Saturday, January 29, 2011

Perasmian Alpha Lipid oleh Pak Lah




Tanggal 23 Januari 2011 mencatatkan satu detik paling bersejarah dalam N.Z. New Image Sdn Bhd apabila mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Ahmad Badawi merasmikan produk Alpha Lipd Lifeline yang telah mendapat patennya baru-baru ini. Perasmian ini cukup besar maknanya kepada semua warga N.Z New Image Sdn Bhd kerana bukan senang seorang bekas pemimpin negara akan memandang produk-produk kesihatan seperti ini. Saya percaya orang seperti Pak Lah sudah tentu mempunyai doktor peribadinya sendiri malah segala ubat-ubatan pasti telah tersedia untuk Pak Lah..

Namun itu semua tidak menghalang Pak Lah untuk mencuba Alpha Lipid Lifeline setelah diperkenalkan oleh En. Syawal, salah seorang rakan niaga kami yang bekerja sebagai Ketua Pramugara MAS. Sehinggalah tarikh 23 Januari itu, Pak Lah telah repeat order tin ketiga. Wow…

Bayangkan orang seperti Pak Lah pun minum, takkanlah orang seperti kita masih lagi memandang rendah produk ini. Kalau produk tak bagus, takkan Pak Lah hendak minum dan repeat order.

Dalam ucapan perasmian tempoh hari, Pak Lah banyak menekankan tentang betapa pentingnya kita sebagai usahawan perlu bijak mengenal pasti dan berani merebut peluang yang wujud dalam setiap bidang yang diceburi.

“Kadangkala ada jenis manusia selalu mebiarkan peluang berlalu begitu sahaja”, ujar Pak Lah lagi.
Dalam hidup anda, berapa kalikah anda selalu membiarkan peluang berlalu begitu sahaja? Anda ada peluang untuk belajar, tapi anda sia-siakan kerana malas. Anda ada peluang naik pangkat tapi anda sia-siakan dengan bekerja sambil lewa. Anda ada peluang membuka perniagaan tapi anda sia-siakan kerana kurang yakin dengan diri sendiri. Anda ada peluang untuk mencapai pendapatan lima angka tapi anda sia-siakan kerana anda berfikiran NEGATIF dengan bisnes networking ini. SAMPAI BILA ANDA AKAN BIARKAN HIDUP ANDA SENTIASA DALAM KERUGIAN?
Hidup biarlah ada matlamat..

Hafiz Hamzah
012-9155159

No comments: