Monday, May 9, 2011

Jawapan kepada Masalah Rejection Dalam Bisnes





Di antara kita sudah pasti ada yang pernah menyertai pelbagai bisnes Direct Selling, Multi Level Marketing, insurans/ takaful, Network Marketing dan pelbagai bisnes lagi. Kita menyertainya hanya kerana satu tujuan sahaja iaitu ingin menambah pendapatan kerana kerja makan gaji tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Namun apa yang terjadi ialah apa yang kita buat itu sering berakhir dengan kegagalan.Betul?

Antara Punca KEGAGALAN

1. Kerap menerima REJECTION ! Kita penat memberi penerangan tentang bisnes kita, tentang produk tapi akhirnya orang tak beli pun. Macam2 alasan orang reject kita. Biasa tak hadapi situasi macam tu?

2. Tidak pandai menjual – Kita tahu bisnes/produk kita bagus tapi kita tak tahu teknik menjual.

3. Tak tahu nak bercakap atau memberi penerangan pada orang. Bila di reject, kita tak tahu bagaimana nak membalas.

4. Produk itu bukan keperluan prospek- Kadangkala produk yang kita jual itu tidak menjadi kepentingan sangat kepada pengguna.

5. Modal terlalu besar sedangkan kita tiada simpanan.

6. Pendapatan tidak tetap, hasil berdasarkan jualan.

SEKIRANYA ADA SATU BISNES YANG BOLEH MENYELESAIKAN SEMUA MASALAH KITA DI ATAS, ADAKAH ANDA BERMINAT UNTUK MENDENGARNYA?

SEMUANYA AKAN TERJAWAB PADA AHAD INI 15 MAY 2011 1PM-4PM DI SUNWAY CONVENTION CENTER. APA YANG BAKAL BERLAKU PADA HARI ITU?

1. Pelancaran produk TIADA REJECTION “Sleep Time”oleh N.Z. New Image Sdn Bhd, syarikat yang telah disenaraikan di Bursa Saham New Zealand.

2. Penerangan oleh Mr Larry, orang yang bertanggungjawab membuat marketing plan untuk Amway, Herbalife, Avon dan lain-lain syarikat Direct Selling di dunia.

3. Pemberian bonus wang tunai dalam briefcase untuk lebih kurang 50 penerima.

Yang menariknya, siapa yang hadir pada hari itu layak untuk menerima Fixed Income RM300 sebulan selama setahun bermula Januari 2012-Disember 2012. Pertama kali dalam sejarah Direct Selling, ahlinya diberi PENDAPATAN TETAP BULANAN. Pernahkah syarikat yang anda sertai sebelum ini memberi pendapatan tetap bulanan?

Dalam setahun ada 365, jadi saya cuma minta anda luangkan masa anda 1 hari ini sahaja untuk anda mendengar peluang ini. Anda perlu dengar kerana semua orang perlukan produk Sleep Time ini, kerana semua orang perlu tidur. So how can we go wrong? Dalam bisnes ini anda tidak akan menerima REJECTION, tidak perlu pandai menjual dan tidak perlu pandai bercakap. Apa yang perlu anda buat ialah cuma hadir pada hari tersebut. Tiket hanya RM20 dan terhad untuk 3000 orang sahaja. Untuk mendapatkan tiket percuma boleh hubungi saya Hafiz di 012-9155159

Wednesday, February 16, 2011

Kenapa Anda Perlu Membuat Sesuatu dari Sekarang?






Di manakah kedudukan anda sekarang? Di manakah kedudukan anda 5 tahun yang lepas? Di manakah kedudukan anda 5 tahun akan datang? Pernahkah anda mengambil masa 10 minit berfikir tentangnya? Kalau belum, fikirkanlah sekarang. Kerana saya takut anda sudah tidak cukup masa untuk memikirkan tentangnya lagi.

Tahukah anda Malaysia sudah melancarkan ETP (Program Transformasi Ekonomi)? Dalam program ini, hampir RM400 billion akan disalurkan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Sebanyak RM96 billion sudah disuntik baru-baru ini bagi melahirkan 35,000 peluang pekerjaan. Program ini amat menarik kerana ia bertujuan meningkatkan pendapatan perkapita rakyat Malaysia dari RM2000 sebulan ke RM5000 sebulan menjelang tahun 2020 nanti.

Tapi tahukah anda apa kesannya bila kita menjadi negara maju seperti Amerika, Jepun dan lain-lain? Perkara utama bakal berlaku ialah bermulanya penarikan sedikit demi sedikit subsidi dari kerajaan. Subsidi makanan, pengangkutan dan minyak bakal ditarik. Ini tidak menghairankan kerana masa itu pendapatan perkapita rakyat Malaysia sudah meningkat. Tapi yang paling kita takut ialah kalau-kalau subsidi perubatan dan pendidikan juga bakal ditarik.

Di Amerika, Presiden Barrack Obama memenangi jawatan tersebut kerana janji-janji beliau untuk memberi subsidi kesihatan kepada rakyat Amerika. Di sana, insurans terlalu mahal, kos perubatan juga tinggi. Ramai yang tidak mampu.

Namun di Malaysia kita masih lagi beruntung. Tetapi tidak mustahil nanti hospital boleh diswastakan, tidak mustahil juga universiti juga bakal diswastakan. Persoalannya, MAMPUKAH KITA UNTUK MENAMPUNG KOSNYA?

Sedarkah anda berapa ramai rakyat Malaysia yang menghidap pelbagai jenis penyakit? Ramai juga yang masih tiada insuran dan takaful. Sedarkah anda kos rawatan di hospital sama ada kerajaan mahupun swasta telah pun meningkat? Tahukah anda PTPTN sedang dilanda defisit/hutang hampir 40juta ekoran sikap pelajar kita yang tidak membayar semula pinjaman mereka?

Jadi dengan gaji anda sekarang, dengan simpanan anda sekarang, bolehkah anda menjamin yang anda mampu meneruskan hidup 10 tahun akan datang? Kalaupun anda mampu, bolehkah anda menjamin tahap kesihatan anda terjamin 10 tahun akan datang? Anda jamin yang anda tidak akan sakit? Bolehkah anda jamin PTPTN masih lagi ada 10 tahun lagi? Dengan defisit sebegitu tinggi, kita tidak pasti kerajaan akan meneruskan program itu. Di manakah anak-anak kita nak dapat duit bagi menyambung pelajaran mereka?

Oleh sebab itulah saya menyarankan anda sangat-sangat. BERUBAHLAH. Buatlah sesuatu dari sekarang. Zaman akan terus berubah dan terus berubah. Tapi sekiranya anda tidak berubah, anda pasti ketinggalan. Anda bakal jadi pemerhati sahaja. Anda tentu tidak mahu menjadi seperti gambar di atas bukan? Menyesal kerana tidak berbuat sesuatu dari sekarang. Anda memegang KUNCI KEHIDUPAN ANDA.

Saya mencadangkan anda ambillah peluang bisnes di N.Z.New Image ini. Buangkan sikap negatif anda terhadap bisnes ini. Kalau produk dan syarikat ini tidak bagus, masakan Pak Lah, mantan Perdana Menteri sanggup turun memberi sokongan. Kalau anda tidak tahu, tak pandai.. inilah peluang untuk belajar. Kalau anda sanggup belajar 3-4 tahun di universiti semata-mata mengejar gaji Rm2ribu-RM4ribu, apa salahnya anda belajar 1-3 bulan untuk mencapai pendapatan 5 angka di sini.

Ingin saya tegaskan, bisnes di sini bukan cara pintas untuk menjadi kaya. Ini bukan skim cepat kaya. Tapi inilah cara anda untuk mencapai kejayaan dan kekayaan. Untuk mencapai semua itu, anda perlu berusaha. Anda tengok bila Allah ciptakan burung. Burung-burung pun tepaksa terbang dari sarang kerana untuk mencari makanan. Begitulah juga kita. Kita juga perlu berusaha. Itu yang lebih penting kerana rezeki bukan di tangan kita. Allah cuma nak tengok kita berusaha sahaja. Allah yang tentukan sama ada lambat atau tidak. Itu bukan urusan kita.

Jadi dengan ikhlas hati, marilah bersama-sama saya kita buat bisnes ini. Hadirkan diri anda di Wisma Getah, Jalan Ampang berhadapan KLCC setiap hari Rabu jam 9.00 malam. Bisnes ini adalah realiti, pendapatannya juga realiti. Wangnya juga realiti. Pasaran juga masih luas untuk anda. Seperti kata Pak Lah, kalau kita tidak ambil peluang ini, orang lain pula akan ambil.

Sekian untuk kali ini.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Saturday, January 29, 2011

Perasmian Alpha Lipid oleh Pak Lah




Tanggal 23 Januari 2011 mencatatkan satu detik paling bersejarah dalam N.Z. New Image Sdn Bhd apabila mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Ahmad Badawi merasmikan produk Alpha Lipd Lifeline yang telah mendapat patennya baru-baru ini. Perasmian ini cukup besar maknanya kepada semua warga N.Z New Image Sdn Bhd kerana bukan senang seorang bekas pemimpin negara akan memandang produk-produk kesihatan seperti ini. Saya percaya orang seperti Pak Lah sudah tentu mempunyai doktor peribadinya sendiri malah segala ubat-ubatan pasti telah tersedia untuk Pak Lah..

Namun itu semua tidak menghalang Pak Lah untuk mencuba Alpha Lipid Lifeline setelah diperkenalkan oleh En. Syawal, salah seorang rakan niaga kami yang bekerja sebagai Ketua Pramugara MAS. Sehinggalah tarikh 23 Januari itu, Pak Lah telah repeat order tin ketiga. Wow…

Bayangkan orang seperti Pak Lah pun minum, takkanlah orang seperti kita masih lagi memandang rendah produk ini. Kalau produk tak bagus, takkan Pak Lah hendak minum dan repeat order.

Dalam ucapan perasmian tempoh hari, Pak Lah banyak menekankan tentang betapa pentingnya kita sebagai usahawan perlu bijak mengenal pasti dan berani merebut peluang yang wujud dalam setiap bidang yang diceburi.

“Kadangkala ada jenis manusia selalu mebiarkan peluang berlalu begitu sahaja”, ujar Pak Lah lagi.
Dalam hidup anda, berapa kalikah anda selalu membiarkan peluang berlalu begitu sahaja? Anda ada peluang untuk belajar, tapi anda sia-siakan kerana malas. Anda ada peluang naik pangkat tapi anda sia-siakan dengan bekerja sambil lewa. Anda ada peluang membuka perniagaan tapi anda sia-siakan kerana kurang yakin dengan diri sendiri. Anda ada peluang untuk mencapai pendapatan lima angka tapi anda sia-siakan kerana anda berfikiran NEGATIF dengan bisnes networking ini. SAMPAI BILA ANDA AKAN BIARKAN HIDUP ANDA SENTIASA DALAM KERUGIAN?
Hidup biarlah ada matlamat..

Hafiz Hamzah
012-9155159

Penambahan Blog Baru

Assalammualaikum semua,

Mulai Januari 2011 ini, segala maklumat berkenaan produk Slim Diet II akan berpindah ke blog baru iaitu http://kurus-sd2.blogspot.com/.

Saya mendoakan anda semua akan lebih berjaya dalam usaha menurunkan berat badan sekaligus menjadikan produk SD2 ini sebagai bisnes sampingan atau utama anda.

Mungkin belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Membuat Azam Tahun Baru 2011 ini. Kita semua manusia biasa. Kita kerap merancang azam baru setiap tahun. Kita berangan-angan untuk mencapai yang lebih baik dari tahun lepas. Namun apa yang berlaku ialah semua angan-angan itu sekadar menjadi mimpi, tidak langsung menjadi kenyataan.

365 hari berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa perubahan. Namun yang lepas itu biarlah berlalu. Anda tdak perlu menyesal membiarkan masa itu berlalu pergi. Cubalah untuk melakukan azam anda sekali lagi pada tahun 2011. Saya percaya kita semua boleh buat.

"Kita tidak mampu memadamkan masa silam yang pahit, sebaliknya kita mampu untuk tidak mengulanginya lagi. Belajarlah dari kesilapan, itu yang lebih penting"

Selamat berjaya semua.