Wednesday, February 16, 2011

Kenapa Anda Perlu Membuat Sesuatu dari Sekarang?






Di manakah kedudukan anda sekarang? Di manakah kedudukan anda 5 tahun yang lepas? Di manakah kedudukan anda 5 tahun akan datang? Pernahkah anda mengambil masa 10 minit berfikir tentangnya? Kalau belum, fikirkanlah sekarang. Kerana saya takut anda sudah tidak cukup masa untuk memikirkan tentangnya lagi.

Tahukah anda Malaysia sudah melancarkan ETP (Program Transformasi Ekonomi)? Dalam program ini, hampir RM400 billion akan disalurkan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Sebanyak RM96 billion sudah disuntik baru-baru ini bagi melahirkan 35,000 peluang pekerjaan. Program ini amat menarik kerana ia bertujuan meningkatkan pendapatan perkapita rakyat Malaysia dari RM2000 sebulan ke RM5000 sebulan menjelang tahun 2020 nanti.

Tapi tahukah anda apa kesannya bila kita menjadi negara maju seperti Amerika, Jepun dan lain-lain? Perkara utama bakal berlaku ialah bermulanya penarikan sedikit demi sedikit subsidi dari kerajaan. Subsidi makanan, pengangkutan dan minyak bakal ditarik. Ini tidak menghairankan kerana masa itu pendapatan perkapita rakyat Malaysia sudah meningkat. Tapi yang paling kita takut ialah kalau-kalau subsidi perubatan dan pendidikan juga bakal ditarik.

Di Amerika, Presiden Barrack Obama memenangi jawatan tersebut kerana janji-janji beliau untuk memberi subsidi kesihatan kepada rakyat Amerika. Di sana, insurans terlalu mahal, kos perubatan juga tinggi. Ramai yang tidak mampu.

Namun di Malaysia kita masih lagi beruntung. Tetapi tidak mustahil nanti hospital boleh diswastakan, tidak mustahil juga universiti juga bakal diswastakan. Persoalannya, MAMPUKAH KITA UNTUK MENAMPUNG KOSNYA?

Sedarkah anda berapa ramai rakyat Malaysia yang menghidap pelbagai jenis penyakit? Ramai juga yang masih tiada insuran dan takaful. Sedarkah anda kos rawatan di hospital sama ada kerajaan mahupun swasta telah pun meningkat? Tahukah anda PTPTN sedang dilanda defisit/hutang hampir 40juta ekoran sikap pelajar kita yang tidak membayar semula pinjaman mereka?

Jadi dengan gaji anda sekarang, dengan simpanan anda sekarang, bolehkah anda menjamin yang anda mampu meneruskan hidup 10 tahun akan datang? Kalaupun anda mampu, bolehkah anda menjamin tahap kesihatan anda terjamin 10 tahun akan datang? Anda jamin yang anda tidak akan sakit? Bolehkah anda jamin PTPTN masih lagi ada 10 tahun lagi? Dengan defisit sebegitu tinggi, kita tidak pasti kerajaan akan meneruskan program itu. Di manakah anak-anak kita nak dapat duit bagi menyambung pelajaran mereka?

Oleh sebab itulah saya menyarankan anda sangat-sangat. BERUBAHLAH. Buatlah sesuatu dari sekarang. Zaman akan terus berubah dan terus berubah. Tapi sekiranya anda tidak berubah, anda pasti ketinggalan. Anda bakal jadi pemerhati sahaja. Anda tentu tidak mahu menjadi seperti gambar di atas bukan? Menyesal kerana tidak berbuat sesuatu dari sekarang. Anda memegang KUNCI KEHIDUPAN ANDA.

Saya mencadangkan anda ambillah peluang bisnes di N.Z.New Image ini. Buangkan sikap negatif anda terhadap bisnes ini. Kalau produk dan syarikat ini tidak bagus, masakan Pak Lah, mantan Perdana Menteri sanggup turun memberi sokongan. Kalau anda tidak tahu, tak pandai.. inilah peluang untuk belajar. Kalau anda sanggup belajar 3-4 tahun di universiti semata-mata mengejar gaji Rm2ribu-RM4ribu, apa salahnya anda belajar 1-3 bulan untuk mencapai pendapatan 5 angka di sini.

Ingin saya tegaskan, bisnes di sini bukan cara pintas untuk menjadi kaya. Ini bukan skim cepat kaya. Tapi inilah cara anda untuk mencapai kejayaan dan kekayaan. Untuk mencapai semua itu, anda perlu berusaha. Anda tengok bila Allah ciptakan burung. Burung-burung pun tepaksa terbang dari sarang kerana untuk mencari makanan. Begitulah juga kita. Kita juga perlu berusaha. Itu yang lebih penting kerana rezeki bukan di tangan kita. Allah cuma nak tengok kita berusaha sahaja. Allah yang tentukan sama ada lambat atau tidak. Itu bukan urusan kita.

Jadi dengan ikhlas hati, marilah bersama-sama saya kita buat bisnes ini. Hadirkan diri anda di Wisma Getah, Jalan Ampang berhadapan KLCC setiap hari Rabu jam 9.00 malam. Bisnes ini adalah realiti, pendapatannya juga realiti. Wangnya juga realiti. Pasaran juga masih luas untuk anda. Seperti kata Pak Lah, kalau kita tidak ambil peluang ini, orang lain pula akan ambil.

Sekian untuk kali ini.

Hafiz Hamzah
012-9155159

2 comments:

Simha said...

great article. let us know more about it.

Simha said...
This comment has been removed by the author.