancangan ini akan dihoskan oleh Ustaz Mohd Hasril dan terbahagi kepada 2 sesi. Sesi yang pertama pada 23 Now 2009-2 Dis 2009 yang dibuat secara langsung dari Mekah. Sesi yang kedua pula akan dibuat mulai 7 Dis-12 Dis di Madinah. Dalam rancangan selama 10 minit ini yang bermula setiap pukul 2.30 petang, ia akan memaparkan pengalaman Ustaz Mohd Hasril di Mekah dan Madinah. Beliau akan menceritakan tentang bagaimana Alpha Lipid memberi tenaga dan kesihatan yang baik kerana di sana kita tahu cuacanya tidak menentu. Ramai orang yang menunaikan haji sering menghadapi masalah kesihatan terutama golongan tua. Jadi dengan Alpha Lipid, insya'Allah ibadah haji ini dapat disempurnakan dengan baik tanpa masalah kesihatan.

Di sini saya sertakan frekuensi radio IKIM untuk anda :

Lembah Klang 91.5 FM
Perlis/Kedah/
Langkawi/Pulau Pinang 89.0 FM
Ipoh/Negeri Sembilan 102.7 FM
Melaka 89.5 FM
Johor Bharu 106.2 FM
Kuantan 89.6 FM
Kuala Terengganu 100.2 FM
Kota Bharu 89.8 FM
Kuching 93.6 FM
Kota Kinabalu 93.9 FM

Jadi apa maknanya kepada anda semua? Bisnes ini semakin mendapat perhatian ramai. Siapa sangka radio IKIM kini sudah mengiktiraf Alpha Lipid sebagai makanan kesihatan yang mampu memberi anda keyakinan dalam mengerjakan haji. Ini sudah pasti menutup mulut mereka-mereka yang pernah melabelkan Alpha Lipid in sebagai produk tidak halal. Tapi bagi kami dalam bisnes ini, kami tak perlu melayan semua tohmahan2 tersebut. Kami terus menjalankan bisnes ini, demi membantu mereka mencapai kehidupan yang lebih berkualiti. Sebarkan kepada semua agar mendengar radio IKIM nanti.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Tuesday, November 17, 2009

Jangan Samakan Alpha Lipid Dengan Ubat

Kebanyakkan komen yang saya terima dari para pengguna ialah dari kalangan pesakit kencing manis dan darah tinggi. Mereka mengatakan sakit mereka belum juga sembuh setelah menggunakan Alpha Lipid. Ingat ya, kencing manis dan darah tinggi ini tidak boleh sembuh, cuma boleh dikurangkan. Inilah perkara yang betul-betul perlu kita terangkan kepada mereka sebelum mereka minum Alpha Lipid. Buat pengetahuan semua, Alpha Lipid bukanlah berfungsi sebagai ubat, ia adalah MAKANAN SEMULAJADI.Ramai yang salah sangka bahawa produk Alpha Lipid Lifeline atau makanan kesihatan yang lain bersifat seperti UBAT! Sebenarnya jauh perbezaannya!!

Di sini saya beri petikan dari blog En Wan Hamidi, seorang ahli farmasi.

"...sebagai Ahli Farmasi professional yang menuntut ilmu selama 4 tahun di universiti dan kemudian bekerja di bidang farmasi komuniti ingin memberikan sedikit pendapat berdasarkan sedikit ilmu yang saya ada berkenaan ubat-ubatan moden.

MAKANAN SEMULAJADI:

1. makanan semulajadi seperti nasi, roti, daging,ikan dll adalah MAKANAN dan TIADA kesan sampingan atau risiko bahaya kepada badan anda.
2. ia bukan sekadar untuk menghilangkan lapar dan dahaga (air) tetapi membantu membina tubuh badan yang sihat secara semulajadi
3. Makanan Semulajadi boleh diperoleh di mana-mana tanpa kebenaran doktor

UBAT-UBATAN:
1. Drug/ubat adalah bahan asing dan sebenarnya ada RISIKO side effects ke atas badan anda.
2. Drug memberikan kesan langsung ke atas sistem badan anda dan ia perlu digunakan atas nasihat secara professional dari doktor/ahli farmasi.
3. Sesetengah ubat yang berdaftar didapati merbahaya malah boleh mengakibatkan kematian kepada pengguna.

Kesimpulan yang NYATA antara UBAT vs Makanan Semulajadi ialah pengambilan UBAT memang ada RISIKOnya! Manakala pengambilan makanan semulajadi tiada langsung ancaman bahaya!


Namun begitu, bagi mereka yang sedang mengambil ubat, jangan berhenti!! Diulangi, jangan berhenti dari mengambil ubat. Alpha Lipid tiada kena mengena dengan ubat, sebaliknya bila anda minum Alpha Lipid ini, ia menbantu lagi penyerapan fungsi ubat itu kerana badan anda sudah dipulihkan oleh komponen2 yang ada dalam Alpha Lipid. Biarkan doktor yang menentukan kadar dos ubat2 anda. Dan insya'Allah, selepas anda mengamalkan Alpha Lipid ini, dos ubat akan menjadi semakin kurang. Jangan pula anda menjadi doktor kepada diri sendiri.

Oleh itu, diharap tiada lagi keraguan tentang Alpha Lipid ini. Kesimpulannya Alpha Lipid ini bukannya ubat. Ia dicipta khusus untuk orang sihat, tapi bila orang yang sakit minum, ia bertambah sihat, itu sahaja.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Monday, November 16, 2009

Lindungi Diri Anda Jika Anda Ingin Lindungi Orang Yang Anda Sayangi




Setiap insan memiliki perasaan ingin melindungi atau menjaga orang yang disayanginya. Dan sebolehnya ingin menjaga hingga ke akhir hayat. Tidak kira sama ada kekasih atau ahli keluarganya sendiri. Tapi siapa pula yang dapat melindungi anda? Kalau anda tiada nanti atau sakit, siapa pula yang akan menjaga mereka? Jadi untuk mencapai tujuan anda ini, ANDA lah yang seharusnya menjaga diri anda terlebih dahulu.

Anda sendiri tidak pasti bahawa anda 100% sihat tubuh badan. Anda cuma tahu anda sakit bila anda sendiri sudah rasa tak selesa, badan rasa lemah dan akhirnya doktor mengesahkan anda berpenyakit darah tinggi atau kencing manis atau lain2 lagi penyakit zaman sekarang.

Sebab itulah saya mengesyorkan anda supaya berbuat sesuatu dari sekarang untuk melindungi diri anda dari penyakit. Benteng diri anda supaya tidak mudah diserang penyakit yang sekarang ini bersifat menyerang secara perlahan. Dengan hanya kos RM5 sehari, insya'Allah kesihatan anda akan bertambah baik. Bukan rahsia lagi Alpha Lipid telah banyak membantu mereka yang sakit, mendapat kesihatan mereka semula.

Sampai bila kita nak bergantung dengan ubat, sedangkan kita tahu ubat itu bukanlah penyembuh tapi sekadar penahan sakit kita. Ia banyak memberi kesan buruk dalam badan kita.Ubat juga adalah sejenis dadah dan seharusnya kita mesti menggunakan bahan yang semulajadi bagi menguatkan ketahanan badan kita. Minuman yang berasaskan kolostrum ini ternyata memberi banyak manfaat dalam sistem badan kita.

Kolostrum Alpha Lipid adalah yang berkualiti tinggi, selamat dan diperkuatkan dengan formula Lipid yang membantu kadar penyerapan kolostrum itu hampir 100% dalam badan.Ia adalah makanan semulajadi yang selamat, sesuai untuk semua peringkat umur. Kolostrum adalah makanan awal mamalia, maka adalah sukar untuk membayangkan ada makanan lain yang lebih semulajadi dari kolostrum.

Jadi mulai sekarang cubalah tukar tabiat sarapan pagi anda dari nasi lemak, roti canai atau teh tarik kepada makanan semulajadi yang lebih berkhasiat. Tak salah nak ambil sarapan seperti itu, tapi sekurang2nya anda perlu juga mengambil Alpha Lipid sebagai sampingan bagi menjamin kesihatan anda

Hafiz Hamzah
012-9155159

Saturday, November 14, 2009

Positif, Positif, & Positif



Orang berjaya mempunyai fikiran positif setiap kali memulakan hidup mereka. Mereka melihat setiap peluang yang ada itu sebagai positif. Mereka juga melihat setiap kegagalan itu juga positif. Bagaimana dengan kita? Adakah kita berfikiran positif setiap masa? Positifkah anda bila ada orang yang ingin menerangkan peluang bisnes kepada anda? Belum sempat menerangkan pasti anda terus berfikiran negatif kan? Sebenarnya fikiran kita banyak mempengaruhi tindak tanduk kita seharian.

Sebagai contoh, seorang doktor tahu bagaimana fikiran dapat mempengaruhi diri anda. Sebab itulah beliau mengatakan , “Tidak ada apa-apa, selepas makan ubat, sembuhlah.” Fikiran anda menerima kata-kata itu membuatkan anda sembuh selepas makan ubat. Bukan hanya ubat yang membuatkan anda sembuh, tapi fikiran juga memainkan peranan yang besar.

Apabila positif sudah menguasai anda, anda dengan yakin dan mudah dapat menguasai kejayaan. Jika negatif meresapi fikiran anda, sudah pasti anda akan menjadi orang yang lemah daripada segala segi dan tidak berganjak daripada tempat anda berdiri. Gagal selama-lamanya.

Orang yang negatif lebih suka menjadi penonton daripada peserta. Mereka takut menjadi peserta kerana mereka tidak yakin dapat menang. Di dunia ini, tidak ada yang paling mudah selain mencari orang yang negatif, mereka di sekeliling kita. Memang sukar menemui orang yang positif.

Cara paling berkesan untuk mengelakkan diri dari menjadi orang negatif adalah mengelakkan dan menjauhkan diri daripada orang yang selalu berkata:

"Oh ..Ini tak boleh"

"Susah"

"Lecehlah"

"Ini tak boleh"

Jauhi dari orang yang takut mencuba, selalu mencari jalan singkat mudah dan singkat, tidak mahu melibatkan diri dengan risiko dan selalu memandang sesetengah bisnes seperti network marketing ini sebagai sesuatu yang negatif.

Yang menghairankan, mereka yang negatif ini adalah terdiri dari kawan kita dan ahli keluarga kita sendiri, bukan musuh kita. Musuh kita jarang mempengaruhi kita, sebaliknya selalu memberi cabaran. Tetapi kawan yang selalu berada di sebelah anda itulah yang selalu merosakkan anda.

Jauhilah kawan seperti itu. Anda tak rugi jika kehilangan mereka. Malah satu keuntungan jika anda dapat menjauhi orang yang negatif. Untungnya anda sudah tahu iaitu dapat merintis jalan menuju kekayaan tanpa gangguan mereka. Kalau kita turut terpengaruh dengan mereka, kita pun akan hidup susah seperti mereka.

Dalam mengharungi bisnes Alpha Lipid ini, terlalu ramai yang bersikap negatif bila kita bercerita tentang peluang untuk berjaya. Tapi bagi saya, yang penting tugas kita cuma menyampaikan kepentingan Alpha Lipid ini sebagai benteng kesihatan dan terpulang pada mereka untuk menerima atau tidak. Jangan dibelengu rasa kesal, bengang atau hampa bila anda direject. Mungkin satu hari bila anda sudah berjaya, baru mereka akan mengubah pandangan terhadap anda.

Saya rasa bertuah kerana diberi peluang untuk mengenali orang yang sentiasa positif pemikiran mereka. Orang seperti En Wan Hamidi, En Samhan dan En Nik Hafiz sentiasa memberi nasihat bagaimana pemikiran positif boleh membentuk kejayaan dalam hidup kita.

Teruskan semangat dalam membantu mereka untuk jadi sihat semula. Insya'Allah rezeki kita tetap ada. Mungkin kekayaan belum datang lagi, tapi selagi kita belum berhenti mencuba, selagi itu kita tetap ada peluang untuk berjaya dalam bisnes ini.


Hafiz Hamzah
012-9155159

Saturday, November 7, 2009

Majlis Royalti ke 5 - Peluang Untuk Mendapat Income 5 Angka Tahun depan




Majlis Royalti ke 5 akan diadakan pada 15 November 2009 di Sunway Convention Centre, jam 2 petang. Di samping menyaksikan majlis pemberian bonus, pihak syarikat akan mengadakan cabutan bertuah wang tunai sehingga RM20ribu. Hadiah yang paling utama ialah sebuah kereta Viva!..Bertuah la siapa yang dapat nanti.

Anda tahu tak dengan Majlis Royalti ini anda mampu mencapai pendapatan 5 angka dalam tahun depan? Bagaimana caranya? Macam ni, semasa majlis ini nanti anda cuba bawa lebih kurang 10 orang ke Majlis itu, ajak kawan2, katakan syarikat anda akan mengadakan anniversary dan ada lucky draw seperti yang saya sebutkan di atas.

Bila anda dah bawa, tugas kami pula di sana .insya'Allah mereka akan join sebab masing2 ingin tahu bagaimana untuk mendapat wang dalam briefcase itu. Anda sudah tidak perlu bercerita lagi lebih detail tentang Alpha Lipid ini sebab kami yang akan bercerita. Masing-masing akan cuba mendapat bonus seperti ini pada bulan Mei 2010 nanti. Bila mereka cuba mendapat briefcase itu, insya' Allah, anda juga terpaksa dapat beg juga.

Gunakan peluang Majlis Royalti ini sebaik mungkin, sebab peluang ini cuma hadir 2 kali setahun. Tiket masih ada lagi, tapi tak banyak. Sesiapa yang ingin kan tiket, harganya cuma RM20 sahaja. Jangan takut keluarkan modal untuk 10 tiket. Kalau paling teruk pun seorang join anda menjadi supervisor, anda dah dapat bonus RM500. Untung RM300 kan.

Telefon saya kepada sesiapa yang ingin kan tiket.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Mencari Kekuatan Diri

Salam semua.

Saya baru pulang dengan Diamond Executive En Wan Hamidi. Kami membuat bisnes presentation di Kelana Jaya tadi. Alhamdulillah sambutan menggalakkan, kerana selama ini mereka pernah dengar tentang Alpha Lipid. Tapi tak tahu apa sebenarnya Alpha Lipid itu. Jadi banyaklah juga pertanyaan demi pertanyaan yang terpaksa kami jawab. Kering juga tekak, tapi nasib baik ada jamuan dan layanan dari pihak penganjur.

Rakan-rakan saya ramai yang mengeluh bila mereka menjalankan bisnes ini. Mereka memberi alasan orang dah ramai tahu, dah ramai orang buat. Akhirnya bisnes berhenti di tengah jalan. Kehidupan tetap tak berubah juga, tetap mengeluh tak cukup duit. Bukankah saya pernah bagitahu, kita kena cari jalan, bukan mencari alasan!!

Buktinya semasa BP tadi, ramai yang tahu Alpha Lipid ni, tapi tak tahu apa fungsinya, di mana nak dapat. Ini membuktikan ramai yang sebenarnya belum menjalankan bisnes ini dengan serius. Puan Azura pula menceritakan bahawa beliau adalah penghidap kencing manis, jadi kami dengan senang hati berkongsi pengalaman tentang pesakit kencing manis sebelum ini dan apa yang Alpha Lipid dapat bantu.

Sebenarnya kalau niat kita nak berniaga Alpha Lipid ini, memang kita akan kecewa bila orang tak beli. Yelah, kita jual barang, kalau orang tak beli, rasa rugi la kan? Tapi cuba kalau kita ikhlas nak berkongsi cerita kebaikan Alpha Lipid ini, cerita tentang pengalaman orang yang dah minum. insya'Allah kita takkan kecewa. Dia nak beli atau tak itu hak dia, tanggungjawab kita cuma menyampaikan sahaja.

Kadang-kadang ada orang yang saya jumpa memberitahu dia tak pandai cakap. Nak set appointment kat telefon pun takut. Saya mengaku masa mula2 dulu saya takut juga. Bila saya call, baru orang tu jawab telefon, saya dah letak semula sebab tak yakin apa nak cakap. Tapi
bila saya beranikan diri untuk mencuba, lama-lama saya dah biasa.Itulah saya cakap, kita kena cari kekuatan diri sendiri. Kalau tak ada, kita kena wujudkan kekuatan itu.

Senang je nak faham. Anda tengok orang masuk gym, hari hari angkat besi, bersenam. Untuk apa? Untuk tambah kekuatan mereka kan? Sama la apa yang anda buat dalam bisnes ini. Perkara yang kita praktis hari2 lama kelamaan akan menjadi biasa bagi kita.

Kita dah hampir menuju penghujung tahun. Tanyalah diri anda sendiri, apa yang telah anda capai dalam tahun 2009 ini. Berubahkah hidup anda? Sudah ada tak simpanan RM50 ribu dalam akaun bank anda? Masih banyak lagi ke hutang anda yang belum selesai atau hutang anda semakin bertambah? Adakah dengan pekerjaan dan gaji anda sekarang sudah memadai untuk anda mencapai kebebasan kewangan? Tepuk dada tanya selera. Kalau anda belum ada perubahan, buatlah sesuatu.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Sunday, November 1, 2009

JADUAL BP-BISNES PRESENTASION NOVEMBER 2009

2/11 Isnin Sri Damansara Club, KL 830mlm
4/11 Rabu Wisma Sejarah KL 830mlm
6/11 Jumaat Kuching Hilton Hotel 730mlm
7/11 Sabtu Kota Kinabalu -theatre room Marina Golf Sutera Harbour 2.30ptg
8/11 Ahad Sandakan -Sandakan Hotel 2.30ptg
9/11 Isnin Sri Damansara Club KL 830mlm
10/11 Selasa Bangi Golf Club -Orchid Room 830mlm Bangi
11/11 Rabu Wisma Sejarah KL 830mlm
12/11 Khamis MEDAN, Indonesia di Restoran Garuda, Jln Glugur 3ptg
15/11 Ahad ROYALTI EVENT (RM20) jam 2ptg terbuka utk semua
ROYALTI GALA DINNER (RM200 dpt Free Alpha Lipid satu tin) utk penerima Royalti dan juga kepada sesiap sahaja yang nak cabutan BERTUAH Proton EXORA!


16/11 Isnin Sri Damansara Club KL 830mlm
18/11 Rabu Wisma Sejarah KL 830mlm
21/11 Sabtu Kedah Sg Petani 3ptg di Emerald Puteri Hotel
22/11 Ahad Penang di Auditorium Perpustakaan Seberang Jaya 3ptg
23/11 Isnin Sri Damansara Club 830mlm
24/11 Selasa Bangi Glof Resort -orchid room 830mlm
25/11 Rabu KL 830mlm Tempat WISMA GETAH ASLI Tingkat 2(utk sementara sahaja)
26/11 Khamis Seremban, NS Allson Klana 830mlm
27/11 Jumaat Melaka Ancasa MITC Hotel 830mlm
28/11 Sabtu JB di Tropical Inn Hotel 830mlm

Kepada semua, jangan lepaskan peluang Majlis Royalti dengan membawa seberapa ramai kawan2 dan keluarga anda untuk menyaksikan sendiri bonus tunai di depan mata.

Mengikut rekod lalu, mereka yang pertama kali menyaksikan Royalti ini selalunya pasti tak tahan tengok duit berbeg2 ini, tak sabar dan terus join. Jadi gunakan Majlis Royalti ini sebagai platform anda mengmebangkan rangkaian anda.

Wednesday, September 2, 2009

BP di Filipina dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak2 Yatim

Untuk makluman semua

Alpha Lipid melangkah ke satu peringkat lagi apabila melebarkan sayapnya ke Filipina pula.
Buat kali pertama kali Bisnes Presentation (BP) Alpha Lipid akan diadakan di Manila, Filipina pada Sabtu 5hb September 2009 nanti.

Maklumat tempat adalah seperti berikut:

Bisnes Presentation Alpha Lipid Lifeline Manila
Tempat: NEW IMAGE INTERNATIONAL FAR EAST OFFICE,
UNIT 1505, CENTREPOINT BULIDING,
GARNET ROAD, ORTIGAS CENTRE,
PASIG CITY, MANILA
Tel: 632-6873161

Time: 2pm Sabtu 5September 2009

Presenter: Millionaire NIK HAFIZ NIK MANSOR


Sila warwarkan kepada semua, peluang anda menjadi upline kepada rakyat Filipina terbuka luas kepada semua.

Di samping itu juga kami akan mengadakan MAJLIS BERBUKA PUASA yang akan diadakan pada 10 September, Khamis, di Wisma Sejarah, Jam 5 petang hingga 10 malam. Bayaran masuk adalah Rm50 seorang. Sila sahkan kehadiran anda melalui upline manager anda sebelum 8 hb. Anda juga akan dihiburkan dngan artis jemputan Nubhan dan Mila.

Menarik aktiviti bulan ini. Siapa kata kami hanya kejar duit je...Memang la kejar duit, tapi bila dah banyak duit, macam2 boleh buat. Kalau tak ada duit macam mana nak buat majlis berbuka ni kan.Alhamdulillah semoga rezeki kami murah selalu.

Anda bagaimana? Masih lagi memikirkan bagaimana lagi nak menambahkan pendapatan? Ikut kami, anda tidak akan rugi.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Jadual BP September 2009

Semalam hari terakhir closing bisnes Alpha Lipid, walaupun ramai yang fikir bulan puasa bisnes slow, tapi kami disebaliknya, ada beberapa new leader mencapai tahap Ruby Executive (jualan terkumpul 600tin) seperti Mat Shah dan Farouk berjaya mencapai tahap Ruby. Tahniah saya dahulukan kepada mereka.

Pada bulan ini bisnes kami melangkah ke negara baru- Filipina pada 5September...memang bisnes ini bisnes global! Pendapatan multicurrencies...sesiapa yang ambil peluang ini memang akan terkejut suatu hari nanti anda mendapat pendapatan dari pelbagai negara. Ikut kami sahaja!!

berikut adalah Tentative Schedule Bisnes Presentation Alpha Lipid for September 2009
Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui leader anda.

2Sept Rabu 930pm KL- Wisma Sejarah

3Sept Khamis 8pm Jakarta, Indonesia –Hotel Manhattan, Kuningan, Jakarta Selatan

5Sept Sabtu 2pm Manila, Filipina –New Image Office at CentrePoint, Pasig City

9Sept Rabu 930pm KL-Wisma Sejarah

11Sept Jumaat 930pm Melaka-Mitc Ancasa Hotel, Ayer Keroh

12Sept Sabtu 930pm JB-Tropical Inn

13Sept Hong Kong Royalty Convention

14Sept Isnin 930pm Penang (tempat akan diberitahu kemudian)

15Sept 630pm-800pm Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim di Wisma Sejarah, KL

16Sept Rabu 930pm KL-Wisma Sejarah

18Sept Jumaat 930pm Kota Bharu Pre-Raya with Leaders

20Sept SELAMAT HARI RAYA!! Jangan lupa bawa stok produk Alpha Lipid banyak2 balik kampong. Pasti berbaloi…

30Sept Rabu 930pm KL-Wisma Sejarah

Sunday, August 9, 2009

Makluman Bulan Ini




Ada beberapa perkara yang ingin saya maklumkan kepada pembaca blog dan mereka yang menjadi ahli New Image Sdn Bhd.

1. Yuran Keahlian RM50 (RM60 untuk Sabah & Sarawak) untuk menjadi ahli akan berkuatkuasa September 2009. Bagi mereka yang ingin menjadi ahli dan mendapat penjimatan, maka cepat-cepatlah mendaftar pada bulan ini.

Tapi bagus juga kalau anda mendaftar sebagai ahli kerana bayaran RM50 itu anda akan mendapat bisnes kit yang mengandungi brosur, borang, marketing plan dan cd.

2. Satu NOTIS AMARAN akan diiklankan di surat khabar utama ( mungkin Harian Metro atau Utusan Malaysia) bahawa TINDAKAN undang-undang akan diambil terhadap sesiapa yang menjual ALpha Lipid Lifeline di bawah harga yang telah ditetapkan.

Syarikat akan memaklumkan kepada semua leader bila tarikh pengumuman Notis itu akan disiarkan.

Pihak Syarikat memandang berat akan perkara ini dan kepada mereka yang menjual Alpha Lipid Lifeline di bawah harga yang tidak munasabah, berjaga-jagalah anda. Sikap mereka ini benar-benar menjejaskan imej syarikat dan ibarat menabur pasir di periuk nasi orang lain. Sekiranya mereka tertangkap, pihak syarikat tidak teragak-agak untuk mendakwa di mahkamah.

3. Tempat Bisnes Presentation di Melaka pada Khamis 13hb Ogos akan diadakan di Hotel Ancasa MITC Ayer Keroh 830malam bukannya di Ayer Keroh Resort. harap maklum.

4. Tempat Bisnes Presentation di KL pada Rabu 19hb Ogos terpaksa dibuat di Wisma Getah Asli tingkat 2 sebab tempat di Wisma Sejarah sudah lama di booking orang lain.

5. Bisnes Presentation BP di KL setiap Rabu Malam di bulan Ramadhan adalah seperti biasa cuma ianya akan bermula jam 930mlm. Adalah digalakkan anda pergi solat tarawih kemudian ajak rakan2 dengar bisnes ALpha Lipid sambil keluar minum2 air di KL.

6. Bisnes Presentation di Jakarta akan diadakan pada 18 Ogos 2009 Selasa 7.30malam, di The ACACIA Hotel, Jl. Kramat Raya, Jakarta Pusat. Tel 021-3903030

Cukup dulu buat masa sekarang. Sebarang makluman akan diberitahu kelak.

AKHIR KATA..SIAPA ANDA HARI INI TIDAK PENTING, SIAPA ANDA SETAHUN AKAN DATANG, ITU YANG LEBIH PENTING.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Thursday, August 6, 2009

Mencari Peluang


Salam pembaca blog semua.

Kali ini saya ingin berkongsi pendapat saya pada semua tentang keadaan ekonomi sekarang dan diri kita.

Kita semua telah sedia maklum akan kemelesetan ekonomi yang melanda dunia, termasuk Malaysia. Dan kesannya, banyaklah syarikat-syarikat yang terpaksa gulung tikar dan ramai yang terpaksa diberhentikan kerja. Maka paniklah kita, meraung-raung dan sakit kepala tak boleh tidur malam memikirkan mana nak cari duit lagi selepas ini. Yang baru tamat belajar dari IPT pula sibuk mencari kerja sedangkan pengalaman tiada.Diploma dan Ijazah bergulung, tapi tiada syarikat nak ambil. Maka bersainglah sesama mereka mencari kerja. Sanggup menerima apa sahaja kerja demi nak mencari rezeki.

Tapi terfikirkah anda? Dalam keadaan ekonomi kita sekarang, seharusnya kita bukan patut mencari kerja! Tapi kita harus cari peluang! Setuju atau tidak? Kenapa saya cakap begini..

Kalau anda mencari kerja pun, berapa peratuskah anda yakin yang anda akan berjaya mendapat pekerjaan? Ataupun adakah anda yakin anda akan mendapat gaji yang setimpal dengan pengalaman anda ataupun Ijazah bergulung anda? Berapa ramainya pesaing2 anda di luar sana itu.

Sesungguhnya di waktu ini anda kena cari peluang. Banyak peluang yang ada untuk anda membentuk masa depan anda. Jangan hanya fikirkan dengan makan gaji itu mampu menyelamatkan masa depan anda. Kita kena sedar dengan diri kita. Kita tahu keinginan kita lebih besar dari pendapatan kita. Tapi dengan gaji kita yang terhad, mampukah kita mendapatnya? Perlukah kita membuat kerja lebih masa atau 'overtime' siang malam. Perlukah kita mengorbankan gaya hidup kita semata2 ingin menyimpan duit? Jadi apa yang perlu kita buat?CARI PELUANG

Bukankah dari awal dahulu saya pernah memberitahu bahawa dalam Alpha Lipid Lifeline ini terlalu banyak peluang untuk anda. Anda ada peluang untuk menambah pendapatan, anda berpeluang mendapat kebebasan kewangan, anda berpeluang melancong, anda nanti ada peluang lebih masa dengan keluarga dan anda ada peluang untuk menikmati kehidupan ini dengan lebih selesa.

Kami tak main-main dalam Alpha Lipid ini. Dari apa yang saya perhatikan, dahulu mereka-mereka dalam Alpha Lipid ini semua bekerja makan gaji. Tapi duit tak pernah cukup. Dan yang peliknya bila dah join Alpha Lipid, dah tak bekerja, duit lagi banyak.

Cuma kita kena usaha sikit. Usaha banyak pun lagi bagus kan. Yang penting jangan malas dan jangan cepat putus asa. Hai, orang yang minta sedekah itupun berusaha juga nak dapat duit. Mereka sanggup berjalan sana sini. Tapi tak kisahlah, cuma apa yang saya nak sampaikan ialah tiada cara senang untuk senang. Allah pun tak suka orang malas dan hanya nak buat benda senang sahaja.

Akhir kata, kalau kita rasa hidup kita susah, ingatlah ada lagi orang yang lebih susah. Cuma yang membezakan kita ialah sejauh manakah kita berusaha untuk mengubah hidup kita.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Nikmat Kesihatan


Gambar di atas adalah seorang student IPT bernama Ira. Kenapa saya meletak gambarnya pada ruangan blog kali ini. Begini kisahnya..

Malam tadi semasa BP di Wisma Sejarah, beliau tampil ke hadapan bagi menceritakan pengalaman beliau hampir 6 tahun sebagai pesakit SLE. Penyakit Ira ini berkaitan darah. Menurut Ira lagi, kebiasaan bacaan normal platlet darah bagi kita adalah sekitar 200. Tapi kerana SLE, bacaan darah beliau adalah 20! Bila berkeadaan begini, kesihatan beliau memang terganggu. Gusi Ira sering berdarah dan Ira hanya bergantung dengan ubat sahaja bagi mengawal keadaan ini. Apa yang menyedihkan ialah kebergantungan dengan ubat termasuklah stereiod menyebabkan kerosakan dalam tubuhnya. Maunya tidak, hampir 30 biji pil terpaksa ditelan setiap hari, dan pil-pil itu pula berharga sekitar RM20 setiap biji. Masya'Allah.. Azabnya.. Dahla terpaksa makan ubat, kos rawatan tinggi pula

Kesan dari ubat-ubat itu, beliau mendapat gastrik, badan semakin lemah dan ini telah banyak mengganggu aktiviti beliau sebagai seorang pelajar. Nak ke kelas pun tak larat. Bayangkan selama 6 tahun ini dalam sebulan sahaja beliau terpaksa berulang 2-3 kali ke hospital bagi mendapat rawatan. Hinggakan ubat terpaksa dibawa kemana sahaja, dah macam bawa bekal ke sekolah.

Tapi selepas beliau mencuba Alpha Lipid Lifeline, beliau merasakan perubahan yang cukup ketara. SETELAH MENCUBA 2 TIN, BACAAN DARAH IRA TELAH KEMBALI NORMAL! Sungguh beliau tidak percaya. Malahan semasa menceritakan pengalaman beliau, Ira kelihatan sebak sangat sebab tidak menyangka masih ada harapan untuk beliau mendapat semula kesihatan yang baik. Kali terakhir beliau menerima rawatan adalah pada Februari lepas, dan temujanji dengan doktor seterusnya adalah pada bulan November ini! Bayangkan betapa berbezanya tahap kesihatan Ira sekarang.

Malam itu Ira nampak benar-benar bersyukur dengan kesihatan beliau sekarang. Terima kasih Alpha Lipid. Syukurlah Allah telah kurniakan makanan kesihatan semulajadi yang mampu memberi kesihatan baik dan kebahagiaan kepada kita semua.

Sekiranya anda ada mengenali sesiapa dalam keluarga anda, mahupun kawan-kawan anda yang menghidapi SLE, berikan maklumat ini. Kongsikan dengan mereka dan bagitahu mereka ada harapan pulih...Insya'Allah.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Monday, August 3, 2009

Jadual Bisnes Presentation (BP) Ogos


Salam kepada pembaca semua

Jadual Bisnes Presentation (BP) Alpha Lipid bagi bulan Ogos untuk Malaysia, Singapura dan Indonesia adalah seperti berikut :-

2 Ogos Ahad 3.30 ptg KUANTAN, Kolej IKIP Kubang Buaya
3 Ogos Isnin 8.30 mlm TAWAU, Sabah di Hotel Heritage
4 Ogos Selasa 8.30 mlm KOTA KINABALU, Sabah di Theater Room, Marina Golf Club Sutera Harbour
4 Ogos Selasa 8.30 mlm BANGI, Selangor di Dewan PKNS Bangi Section 7
5 Ogos Rabu 8.30 mlm KL di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak (bersebelahan Perpustakaan Negara, next to IJN)
11 Ogos Selasa 8.30 mlm- SPECIAL TRAINING for Leaders di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak (masuk RM20 tiket)
12 Ogos Rabu 8.30 mlm KL di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak (bersebelahan Perpustakaan Negara, next to IJN)
13 Ogos Khamis 8.30 mlm-MELAKA di Ayer Keroh
14 Ogos Jumaat 8.30 mlm-JOHOR BHARU di Hotel Tropical Inn
15 Ogos Sabtu 8.30 mlm-SINGAPORE 1ST ROYALTY EVENT di Foyer 1,2nd Floor, Hall E, Singapore, $5 dollar per person entrance fee
18 Ogos Selasa 7.30 mlm-INDONESIA di Jakarta (tempat akan diumumkan)
19 Ogos Rabu 8.30 mlm KL di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak (bersebelahan Perpustakaan Negara, next to IJN)
22 Ogos Sabtu 2.00ptg-ALOR SETAR di Pusat Latihan Pertanian, Jalan Yan
23 Ogos Ahad 2.00ptg-PULAU PINANG di Perpustakaan Awam Seberang Jaya
26 Ogos Rabu 8.30 mlm KL di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak (bersebelahan Perpustakaan Negara, next to IJN)

Dimaklumkan bahawa mulai 5 Ogos, tempat BP yang selalu dibuat di Etiqa Tower kini telah berpindah ke Tingkat 2, Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, KL. Hari dan waktu masih sama, setiap Rabu 8.30 mlm. Sila rujuk kepada peta di atas

Inilah peluang anda untuk membina rangkaian anda. Di sinilah bermulanya perjalanan anda untuk memulakan langkah kejayaan anda. Luangkanlah masa anda seketika bagi memikirkan masa depan anda yang cemerlang. Bawa kawan-kawan anda, sekarang belum masa untuk anda mengalah. Terus berusaha, Insya'Allah kejayaan pasti datang.



Hafiz Hamzah
012-9155159

Thursday, July 30, 2009

Majlis Royalti Kali Ke 4





Salam semua

Hari ini baru berpeluang menulis. Pastinya cerita kali ini adalah tentang Majlis Royalti Ke 4 yg diadakan pada 25 Julai yang lepas. Memang seronok, memang hangat. Pada kali ini lebih 600 orang penerima wang bonus Royalti. Tahniah diucapkan kepada semua penerima. Pastinya masing-masing puas dengan pencapaian kali ini.

Yang kagumnya, pentas sampai tak muat kerana 45 orang yang menerima wang bonus dalam briefcase kali ini berbanding Majlis Royalti yang ke 3 lepas. Mereka berasak-asak beratur semasa menerima beg, namun masing-masing tersenyum lebar kerana puas di atas pencapaian yang gemilang itu. Hilang segala penat lelah selama ini. Masalah kewangan pun selesai. Mana taknya, contoh macam Kak Izan, bonus dalam beg sahaja RM52 ribu, manakala gaji bulanan beliau pada bulan ini RM31 ribu. Wow!Mana nak cari kerja dapat gaji macam ini.

Saya berpeluang menaiki pentas juga, menerima uncang merah juga kali ini. Tapi ianya tidak sama sekali mematahkan semangat saya untuk terus berhenti dalam bisnes ini. Saya percaya satu masa nanti saya juga berpeluang menaiki pentas tapi kali ini untuk mendapat beg pula. Insya'Allah. Nanti saya akan uploadkan gambar saya.

Maklumat yang menarik untuk saya kongsikan ialah lebih RM8 juta diagih-agihkan kepada penerima bonus kali ini. Jumlah yang sama pada Royalti ke 3. Cuma kalau dulu Royalti dibuat setiap 6 bulan, tapi kali ini setiap 4 bulan. Apa maknanya kepada kita? Maksudnya kita berpeluang lagi untuk mendapat bonus kerana dalam tempoh 4 bulan sahaja, syarikat masih mampu memberi bonus sebanyak ini. Syarikat yang kukuh seperti inilah yang patut kita cari.

Anda berpeluang lagi join bisnes ini. Insya'Allah anda berpeluang naik ke pentas pula pada November nanti. Siapa tahu. Cuma apa yang saya nak tekankan ialah seperti kata En Wan Hamidi, kita yang kena fikirkan masa depan kita, bukan orang lain. Jangan harap orang lain tentukan masa depan kita. Sekarang kita sudah di pertengahan tahun, cuba fikirkan apa yang sudah kita lakukan dalam tahun ini untuk masa depan kita. Adakah kehidupan kita semakin baik? Atau semakin teruk? Kalau anda belum berbuat apa-apa, bersedialah..MUNGKIN HIDUP ANDA TAHUN INI AKAN SAMA DENGAN TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA.

Ikut kami, jangan ikut orang yang berfikiran negatif. Anda nak berjaya, mesti bersama dengan mereka yang berjaya. Insya'Allah masa depan anda akan lebih baik dari sekarang..Kami telah buktikan.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Wednesday, July 22, 2009

Perkembangan Terkini

Saya ingin memaklumkan beberapa perkembangan terbaru kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli New Image.

1. Mulai 30hb Julai, yuran keahlian RM50 akan dikenakan bagi setiap pendaftaran ahli baru. Ini bermakna, untuk menjadi ahli anda perlu membayar hanya RM500, iaitu RM450 untuk 3tin dan RM50 yuran pendaftaran. Jadi kepada yang ingin menjadi ahli secara percuma, mulakan langkah anda hari ini juga. Cepat-cepatlah mendaftar.

2. Bayaran RM50 yang dikenakan itu bukanlah belanja hangus, tapi akan mendapat Bisnes- Kit, flyers tentang produk dan marketing plan. Sememangnya mengikut Akta Jualan Langsung, pihak syarikat perlu menyediakan Bisnes Kit yang mengandungi maklumat tentang syarikat.

3. Tujuan lain sebenarnya ialah supaya ramai lebih tahu tentang syarikat ini dan peluang mendapat pendapatan yang tinggi. Kadangkala ada di antara mereka yang tidak tahu langsung bahawa Alpha Lipid ini mampu memberi pulangan lumayan kepada mereka. Secara tidak langsung mereka akan berminat untuk bergerak secara aktif.

4. Bagi mereka yang berminat untuk mendapat pendapatan lumayan, anda perlu membuat 30tin dalam tempoh sebulan. Atau cara yang lebih senang, terus beli 30 tin.Dan anda cuma perlu buat sekali sahaja 30 tin itu. Anda seterusnya akan menjadi supervisor dan setiap tin yang anda beli nanti akan dibayar RM25. Anda nak berniaga kan? Mana ada orang berniaga stok 3 tin sahaja? Kalau ada orang nak jadi ahli, anda dah takde stok. Jangan risau, 30 tin itu bukan perlu dihabiskan untuk tempoh sebulan. Tarikh luputnya 3 tahun.

5. Banyak peluang menanti anda dalam bisnes ini. Insya'Allah tahun depan percutian umrah dan melancong ke Afrika bagi menyaksikan World Cup 2010...Semua percuma..Apa fikir lagi..Jom join kita.



Hafiz Hamzah
012-9155159

Monday, July 20, 2009

Semalam di Pulau Pinang

Salam kepada semua

Semalam saya, En Wan Hamidi dan En Harris telah bertolak ke Pulau Pinang. Kami bertolak dalam pukul 10 pagi. Perjalanan jauh tak terasa penat atau lama dek penangan BWM 5 series En Wan Hamidi. Seronok dengar cerita beliau, dulu pergi sana sini pakai satria, selepas setahun pakai BMW. Kami singgah sekejap di Ipoh untuk makan tengah hari di kedai nasi kandar yg lebih dikenali "nasi wonggei". Hihi, kelakar namanya tapi nasi kandarnya memang lazat. Masing-masing tak sedar tambah nasi lagi.

Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Seberang Jaya Pulau Pinang. Kami sampai di Auditorium Perpustakaan Negeri lebih kurang pukul 2 petang.

Lebih kurang pukul 3, dewan dah mula ramai. Leader-leader Alpha Lipid pun dah sampai. Masing-masing memberi komitmen dengan sangup datang dari Kuala Lumpur semata-mata memberi sokongan kepada bisnes ini. Orang ramai memenuhi dewan, yang datang dari Kulim Kedah pun ramai.

Majlis bermula kira-kira pukul 3.30 petang. En Nik memulakan majlis dengan menjemput leader-leader yang baru-baru ini telah dianugerahkan menjadi ahli kelab Millionare semasa percutian ke New Zealand baru-baru ini. En Samhan, En Asri, En Wan Hamidi dan En Hishammuddin menceritakan betapa seronoknya mereka sekarang berbanding 2 tahun dahulu sewaktu mereka hidup susah. Tapi berkat kesabaran dalam Alpha Lipid ini, pendapatan mereka sekarang purata RM80 ribu ke RM100 ribu sebulan sekarang.

Selepas penerangan tentang syarikat, En Nik Hafiz menjemput sesiapa yang ingin berkongsi kebaikan Alpha Lipid ini. Tampil ke depan ialah En Rosli, seorang pesara. Beliau mengidap penyakit darah tinggi dengan bacaan lebih 200, tinggi tu. Keadaan beliau menyebabkan sepanjang 3 tahun beliau telah kena stroke sebanyak 3 kali. Sampai 1 peringkat beliau putus harapan untuk hidup bila doktor menyarankan agar membuat pembedahan menggantikan 1 tulang di belakang leher dengan titanium. Tapi kejayaan pembedahan yang menelan belanja berpuluh ribu itu belum terjamin.

Selepas itu, isteri beliau menyuru minum Alpha Lipid. Selepas sebulan mencubanya, bacaan darah tinggi beliau turun ke 100. Memang menakjubkan,dan yang lebih menarik lagi apabila beliau dah boleh berdiri dan berjalan sendiri semalam tanpa bantuan sesiapa. Malah hidup beliau kini lebih ceria.

Siapa kata kami buat bisnes main-main. Ternyata Alpha Lipid membantu mereka yang selama ini merasakan tiada harapan untuk merasai nikmat kesihatan yang berkualiti. Dah sihat, dah boleh buat duit. Apa lagi yang anda inginkan dalam hidup anda?

25hb Julai ini majlis Royalti kami. Jemput datang beramai-ramai. Anda joint sekarang dan anda berpeluang naik pentas pada Royalti bulan November pula.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Friday, July 17, 2009

Never Put Until Tomorrow What U Can Do Today!!


Salam kepada semua. Hari ini saya mulakan tajuk dengan Bahasa Inggeris. Tapi ianya tiada kaitan dengan PPSMI yang telah dimansuhkan baru-baru ini. Bukan apa, cuma saya nak berkongsi dengan semua tentang makna yang tersirat di sebalik "NEVER PUT UNTIL TOMORROW WHAT U CAN DO TODAY"

Sepanjang pengalaman saya dalam Alpha Lipid Lifeline ini, banyak ragam manusia yang saya temui. Bila bercerita tentang barang kesihatan, ada yang mengatakan tidak memerlukannya kerana masih sihat, ada yang merungut mahal, tapi yang peliknya tidak lokek pula untuk membeli perhiasan rumah yang mewah-mewah, baju yang cantik-cantik, tukar sport rim kereta, yang kadangkala bukan diperlukan sangat pun. Bukan saya tidak bersetuju berbelanja kerana itu hak masing-masing. Cuma kena la ukur baju di badan sendiri. Tapi kalau dah sakit, rumah cantik, baju mahal, sport rim power pun tiada gunanya juga kan? Takkan la sedikit pun tidak boleh berbelanja untuk menjaga kesihatan. Sudah la tidak bersenam, makan pun tiada pantang, bila dah dapat macam-macam penyakit kan ke dah susah.

Bila bab bisnes pula, ada yang buat tak tahu, mungkin dah kaya kot. Ada pula yang bersemangat, berapi-api ingin buat bisnes ini. Tapi nak buat 3 tin pun fikir 3-4 kali. Belum suruh buat 30 tin lagi tu. Macam-macam alasan la yang diberi. Tunggu gaji la, tunggu duit kutu la, isteri tak bagi izin la..Memang macam macam alasan, tapi yang peliknya selalu merungut tiada duit la, tak sampai 3 hari dapat gaji dah habis la. Kalau dah asyik banyak alasan, memang susah lah nak berjaya. Saya dah bagi jalan nak berjaya, cuma tunggu nak buat je..Tapi belum mula lagi, alasan dah berbakul-bakul, usaha taknak tapi income beribu-ribu sebulan nak pula..Bila tengok orang lain berjaya, cemburu! ..Siap boleh cakap, "ala dia banyak contact, pandai cakap, bolehla berjaya". Hellooo, Puan Maimunah yang umurnya 83 tahun itupun boleh dapat bonus dalam briefcase.

Sebenarnya ini semua terpulang kepada kita. Kita yang mencorakkan masa depan kita. Macam tajuk blog hari ini. Perkara yang kita boleh buat hari ini tapi kita tangguhkan keesokkan harinya. Kita sentiasa menangguhkan usaha kita. Sebagai contoh, kita tahu kawan kita sakit, kita boleh melawat, sambil2 itu boleh syorkan minum Alpha Lipid. Tapi kita tak pergi melawat pun sebab kita segan nak bercerita. Kita takut nanti di reject. Itulah masalah kita, belum pergi tapi kita dah tahu kita tak boleh menjual. Kalah sebelum berjuang. Kalau kita dah setkan fikiran kita tak boleh menjual, memang itulah jadinya.

Saya bercakap di atas pengalaman saya. Pada mula-mula saya buat bisnes ini dahulu, saya ada seorang kawan yang adiknya mengidap paru-paru berair. Saya tangguhkan nak pergi melawat sedangkan keluarganya itu saya kenal dan rapat. Saya takut kena reject. Hampir 6 bulan saya tak promote pada kawan saya. Akhirnya bulan ke 7 saya cuba-cuba call kawan saya untuk bercerita pasal Alpha Lipid. Apa yang kawan saya bagitau? Adik dia dah minum Alpha Lipid itu hampir 3 tin dah dah beransur sembuh. Menyesal tak sudah saya. Mulai dari itu, ada je peluang bercerita, melawat, saya pergi. Dapat tak dapat jual, itu lain cerita sebab yang penting bagi saya ialah mencuba dan usaha. Tak cuba tak tahu. Walaupun ada yang direject, jangan patah semangat. Bila saya ceritakan pada upline saya En Wan Hamidi, rupanya dia lagi banyak kali kena reject. Sebab itu pendapatan dia berpuluh ribu sebulan. Dengar cerita sekarang ini dia terpaksa menerima pendapatan hampir RM100 ribu sebulan..Ini semua kerana rejection...Jadi jangan takut dengan rejection.

Oleh itu, jangan lah kita selalu tangguhkan usaha kita. Bila kita ada peluang set appointment dengan orang, cuba buat pada hari itu juga. Jangan bertangguh-tangguh konon nak cuba call esok. Bila tau ada orang sakit, cepat-cepat syorkan Alpha Lipid. Yang penting niat kita ikhlas nak dia sihat, bukan sekadar nak income sahaja. Bukan apa, bila bertangguh usaha, income kita pun tertangguh la juga.

Hari Ahad ini saya akan berada di Auditorium Seberang Jaya, Pulau Pinang pada pukul 3 petang. Bawa seberapa ramai keluarga dan rakan-rakan bagi mendengar BP kami ini.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Tuesday, July 7, 2009

Jadual BP Julai 2009



Malam tadi leader-leader dan lebih kurang 80 orang telah bertolak ke New Zealand untuk percutian percuma yang ditaja sepenuhnya oleh New Image International. Mereka akan ke sana selama seminggu. Selepas balik akan diadakan pula Majlis Royalti ke 4. Seronoknya..!!

Berbalik ke jadual BP bulan ini. Berikut adalah jadual bagi Julai 2009:-

8 Julai Rabu -KL Etiqa Twin Tower, Jalan Pinang 830 malam
14 Julai Selasa - Bangi, Dewan PKNS 830 malam
15 Julai Rabu - KL Etiqa Twin Tower, Jalan Pinang 830 malam
17 Julai Jumaat - Ipoh, Hill City Hotel 830 malam
18 Julai Sabtu - Alor Setar Kedah, Pusat Latihan Pertanian, Jalan Kuala Kedah 3 petang
19 Julai Ahad - Pulau Pinang, Auditorium Perpustakaan Seberang Jaya 3 petang
21 Julai Selasa - Kuching Sarawak - Hotel Hilton 830 malam
22 Julai Rabu - Kota Kinabalu, Sabah - Hall Club Golf Sutera Harbour 830 malam
22 Julai Rabu - KL Etiqa Twin Tower, Jalan Pinang 830 malam
25 Julai Sabtu -ROYALTI CONVENTION -Sunway Convention Centre 1-5 petang
26 Julai Ahad - Perasmian Ofis baru NZ New Image di Tingkat 20, Blok A, Northpoint, Midvalley Kuala Lumpur.

Bagi anda yang baru mendengar tentang Alpha Lipid ini, masih belum terlambat untuk bersama-sama kami dalam bisnes ini. Anda berpeluang untuk menerima bonus pada Royalti ke 5 nanti pada bulan November. Malah bulan Julai ini dah cukup 'cantik' untuk anda memulakannya kerana tin-tin anda akan mula dikira dari bulan Julai hingga Oktober. Jadi anda masih mempunyai banyak masa untuk membentuk group anda.

Jangan jadikan sebab anda tak pandai berniaga, tak pandai cakap, harga mahal sebagai halangan anda untuk berjaya. Kita tak sepatutnya mencari alasan, tapi kita kena mencari jalan!!..
Sampai bila kita nak tengok orang lain terus mendapat pendapatan berbelas/puluh ribu sebulan sedangkan kita masih lagi tidak berbuat apa-apa, malah terus mengeluh tiada duit.

Pasang impian anda. Mari sertai kami..Siapa anda hari ini tidak penting, tapi siapa anda setahun dari sekarang, itu yang lebih penting. Hubungi saya untuk penerangan.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Friday, July 3, 2009

Wabak Influenza A (H1N1)


Sehingga hari ini, sebanyak 48 kes baru selesema babi atau influenza A (H1N1) dicatatkan di seluruh Malaysia menjadikan keseluruhannya meningkat kepada 244 kes. Daripada 244 kes, sebanyak 206 kes adalah import manakala 38 kes lagi merupakan jangkitan tempatan.

Buat masa ini tiada lagi vaksin untuk manusia menentang virus ini. Cara paling mudah dan ringkas tapi efektif ialah mengamalkan Alpha Lipid Lifeline setiap hari. Virus mudah menyerang badan yang lemah antibodinya. Antibodi adalah sistem pertahanan badan yang melawan sumber penyakit seperti virus, bakteria, kulat dan parasit. Jika antibodi anda lemah maka anda mudah dijangkiti penyakit.

Di sinilah Alpha Lipid memainkan peranannya. Sudah berulang kali ditekankan bahawa Alpha Lipid Lifeline ini sebenarnya adalah minuman untuk orang sihat bagi mengekalkan tahap antibodi dalam tubuhnya. Bagi yang sihat maka susahlah penyakit nak datang. Bagi yang sakit pula, insya'Allah bertambah sembuh.

Di dunia ini tiada produk lain yang ada kandungan antibodi semulajadi seperti IgG, IgM, IgA, IgE dan IgD melainkan kolostrum. Jadi apa yang anda perlu lakukan ialah tingkatkan antibodi anda setiap hari dengan Alpha Lipid Lifeline. Jangan sibuk-sibukkan diri mencari topeng dahulu sedangkan antibodi badan sendiri amat lemah. Memang topeng boleh membantu tapi sejauh mana? Berbanding kalau kita tingkatkan antibodi, topeng pun tak perlu pakai lagi nanti.

Di mana lagi kita nak dapatkan kolostrum terbaik melainkan dari syarikat New Image International, pengeluar kolostrum terkemuka dunia. Ini bermakna anda mendapat World Class Product! Jadi mulai hari ini jadikan Alpha Lipid Lifeline sebagai sarapan pagi anda. Utamakan kesihatan anda dan keluarga.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Tuesday, June 30, 2009

Alpha Lipid Melangkah Jauh


Pada 10 Jun 2009 tempoh hari, kehadiran Dato' Salleh Majid ke BP Alpha Lipid di Etiqa Tower sedikit sebanyak menimbulkan rasa kagum pada hadirin. Beliau yang dahulunya Pengerusi Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) kini join Alpha Lipid?

Sebenarnya Diamond Executive Wan Hamidi yang membawa beliau ke sini. Jangan tak percaya, Dato' Salleh Majid sekarang bertaraf Supervisor. Agak-agak kenapa beliau join Alpha Lipid ini? Beliau telah mencuba Alpha Lipid dan amat berminat untuk membina bisnes Alpha Lipid ini. Orang bisnes juta-juta macam beliau memang mudah nampak bisnes ini mampu berkembang dan memberi pulangan lumayan. Tapi kebanyakkan orang mudah menolak dengan pelbagai alasan. Biasalah orang kita. Selepas Dato' Mahadzir Lokman, kini beliau pula. Nampaknya bisnes Alpha Lipid ini bukan bisnes main-main atau macam orang sekarang cakap bisnes cikai-cikai je..Sama je seperti bisnes MLM lain.

Alpha Lipid sekarang ini dah mula melebarkan sayap ke Jakarta, Indonesia. Pada 13 Jun 2009, rombongan yang diketuai oleh Encik Nik Hafiz telah memulakan BP yang pertama di Cemara Hotel, Jakarta. Dewan yang mampu memuatkan 150 orang telah dipenuhi hampir 300 orang. Nampaknya orang Jakarta dah mula bau duit. Syabas!

Bulan ini juga bulan terakhir untuk mengumpul point royalti. Majlis Royalti dijangka akan dibuat di Sunway Convention Centre pada 25 Julai 2009. Harga tiket RM20. Bawalah seramai prospek anda di sana untuk menyaksikan dengan mata anda sendiri, satu-satunya syarikat MLM yang memberikan bonus wang tunai dalam briefcase setiap 4 bulan.

Peluang mendapat bonus ini sentiasa terbuka kepada semua walaupun anda masih baru. Asalkan anda ada keinginan untuk hidup senang. Semoga berjaya pada semua.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Wednesday, June 3, 2009

Jadul BP Jun 2009

Jadual BP Jun 2009 telah diterima. Bulan ini pertama kalinya BP akan diadakan di Jakarta Indonesia. Bulan ini juga adalah bulan terakhir mengumpul Point Royalti yang bakal dijalankan pada Julai 2009.

3 Jun Rabu KL- Etiqa Twin Tower, Jalan Pinang 8.30 malam
5 Jun Jumaat Kota Bharu - BioRejuv Launching- New Pacific Hotel 1 tgh hari RM30 tiket
7 Jun Ahad KL-Succes School +BioRejuv Launching- PWTC 9pg-4ptg RM150 per pax free Bio-Rejuv bar

10 Jun Rabu KL- Etiqa Twin Tower, Jalan Pinang 8.30 malam
13 Jun Sabtu JAKARTA-Cemara Hotel, Menteng, Jakarta Pusat 230 ptg
15 Jun Isnin Bangi-Dewan PKNS 830 mlm
17 Jun Rabu KL- Etiqa Twin Tower, Jalan Pinang 8.30 malam
19 Jun Jumaat IPOH-Hillcity Hotel 830mlm
20 Jun Sabtu Alor Setar-Pusat Latihan Pertanian, Jalan Kuala Kedah 3ptg
21 Jun Ahad P.Pinang-Seberang Jaya Library 3ptg
24 Jun Rabu KL-Etiqa Twin Tower, Jalan Pinang, 830mlm
28 Jun Ahad SINGAPORE-Dewan Singgahsana, Malay Village Geylang Serai

Anda masih ragu-ragu tentang bisnes ini? Hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Anda tidak rugi apa-apa sekadar mendengar penerangan. Apa yang pasti, anda joint atau tidak, bisnes ini tetap berjalan dan akan terus berkembang bagi menyampaikan misi syarikat MENJAUHI PENYAKIT DAN MENJAUHI KEMISKINAN.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Thursday, May 28, 2009

Asma, G6PD

Apa yang saya suka bila datang ke BP ini ialah ingin mendengar sendiri cerita mereka yang telah pulih dari penyakit. Kadang-kadang penyakit yang kita tak pernah dengar pun kita boleh tahu dengan menghadiri BP ini. Pengalaman mereka yang dah sembuh dari penyakit ini banyak membantu. Secara tak langsung pengetahuan kita bertambah. Siapa kata rugi dan buang masa datang BP ni?


Malam tadi BP di Etiqa Tower memang penuh. Seawal pukul 8 kerusi mula diisi. Kisah En Mohd dari Kota Bharu yang bercerita tentang anaknya, 5 tahun, sejak dari lahir hingga sekarang menghidap asma yang kronik. Boleh dikatakan seminggu sekali mesti ke hospital untuk mengambil ubat termasuk memakai alat pernafasan. Setelah puas berubat, beliau dikenalkan dengan Alpha Lipid Lifeline. Setelah mencuba 1 tin, anaknya kini tidak lagi berkunjung ke hospital. Malah malam tadi anaknya cukup lincah di atas pentas. Lihatlah bagaimana Alpha Lipid Lifeline membantu mengurangkan kos rawatan anda.

Sebelum ini semasa BP di Seberang Jaya, Pulau Pinang, testimoni oleh seorang ibu (gambar di atas) tentang anaknya yang menghidap penyakit G6PD (sejenis penyakit darah). Anak beliau berusia 4 tahun tidak boleh menghidu semburan racun nyamuk (seperti ridsect dll), tak boleh makan kacang parang dan masalah-masalah lain antaranya tidak boleh menggunakan sebarang ubat. Pernah terjadi suatu hari apabila anak beliau termakan kacang yang diberi oleh kawannya. Akibatnya anak beliau kencing berdarah. Mujurlah sempat diselamatkan.

Beliau telah berjumpa dengan Dr. Nik Ariff dari Kelantan dan Dr. Nik menyarankan agar beliau mengambil Alpha Lipid Lifeline. Setelah mencuba, kesihatan anak beliau kini jauh lebih baik. Tidak lagi ada masalah sekiranya terbau ubat nyamuk atau makan kacang. Alhamdulillah Alpha Lipid Lifeline memang elok dan selamat untuk pesakit G6PD.

Kongsikan maklumat ini kepada semua. Lebih ramai yang anda kongsikan lebih baik. Tak perlu takut kerana kita IKHLAS nak berkongsi. Dengan berkongsilah pendapatan anda akan mula bertambah. Jangan berat mulut. Ramai yang telah sembuh dan ramai yang telah merperolehi pendapatan 5-6 angka sebulan.


Ikut kami, belajar cara kami di sini. Bukan untuk kami, tapi untuk masa depan anda. Anda yang tentukan berapa pendapatan anda inginkan. Jangan ikut skim cepat kaya atau pelaburan yang tidak tentu kesahihannya.Tiada jalan mudah menuju kesenangan.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Wednesday, May 27, 2009

BP malam ini di Etiqa Tower

Kepada mereka yang masih belum mengetahui dan ingin tahu tentang Alpha Lipid ini, temui kami malam ini di Dewan Sri Pinang, Tingkat 2, Etiqa Tower, Jalan Pinang Kuala Lumpur jam 8.30 malam. Datang awal bagi mengelakkan tak dapat tempat.

Anda boleh mengetahui bagaimana kami buat duit berpuluh-puluh ribu hanya dengan satu jenis produk sahaja. Ketahui bagaimana dengan Alpha Lipid ini boleh merubah hidup kami yang dahulunya susah, tapi kini mampu memiliki BMW 5 series dan wang bonus berbeg-beg.

Mungkin dengan hanya 1 jam sahaja masa yang anda luangkan untuk mendengar peluang ini, hidup anda juga mampu berubah. Jangan fikirkan 1 jam itu membuang masa. Kalau anda lepak minum teh tarik berjam-jam, duduk di rumah menonton tv belum tentu pendapatan anda boleh bertambah.

BP malam ini masih lagi belum berubah tempat. Memang ada ura-ura BP akan berpindah tempat. Tempat sekarang yang mampu memuatkan 700 kerusi ini pun tak dapat menampung kehadiran ramai orang yang ghairah ingin mengetahui tentang bisnes ini.

Mungkin kami tepaksa cari tempat baru seperti Wisma Angkasa, Kelana Jaya atau dewan di tepi Bangunan KWSP, Jalan Gasing PJ. Itu memang dalam cadangan sebab memang terpaksa pindah pun bagi mencari tempat yang lebih besar.

Sewaktu bisnes ini dimulakan, hanya 15 orang sahaja yang datang, tapi bisnes tetap jalan. Kami percaya bisnes ini akan terus berkembang. Bulan Julai, Majlis Royalti ke 4 pula akan berlangsung. Semakin lambat anda ikut kami, semakin jauh anda akan ketinggalan. Tak perlu fikir nak kaji-kaji produk atau dengar dari kata-kata orang lain. Datang sendiri tengok BP kami.

Tiada siapa yang kisah kesihatan kita, Tiada siapa yang kisahkan kewangan kita, KECUALI DIRI KITA SENDIRI. SUSAH ATAU SENANG ANDA, ANDA YANG MENANGGUNGNYA SENDIRI. jadi rebutlah peluang ini.

Berjumpa di sana.


Hafiz Hamzah
012-9155159
Telefon saya sekiranya anda ingin mendengar penerangan secara personal atau ingin menjadi pengedar AlphaLipid

Tuesday, May 26, 2009

Osteoporosis Menyerang Dalam Senyap



Dalam ruangan Mega Utusan Malaysia hari ini melaporkan menjelang tahun 2050 dianggarkan sebanyak 50% kes keretakan tulang pinggul akan berlaku di seluruh Asia.

Ini bermakna Malaysia berdepan dilema dengan peningkatan jumlah warga emas yang dijangka mencecah hampir 4 juta orang dalam tempoh sedekad lagi dengan sebahagian besar mereka menghidapi penyakit tulang.

Apatah lagi kajian oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti of Otago, New Zealand, mendapati wanita di Malaysia mengambil kurang 50% daripada amaun diet kalsium yang diperlukan.

Sedangkan ketumpatan tulang akan menyusut apabila usia mencecah 30-an. Oleh itu, pengambilan diet seimbang dan amalan gaya hidup sihat adalah penting untuk mencegah penyakit berbahaya terutama osteoporosis yang mampu melumpuhkan pesakit hingga ke akhir hayat.

Sukarkah mengamalkan gaya hidup sihat? Adakah apabila kita sudah sakit teruk baru hendak berubah sikap? Dari laporan di atas kita sudah tahu bahawa bagi mengelakkan osteoporosis, kalsium amatlah diperlukan bagi menguatkan struktur tulang. Oleh yang demikian, Alpha Lipid Lifeline adalah jawapannya. Apa yang anda hendak semuanya ada dan lengkap dalam Alpha Lipid ini.

Kolostrum - Mengandungi faktor imun dan faktor pertumbuhan untuk antibodi dan sebagai agen penyembuhan dan pembaikpulih.

Kalsium - Untuk tulang dan gigi yang sihat

Acidofilus - Saluran usus yang lebih sihat

Semua vitamin & Mineral

Oleh itu jadikanlah Alpha Lipid ini sebagai amalan sarapan pagi. Jangan jadikan diri kita sebahagian dari statistik mereka yang menghidap osteoporosis itu. Dah minum, kongsi dengan orang ramai.

Hanya dengan berkongsi dengan ikhlas, anda terpaksa menerima pendapatan berganda-ganda..yang tak pernah anda terfikir sebelum ini..Cubalah

Hafiz Hamzah
012-9155159

Thursday, May 21, 2009

Pengorbanan Seorang Isteri

Malam tadi saya berkesempatan menghadiri Busines Presentation di Etiqa Tower. Dewan yang mampu memuatkan 700 orang penuh sesak dengan kehadiran ramai orang yang berminat nak tahu tentang bisnes ini. Hinggakan yang paling jauh datang ialah dari Brunei, selain Sabah dan Sarawak.

Malam itu saya mendengar sendiri pengakuan sepasang suami isteri, Encik Idris dan isterinya Puan Suria yang berasal dari Tg Karang. Setahun yang lepas Encik Idris disahkan mengidap penyakit darah tinggi, kencing manis, gout, buasir dan yang paling teruk ialah penyakit TB. Setiap hari Encik Idris terpaksa menelan lebih kurang 14 biji pil bagi membantu mengurangkan sakit. Keadaan ini menyebabkan beliau sering terlantar sakit, hinggakan terpaksa memakai lampin pakai buang. Malah berat badan beliau dari 115kg telah turun ke 50kg sahaja. Isteri beliau lah yang menguruskan segala-galanya. Duit perubatan sebulan sahaja hampir RM2000 sedangkan hanya isterinya sahaja yang bekerja. Mana nak tanggung 4 orang anak lagi. Memang berat penderitaan keluarga ini.

Namun segala-nya mula berubah 7 minggu yang lalu apabila ditemukan dengan Alpha Lipid. Perubahan mendadak selepas 3 hari ialah kaki Encik Idris tidak lagi bengkak setelah beliau cuba makan udang dan sambal ikan bilis. Dalam masa seminggu banyak perubahan mendadak dan yang paling membuatkan beliau bersyukur ialah doktor telah mengesahkan beliau telah bebas dari penyakit TB, alhamdulillah. Isteri beliau juga tanpa malu bercerita bahawa luka buasir suaminya telah kering seolah2 tak pernah kena penyakit ini. Berat badan beliau dari 50kg telah naik ke 66kg.

Tanpa ragu-ragu Puan Suria nak beli 3 tin, tapi menyedari ini peluang untuk mengumpul semula pendapatan, beliau sanggup menggadai barang-barang kemasnya untuk terus membeli 30 tin. Bagi beliau, apa guna ada barang kemas tapi hidup susah.

Hari pertama beliau telah mampu menjual 15tin dan 4 hari kemudian baki 15 tin telah habis dijual. Sehingga malam tadi sebanyak 62 tin telah beliau jual sendiri. Ramai yang membeli adalah terdiri dari rakan-rakan yang tahu keadaan Encik Idris sebelum ini. Tapi bila melihat sendiri Encik Idris telah pulih sepenuhnya, mereka pun tanpa ragu-ragu terus mencuba Alpha Lipid ini.

Begitulah pengorbanan seorang isteri. Kita lelaki tak tahu la sanggup ke tak jaga isteri kita kalau sakit macam tu. Mula-mula Allah uji dengan sakit, kemudian di uji lagi dengan masalah kewangan. Namun berkat kesabaran suami isteri ini, sakit itu telah pulih dan mereka mula menikmati rezeki yang diberi. Syabas Puan Suria dan Encik Idris. Semoga akan terus berjaya dalam bisnes ini.

Saya kongsikan ini supaya anda boleh tahu bahawa andainya anda merasakan diri anda susah, tapi ketahuilah di luar sana ada orang yang lebih susah. Tapi mereka bersabar dan bangkit dari kesusahan itu. Semangat beginilah yang patut kita contohi.

Tunggu apa lagi....Mulakan langkah anda hari ini.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Monday, May 18, 2009

Jumpa, Kongsi dan Cerita

Pada Sabtu lepas 16 Mei 2009, saya berjumpa dengan prospek saya Eida di Bukit Tinggi, Klang. Beliau datang dengan dua orang kakaknya bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang Alpha Lipid ini. Walaupun rumah saya agak jauh di Subang, tapi demi kejayaan di masa akan datang, semua itu tidak menjadi masalah..Di mana ada rezeki, di situ kita pergi.

Orang nak berjaya, tidak mencari ALASAN, tapi mencari JALAN. Alasan yang sering diberi ialah "saya tak pandai cakap", "saya tak ada orang", "saya takut gagal". Ini semua alasan yang remeh temeh kerana anda masih belum mencuba. Sedangkan dalam hati ingin pula pendapatan beribu-ribu sebulan, tapi takut cabaran. Allah itu tidak mudah memberikan kita rezeki dengan sebegitu mudah kalau kita malas nak berusaha dan ingin cara senang sahaja.

Masih ramai yang belum tahu tentang Alpha Lipid ini dan faedahnya, jadi jangan risau..Saya sering memberitahu downline saya bahawa kita jangan menjual produk, tapi kita cerita faedah-faedah kepada mereka. Pelanggan membeli produk kita kerana ianya bermanfaat kepada mereka.

Alpha Lipid ini telah terbukti dapat mengawal banyak penyakit kronik. Jadi apa salahnya kita berkongsi dengan orang ramai.

Jumpa ramai orang, ceritakan pada mereka...Lama-lama jadi duit.....

Terima kasih Eida kerana berminat tentang Alpha Lipid ini....Ini adalah langkah pertama anda untuk berjaya..

Hafiz Hamzah
012-9155159

Ditipu Tokoh Maulidur Rasul

Saya tertarik dengan berita di akhbar KOSMO Ahad 17 Mei 2009 yang melaporkan seramai 2,500 pelabur yang ditipu oleh syarikat ala skim cepat kaya. Kononnya syarikat itu dikendalikan oleh seorang lelaki yang pernah menerima anugerah Maulidur Rasul.

Salah seorang mangsa menceritakan bahawa beliau was-was pada mulanya, tapi memandangkan lelaki itu ialah bekas pegawai kerajaan dan antara penerima anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan, beliau terpukau mendengar projek-projek yang bakal dilaksanakan hasil pelaburan itu. Beliau melaburkan sebanyak RM45 ribu, yang mana RM15 dipinjam dari rakan.

Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Encik Nirwandy Mat Noordin menyifatkan bahawa orang Melayu suka kaya cepat. Kenyataan ini mungkin ada kebenarannya kerana berdasarkan statistik, ramai orang Melayu terlibat dengan skim cepat kaya.

Kenapa harus percaya dengan syarikat yang belum pasti kewujudannya? Sedangkan ada syarikat yang lebih kukuh, kita tidak hiraukan pula.

Kami di Alpha Lipid ini percaya tidak ada jalan mudah untuk berjaya. Sayang sungguh RM45 ribu dilaburkan macam itu sahaja dan tidak ada pulangan langsung. Tahukah anda hanya dengan RM4,500 yang dibuat sekali seumur hidup, anda boleh mendapat pendapatan bulanan lebih dari RM45 ribu.

Kami di sini ada syarikat yang kukuh, produk yang unik dan menjadi serta ada bonus duit tunai berbeg-beg setiap 4 bulan..Perlu tunggu apa lagi?

Ingatlah, tiada jalan mudah untuk berjaya. Ikut kami, dan kami akan membimbing anda. Semakin lama anda berfikir sama ada nak buat atau tidak, semakin jauh kami meninggalkan anda..Buatlah keputusan hari ini...ANDA HARI INI ADALAH HASIL KEPUTUSAN ANDA DI MASA LEPAS...KEPUTUSAN ANDA HARI INI AKAN MEMBENTUK SIAPA ANDA DI MASA HADAPAN..

Hafiz Hamzah
012-9155159

Persediaan Menghadapi Kegawatan

Anda : Saudara, adakah saudara menyimpan tayar ganti dalam but kereta saudara?

Prospek : Ya, tayar ganti sentiasa ada dalam but kereta saya.

Anda : Kenapa saudara membawa tayar ganti?

Prospek : Sebagai persediaan apabila tayar kereta saya bocor.

Anda : Bagaimana dengan pendapatan saudara? Apabila bocor, hendak ganti dengan apa?

Prospek : Hmmm...

Berikut adalah sebahagian dialog tentang keadaan sekarang. Berpuas hatikah kita dengan pendapatan makan gaji kita sekarang? Apa akan jadi sekiranya pendapatan kita terjejas?

Dahulunya kita makan gaji, pendapatan kita lebih sebab dapat claim overtime, elaun macam-macam. Tapi dengan keadaan ekonomi sekarang, banyak syarikat merasai tekanannya. Banyak bajek syarikat terpaksa dipotong. Potong gaji, potong elaun..dan yang paling ditakuti..KENA BUANG KERJA!.

Apa yang saya hendak kongsikan di sini ialah peluang untuk anda keluar dari keadaan itu.Mencapai kebebasan kewangan di samping membantu orang menjauhi penyakit.

Tahukah anda dengan Alpha Lipid LIfeline anda mampu mengubah nasib anda? Bunyinya mustahil kan? Tapi kami di sini telah merasainya. En Wan Hamidi, En Asri, Encik Harris (sekadar menyebut beberapa nama) telah mencapai kebebasan kewangan hanya dengan Alpha Lipid Lifeline.

Rahsianya cuma berkongsi pengalaman. Anda cuba minum Alpha Lipid ini dan kongsikan pengalaman anda bersama ahli keluarga dan rakan2. Tanpa anda sedari semakin lama anda minum anda akan dapat menambah pendapatan anda di samping ramai kenalan.

Datuk Mahathir Lokman, bekas pembaca berita TV3 mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis, gout dan migrain. Setelah mencuba Alpha Lipid ini sebagai minuman sarapan pagi selama sebulan, bacaan darah tinggi dan kencing manis beliau telah turun ke paras normal. Migrain dan gout juga dah tiada lagi. Kemudian beliau kongsikan pengalaman beliau dengan keluarga dan rakan-rakan. Hasilnya pendapatan lebih kurang RM10 ribu sebulan. Dan yang paling seronoknya dapat bonus wang tunai dalam briefcase berpuluh ribu.

Mungkin ini peluang untuk anda. Cuba tanya diri sendiri dan jawab dengan ikhlas, cukupkah pendapatan kita sebulan hari ini?Cukupkah kita hanya dengan makan gaji sahaja?Kita tidak perlu menipu diri sendiri atau sombong dengan gaji kita sekarang. Kita memang selalu tak cukup duit.

Oleh itu tunggu apa lagi? Mulakan langkah anda sekarang. Perjalanan yang jauh bermula dari langkah yang pertama. Sama ada anda ingin membuat perubahan dalam hidup anda atau anda ingin terus di dalam zon selesa anda yang belum pasti.

Telefon saya untuk temujanji bagi penerangan. Tidak perlu risau dan tiada bayaran dikenakan untuk mendengar peluang ini. Luangkan masa anda 30 minit, kemudian buat keputusan anda. Saya akan memberi komitmen 100% dalam membantu anda.

Hafiz Hamzah
012-9155159