Thursday, November 27, 2008

Gaji Pertamaku....





Alhamdulillah....Walaupun tak sehebat gaji Abg Wan Hamidi...tapi berbaloi dan puas bila terima cek pertama. Memang tak sangka..

Sebelum ni saya buat Zhulian Marketing..Nak tau berapa modalnya? RM4000.!!! Sampai terpaksa buat loan la. Selepas itu bulan berikutnya dapat la cek bonus pertama sebanyak RM70. Adoii..Modal RM4000 dapat gaji RM70 je.. Tapi dengan Alpha Lipid Lifeline ni, modal saya cuma RM450 je, dapat gaji RM92..Jauh beza tu..Ini bonus saya bagi tempoh Oktober 2008.

Sepanjang bulan Nov ni saya lebih banyak menjual...Target saya 30tin untuk mencapai taraf menjadi supervisor bulan ini. Berkat kesabaran dan kesungguhan, pagi tadi saya dengan rasminya telah berjaya mencapai taraf supervisor bagi bulan ini. Bangga dan puas kerana berusaha sendiri. Tahniah untuk diri sendiri. .. Tak sabar nak tengok cek kedua bulan depan..Berapa la dapat ek..?

Seronok sebenarnya mencabar diri sendiri ni. Kita buat sendiri, usaha sendiri dan hasilnya kita dapat sendiri..Memang berbaloi walaupun dapat sedikit tapi inilah tapak bagi saya untuk mula berkembang..Mana ada orang kaya terus2 kaya? Mereka pun bermula dari pendapatan yang sedikit dahulu, kemudian berkat usaha lama kelamaan mereka mampu menjana pendapatan yag lebih tinggi. Di sini saya dapat 2 kepuasan. Pertama seronok dapat pendapatan. Kedua seronok bila tengok orang yang beli Alpha Lipid ini semakin sihat. Seronok dengar cerita mereka ini..

Ribuan terima kasih kepada Abg Wan Hamidi yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dan rakan2 yang lain dalam meneruskan perjuangan mencapai "Financial Freedom". Insya'Allah semoga dengan rezeki yang kita dapat ini mudah-mudahan dapat membantu orang lain yang susah dan lebih memerlukan..Yelah kadang tu kita terasa kesian dengan orang susah, rasa nak menderma..Tapi poket kita sendiri pun kering..Habis tu macam mana?


ANDA BAGAIMANA? MASIH LAGI MENUNGGU BULAN JATUH KE RIBA LAGI KE? REZEKI TIDAK DATANG BERGOLEK.. CUBALAH SATU TIN ALPHA LIPID INI DAN RASAKAN PERBEZAAN..

UNTUK MENJADI AHLI SENANG SAHAJA...BELI 3 TIN TERUS=RM450
JANGAN RISAU KERANA PRODUK MEMANG JADI. KALAU PRODUK TAK BAGUS TAKKAN LA DAH BERPULUH2 RIBU TIN TERJUAL..

1. PRODUK JADI....
2. DIIKTIRAF PRODUK BERKUALITI TINGGI OLEH KERAJAAN NEW ZEALAND (berbanding produk lain, sendiri yang iktiraf)
3. Bonus menarik (Majlis Royalty setiap 6 bulan)
DAN BERMACAM2 LAGI.

MAKIN LAMA ANDA FIKIR, MAKIN RAMAI ORANG LAIN AKAN SAMBAR PELUANG INI
RENUNG2RENUNGKAN... DISAMPING ITU JANGAN LUPA MELAYARI BLOG EN WAN HAMIDI, KLIK SAJA WEBSITE DI SEBELAH KANAN NI.

HUBUNGI HAFIZ
012-9155159

Monday, November 17, 2008

TESTIMONI DI LEMBAGA GETAH ASLI MALAYSIA



Inilah logo "Export Winner" yang dianugerahkan oleh kerajaan New Zealand sendiri pada tahun 1992, 2003 dan 2004. Penganugerahan ini hanya diberi kepada produk eksport yang tinggi kualitinya sahaja. Di Malaysia, hanya "Alpha Lipid Lifeline" sahaja yang memiliki anugerah ini berbanding produk kolostrum yang lain. Ini kerana keberkesanan produk ini dalam membantu memulihkan kesihatan ramai pengguna. Di sini saya ingin berkongsi beberapa testimoni yang dapat dikutip dari beberapa siri pengenalan produk ini yang diadakan di Lembaga Getah Asli Malaysia setiap hari Rabu malam. Ada di antaranya yang sempat saya jumpa dalam perjumpaan mingguan. Alhamdulillah mereka kini telah pulih sepenuhnya, terutamanya Puan Amelia dari Cheras, Kuala Lumpur. Testimoni ini juga telah diletakkan di flyers-flyers yang kami beri semasa mengadakan booth di mana-mana ekspo.

1. Puan Nissa (35 tahun)- Ampang, Kuala Lumpur
BRONCITIS ASTHMA/RADANG PARU-PARU/TEKANAN DARAH RENDAH
Saya telah disahkan menghidap Broncitis Asthma kritikal, darah rendah, migrain dan pneumonia (radang paru-paru). Keadaan saya agak teruk hingga saya bergantung sepenuhnya kepada stereoid untuk meneruskan hidup. Selain dari itu, saya juga mengidap migrain, jantung yang mengecut, anemia, tekanan darah rendah, radang sendi dan beberapa penyakit minor yang lain. Setelah menggunakan Alpha Lipid dalam 3 bulan pertama, saya telah pulih sepenuhnya termasuk dua penyakit kritikal yang saya hidapi. Saya bersyukur ALHAMDULILLAH kerana dapat kembali kehidupan saya dengan bantuan Kolostrum Alpha Lipid.


2. Puan Rohani (58tahun)- Klang, Selangor
KELENJAR SARAF BENGKAK
Pada Jun 2003, saya telah dimasukkan ke hospital kerana menghidapi sakit bengkak saraf leher. Doktor tidak dapat mengenal pasti apakah penyakit saya yang sebenarnya. Walaupun doktor telah menjalankan pelbagai ujian seperti Ultra Sound, CT Scan, Biopsy dan ujian darah, tapi malangnya tiada jawapan ditemui. Saya terus menderita selama lebih empat tahun sehingga saya diperkenalkan kepada kolostrum Alpha Lipid. Setelah saya mengambil Alpha Lipid penyakit yang saya deritai berkurangan 70 %. Di samping itu perubahan yang ketara berlaku pada diri saya yang mana saya menjadi lebih sihat dan bertenaga.


3. Encik Sudirman- Cheras, Kuala Lumpur
SAKIT SENDI/ANGIN/RESDUNG/MIGRAIN
Saya telah sekian lama mengalami sakit sendi pada tulang belikat disebabkan angin. Setiap kali cuaca dingin atau sejuk saya akan mengalami sakit belakang yang teruk sehingga saya tidak dapat melakukan sebarang kerja. Pelbagai cara telah saya lakukan termasuk bekam, urutan dan makan ubat hospital. Selain itu saya juga mengidapi resdung dan migrain. Setelah saya mencuba Alpha Lipid selama sebulan, saya dapat rasakan perubahan yang amat menakjubkan. Badan saya tidak lesu, sakit sendi semakin berkurangan, resdung dan migrain turut hilang. Syukur Alhamdulillah kini saya bertambah sihat dan bebas dari segala masalah kesihatan yang saya lalui sebelum ini.


4. Encik Mat Isa Ajis- Klang, Selangor
KENCING MANIS/KUKU BERNANAH
Baru-baru ini saya telah mendapat jangkitan pada kesemua kuku jari tangan, ianya menjadi bernanah dan saya tidak boleh makan atau memegang barang kerana sangat sakit. Yang membimbangkan saya kerana ianya sukar baik kerana saya mengidapi kencing manis (Diabetis). Selepas menggunakan Alpha Lipid, jangkitan bernanah pada kuku saya semakin sembuh dan yang mengejutkan saya sebagai pesakit diabetis, gula dalam darah stabil seiring dengan jangkitan saya yang pulih. Dan atas arahan doktor, pengambilan ubat hospital untuk kencing manis saya telah dikurangkan dari 3 kali sehari kepada 1 kali sehari sahaja. Sukar untuk saya gambarkan kesihatan yang saya miliki sekarang lebih baik dari dahulu. Hanya mereka yang pernah mengalami atau menghidapi sahaja yang mengetahui betapa pentingnya kesihatan dalam kehidupan dan tak ternilai dengan wang ringgit.


5. Puan Amelia -Cheras, Kuala Lumpur
MIGRAIN/SAKIT TUMIT & BELAKANG/OSTEOPRISIS/KEJANG OTOT/GATAL KULIT
Saya menghidapi pelbagai jenis penyakit, bermacam-macam produk telah saya cuba. Apatah lagi ubat-ubatan hospital. Masalah migrain saya sangat teruk dan boleh dikatakan setiap bulan saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan tapi kesannya hanya sementara sahaja. Setiap kali bangun pagi saya tidak dapat memijak dan berjalan dengan betul kerana tumit saya bila sejuk atau banyak pergerakan, saya akan mengalami kejang otot pada tangan, kaki dan betis. Doktor hanya memberikan saya vitamin D dan kalsium tambahan untuk mengelak kejang dan tulang reput (osteoporosis). Setelah menemui kolostrum Alpha Lipid, pada mulanya saya kurang yakin. Tetapi selepas mencuba selama 2 bulan, Alhamdulillah segala masalah kesihatan saya dapat diatasi. Tiada lagi kesakitan setiap pagi dan kini saya menjadikan Alpha Lipid sebagai minuman rutin saya setiap hari. Ia menjadikan saya bertambah sihat dan segar.


6. Cik NurulHuda Mat Isa (24 tahun)- Shah Alam, Selangor
ITP (IDIOPATHIC THROMBOCYTOPENIA PURPURA)
Selama 11 tahun saya mengidapi ITP (Idiopathic Thrombocytopenia Purpura). Ianya adalah penyakit yang jarang-jarang sekali terjadi yang mana platlet sel darah menurun dan rendah tanpa punca. Bagi orang biasa atau normal platletnya adalah 150,000 hingga 450,000 tapi platlet saya cuma 80,000 sahaja. Ini menyebabkan saya bergantung kepada stereoid. Akibatnya saya mudah sakit kerana sistem imun saya rendah (jatuh). Tapi selepas 3 minggu menggunakan Alpha Lipid, masalah kesihatan saya yang saya hadapi telah pulih dan bertambah baik dari dulu. Ianya merupakan keajaiban bagi diri saya.


7. Encik Rashid Saat (41 tahun)- Merlimau, Melaka
KEMALANGAN/PATAH TANGAN KIRI/BAHU/TULANG RUSUK
Pada awal tahun 2008, saya telah terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan tangan saya patah, tulang bahu dan tulang rusuk saya patah tiga. Ini menyukarkan saya untuk menjalankan kehidupan seperti biasa. Selepas menggunakan Alpha Lipid selama sebulan, saya telah menjalani pemeriksaan doktor dan doktor telah mengesahkan tulang bahu dan tulang rusuk saya telah bercantum semula hampir 80% dan tangan kiri saya yang sudah patah sudah boleh dilurus dan dibengkokkan. Syukur Alhamdulillah kini rasa sakit yang mengganggu kehidupan harian saya selama beberapa bulan telah berakhir dan tulang rusuk, bahu dan tangan yang patah telah pulih dengan sepenuhnya dalam masa yang singkat.


Itulah dia beberapa testimoni yang sempat saya kongsikan. Di harap anda semua mendapat manfaat di samping ingin mencuba Alpha Lipid Lifeline ini kerana ianya terbukti dan berkualiti. Bukan kami yang mengatakan produk kami bagus, tapi anugerah "EKSPORT WINNER" yang mengesahkannya. Berbanding syarikat lain, mereka sendiri yang mengatakan produk mereka berkualiti. "TEPUK DADA, TANYA SELERA"

Friday, November 14, 2008

DI SINI BERMULA..



1. Gambar di atas adalah petikan di ruangan Personaliti Lelaki dalam Majalah Mingguan Wanita (terbitan Karangkraf) bil.1297 m/surat 102 dan 103 terbitan 26 September 2008.

2. Beliau bernama En Wan Hamidi dan di sebelahnya ialah isteri beliau Puan Siti Shakirah (Abby). Pertama kali saya membaca majalah ini saya terus tertarik dengan cerita hidupnya yang lebih kurang sama saja dengan kisah hidup saya. Cuma berbeza sekarang ni dia jauh lebih berjaya. Dan apa yang diperolehinya sekarang dibuat dalam masa setahun. Pendapatan bulanan RM37,000 dan mendapat RM100,000 pada Konvensyen Royalti ke 2.

3. Saya terus menelefon nombor telefon beliau dan pertemuan pertama pada 24 September di Lembaga Getah Asli Malaysia iaitu seminggu sebelum raya Aidilfitri. Semasa itu diadakan majlis bisnes presentation. Tatkala orang lain sibuk dengan persiapan raya, saya pula di situ dengar tentang bisnes. Pelik kan tapi apa nak hairan, nak buat persiapan raya bukan ada duit sangat pun. Di situ saya jumpa macam-macam orang. Dan saya ingatkan mereka macam saya juga tapi rupanya orang-orang yang dah berjaya. Biasa je muka tapi pendapatan dah berpuluh ribu. Terkedu saya, terasa jauhnya diri saya dengan orang lain. Bermula dengan pertemuan dengan En Hamidi inilah saya bertekad nak memulakan hidup baru. Tak nak lagi rasanya hidup semata-mata makan gaji lagi macam ni.

4. Apa yang menariknya tentang bisnes ini ialah ianya berbeza dari bisnes yang lain. Saya kata begitu sebab dah bermacam-macam syarikat yang saya dah masuk tapi semua gagal di tengah jalan. Tapi dengan Alpha Lipid ini saya begitu yakin, antara sebab-sebabnya ialah :

a). Kalau syarikat lain menjual pelbagai produk, berpuluh-puluh jenis tapi syarikat ini hanya jual 1 produk ini sahaja, "Alpha Lipid Lifeline". Itu pun tak boleh nak handle sebab orang sentiasa repeat order.

b). Katakanlah kita jual penapis air ke, gelang magnet, barang kemas tiruan dan lain-lain, selepas kita jual 1 barang, kita kena cari pelanggan lain pula. Tapi berbeza dengan Alpha Lipid ni, orang yang sama akan repeat order dengan kita bulan depan. Produk pula berkualiti tinggi, jadi sebab itulah mereka order lagi sebab kesihatan mereka dah pulih. Kalau kita jual penapis air, ataupun jual gelang ke.. agak-agak bulan depan orang tu beli penapis air atau gelang lagi tak dengan kita?

c). Syarikat ini tidak kedekut duit, sistem bonusnya menguntungkan ahli. Pelanggan pun puas hati dengan produk, ahli pula puas hati dengan sistem bonus. Mana nak dapat syarikat baik hati macam ni. Kalau tak bagus, takkan la syarikat mampu bertahan sehingga sekarang dari tahun 1994. Dan produk Alpha Lipid ini bermula tahun 2006, maksudnya masih baru dan orang ramai tak tahu lagi. Kira saya kalau masuk jadi pioneer la.

5. Banyak sebab lagi yang membuatkan saya menceburi bisnes ini. Walaupun perjalanan saya masih jauh, tapi saya akan terus berusaha bagi meningkatkan taraf hidup saya. Bak kata pepatah "Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat".

6. Saya berharap anda semua berilah peluang pada diri anda membaiki taraf hidup. Saya rasa anda semua pernah merasai keadaan bila senang ramai yang menghimpit tapi bila susah semuanya hilang. Marilah bersama-sama saya memulakan bisnes ini, peluang macam ini susah nak dapat. Kalau tak ambil sekarang, orang lain pula sambar. Lepas tu tengok orang lain berjaya, awak menganga lepas tu mengeluh. Jangan risau kerana kita ada mentor-mentor yang tidak kedekut ilmu untuk mengajar. Saya sendiri banyak belajar dari En Wan Hamidi ini. Walaupun beliau dah berjaya, duit banyak tapi sikap beliau tidak lokek ilmu dan sedia memberi pertolongan.

7. Jumpa saya di Tingkat 2, Lembaga Getah Asli Malaysia, setiap Rabu jam 8.30 malam. Insya'Allah kita akan dapat manfaat dalam pertemuan itu. Hubungi saya Hafiz di 012-9155159. Sama-samalah kita berusaha agar satu hari nanti kita berpeluang mendapat seperti gambar di bawah ini.(Cek pendapatan bulanan terbaru beliau dan isteri bertarikh 15 Sept 2008.







SENARAI JUTAWAN ALPHA LIPID LIFELINE


1. Eh eh, Kenapa pula gambar Mahathir Lokman tiba-tiba masuk je ni? Macam ni ceritanya..Pada Konvensyen Royalti ke 2 yang lepas, beliau menjadi emcee majlis. Dan beliau sendiri tidak tahan melihat beg-beg dan uncang-uncang berisi wang tunai bersusun di depan mata. Bayangkanlah orang-orang biasa, pakcik makcik atau orang-orang yang takde la sampai belajar di luar negara tapi boleh mendapat pendapatan berpuluh-puluh ribu dan beratus-ratus ribu ringgit.

2. Dipendekkan cerita, beliau kini telah bersama-sama berkecimpung dalam bisnes Alpha Lipid ini. Mana boleh tahan kan..Dan pada 19 Oktober 2008 yang mana roadshow Alpha Lipid yang bertempat di Hotel M Suite Johor Bharu, beliau berjaya mengadakan bisnes presentation yang menarik dan memberansangkan. Ramai yang hadir termasuk orang-orang dari Kelantan dan Kedah. Dari Singapura pun ada. Biasalah, mereka ni macam dapat bau duit.

3. Selain roadshow, promosi Alpha Lipid sering kali ke udara di stesen-stesen radio melalui rancangan temubual bersama wakil-wakil Alpha Lipid. Jadi pendengar boleh berinteraksi terus bagi mengetahui tentang Alpha Lipid. Stesen-stesen radio yang terlibat adalah seperti KLFM97.20, SelangorFM100.90, NegeriFM107.90, MelakaFM102.30, JohorFM101.90, PahangFM104.10, PerlisFM102.90, PenangFM95.70, KelantanFM102.90 dan Best104 di frekuensi104.10FM.

4. Senarai di bawah adalah antara penerima wang royalti tertinggi di majlis Konvensyen Royalti ke 2 di Sunway pada September 2008. Ia juga menunjukkan Pendapatan Bulanan (bonus yang diterima setiap bulan) dan Pendapatan Royalti yang TOP LEADER terima setiap 6 bulan iaitu pada Mac 2008 (Royalti Pertama) dan September 2008 (Royalti Kedua).

a). Nik Hafiz & Moharina : Pendapatan RM150,000++sebulan, Royalti Pertama RM150,000 dan Royalti Kedua RM300,000 (dah beli BMW 5Series baru dan Toyota Estima Aeras)

b). Samhan & Liza : Pendapatan RM40,000++sebulan, Royalti Pertama RM50,000 dan Royalti Kedua RM115,000

c). Wan Hamidi & Abby (sifu saya) : Pendapatan RM37,000++sebulan, Royalti Pertama RM23,000 dan Royalti Kedua RM100,000 (saya dah merasa naik BMW 3 series En Wan ni, best betul berbanding Kancil saya)

d). Wan Suhaimi & Wan Hasniah (Chu Yah) : Pendapatan RM30,000++sebulan, Royalti Pertama RM40,000 dan Royalti Kedua RM110,000

e). Dr. Nik Ariff & Yasmin : Pendapatan RM30,000++sebulan, Royalti Pertama RM30,000 dan Royalti Kedua RM85,000

f). Asri & Roky : Pendapatan RM40,000++sebulan, Royalti Pertama RM20,000 dan Royalti Kedua RM80,000 (dulu Kancil je, sekarang dah pakai BMW 320i sport baru, saya dah merasa duduk dalam keretanya, dapat duduk je pun jadilah)

g). Wan Hishammuddin & isteri : Pendapatan RM30,000++sebulan, Royalti Pertama RM15,000 dan Royalti Kedua RM54,000

h). Roslan Che Min & Halimah : Pendapatan RM30,000++ sebulan, Royalti Pertama RM7,000 dan Royalti Kedua RM70,000 (memang respek la sebab dalam masa 6 bulan je buat ni)

i). Che Hasnah, 58 tahun : Pendapatan RM20,000++sebulan, Royalti Pertama RM20,000 dan Royalti Kedua RM65,000 (umur 58 tahun pun boleh buat, kita?)

j). Nasir & Nisa (Nasir ni biasa keluar Radio MelakaFM) : Pendapatan RM18,000++sebulan, Royalti Pertama RM15,000 dan Royalti Kedua RM40,000

k). Abdul Hadi Ahmad : Pendapatan RM18,000++sebulan, Royalti Pertama RM16,000 dan Royalti Kedua RM44,000 (baru pencen kerajaan, baru tempah Honda Accord 2.4 baru. Mana ada orang pencen dapat gaji macam ni, kalau gaji asal RM3,000, gaji pencen RM1,500..kalau bisnes macam ni tak payah tunggu wang pencen sangat)

Inilah antara mereka-mereka yang telah berjaya mendapat habuan dalam Alpha Lipid ini. Tak dapat saya sebutkan semua sebab yang terima duit dalam briefcase sahaja ada 60 orang. Yang selebihnya terima duit dalam uncang. Tapi yang dalam uncang pun seronok juga sebab semuanya terima dari jumlah RM11,000 ke bawah.

Tak seronok ke terima bonus macam ini? Tempat kerja kita sekarang pun belum tentu dapat bagi macam ni. Yang hairannya mereka ini semua macam kita dahulu, kerja makan gaji setahun yang lepas. Tapi Alpha Lipid telah membantu mereka keluar dari masalah kewangan. Nanti saya cerita apa rahsianya. Saya pun nak turut sama macam mereka. Mana boleh diorang je kaut duit, saya pun nak juga. Mereka boleh buat tentu saya pun boleh. Yang penting kena usaha dan tawakal. Insya'Allah setahun akan datang saya akan sama-sama naik ke pentas seperti mereka juga.

Apa kata anda? Marilah kita bersama-sama mengubah nasib kita. Tahun 2009 dikatakan akan berlaku kegawatan ekonomi, bersediakah kita menghadapi keadaan ekonomi pada waktu itu?

Apa tunggu lagi? Luangkan masa mendengar peluang ini setiap Rabu jam 8.30 malam di Tingkat 2, Lembaga Getah Asli Malaysia (depan KLCC).Tiada bayaran dikenakan. Hubungi saya dahulu Hafiz di 012-9155159..

DENGAR DAHULU PELUANG INI, BARULAH ANDA BUAT KEPUTUSAN ANDA. ANDA TIDAK RUGI APA-APA JIKA MENDENGARNYA TAPI JIKA ANDA TIDAK BERBUAT APA-APA, NASIB ANDA TETAP MACAM ITU JUGA, SEUMUR HIDUP JUGALAH KITA MAKAN GAJI. LAKUKAN PERUBAHAN


Thursday, November 13, 2008

PELUANG PENDAPATAN




1. Banyaknya duit dalam beg.. Ini adalah sebab utama saya memasuki syarikat ini. Syarikat yang tidak kedekut memberi bonus. Majlis di atas dipanggil Konvensyen Royalti ke 2. Pengacara majlis ini ialah pengacara terkenal, Mahathir Lokman. Diadakan setiap 6 bulan dan ini majlis yang kedua. Yang pertama diadakan pada bulan Mac 2008 di Kota Bharu Kelantan. Dan yang terbaru adalah gambar di atas. Diadakan pada bulan 20 September 2008 di Pusat Konvensyen Sunway.

2. Cemburu sangat-sangat melihat mereka ni dah berjaya. Pelik juga tengok syarikat ini bagi bonus dalam beg. Biasa syarikat lain bagi kunci kereta, atau buat majlis setahun sekali. Tapi ye tak ye jugak gak, orang sekarang cari kerja lain sebab nak duit lebih, jadi syarikat ni bagilah duit. Ni belum lagi campur dengan pendapatan bulanan masing-masing. Dalam majlis ini, sejumlah RM2.8 juta wang tunai diserahkan kepada ahli-ahli perniagaan Alpha Lipid ini. Kalau dicampurkan dengan pendapatan bulanan, syarikat memberi RM5.8 juta duit tunai dan bulanan kepada ahli-ahli Alpha Lipid. Yang paling tua, seorang nenek berusia 83 tahun mendapat duit dalam briefcase sebanyak RM12 ribu. Campur gaji bulan itu RM3 ribu. Adoi geramnya, saya dah hampir 6 tahun kerja di DBKL ni pun belum tentu dapat pendapatan macam itu.

3. Kebanyakkan mereka yang mendapat wang tunai ini hanya memperuntukkan masa 1 tahun sahaja bagi melayakkan mereka mendapat ganjaran sebegini. Betul juga kata En Nik Hafiz, (gambarnya di petak kedua, dua dari kanan)penerima wang tunai terbanyak sebanyak RM300 ribu. "Dulu dia kerja pejabat tak dapat duit banyak ni, tapi bila dah berhenti kerja dan jual susu, lagi banyak dapat duit. Setahun susah apalah sangat berbanding akan senang bertahun-tahun.

4. Saya sempat bertanya kepada En Wan Hamidi (gambarnya di petak kedua, dua dari kiri) tentang kejayaannya beliau. Dalam majlis ini beliau mendapat duit dalam briefcase sebanyak RM100 ribu. Dan gaji bulanan beliau pada bulan itu saja sebanyak RM30 ribu. Beliau berkata, jangan tengok saya sekarang, tapi tengok saya 1 tahun yang lepas. Beliau memperuntukan hanya 1 tahun untuk meletakkan diri beliau di tempat sekarang. Sebelum ini apa yang tak dirasanya, kereta kena tarik, hutang kad kredit berpuluh ribu, perbelanjaan untuk keluarga lagi. Gaji suami isteri pun dalam 4 ribu sebulan. Kalau sebelum ini kita bekerja bertahun-tahun, gaji lambat naik tapi kita jarang komplain, jadi apa la salahnya kita peruntukankan atau susah sikit lagi dalam masa setahun untuk mendapat kejayaan seperti hari ini.

5. Saya terfikir juga kata-katanya. Bukan la nak menyokong sangat tapi ada kebenarannya. Saya dah hampir 6 tahun di DBKL. Gaji bersih RM1200.00 sebulan, itupun setelah ditolak potongan Biro Angkasa. Tapi hidup tak senang juga, hutang pula makin bertambah. Tak kan lah susah sedikit dalam setahun pun tak boleh. Takkan la seumur hidup nak tempuh kesesakan jalan raya masa nak pergi kerja pagi2. Jadi saya perlukan perubahan. Perubahan untuk berjaya. Kita boleh berjaya kalau kita nak. Cakap memang senang tapi itu kenyataannya. Allah pun tak kan bagi kita senang macam tu kalau kita tak berusaha.

Beberapa fakta tentang Konvensyen Royalti ke 2
a) RM2.8 juta wang tunai diberikan kepada ahli-ahli perniagaan Alpha Lipid,
b) yang paling banyak terima wang dalam briefcase RM300,000.00 tunai,
c) yang paling berumur, 83 tahun menerima briefcase (wang tunai RM12,000.00, jadi kalau anda lebih muda dari nenek ni, sepatutnya anda pun dapatlah juga)
d) lebih dari 3000 orang yang hadir pada hari tersebut,
e) 60 orang lebih menerima wang tunai dalam briefcase,
f) lebih 600 orang menerima wang tunai royalti,
g) RM20,000 cabutan bertuah telah diberikan kepada para hadirin, 2 orang mendapat cabutan paling banyak, RM3000.00 dan yang lain dapat RM1000.00, RM500.00 dan lain-lain.

Apa tunggu lagi, takkan nak biarkan mereka sahaja yang dapat duit?
Sama-sama kita rebut peluang ini kerana jarang dapat syarikat bermurah hati macam ini.

Hubungi saya segera Hafiz di 012-9155159

PAMERAN MENJANA USAHAWAN BUMIPUTRA

1. Saya berpeluang membuka booth di Pameran & Seminar Menjana Usahawan Bumiputra yang bertempat di PWTC pada 30hb Oktober-2hb November 2008 yang lepas. Terima kasih tidak terhingga kepada sifu saya En Wan Hamidi dan rakan-rakan yang lain, Noni dan Abg Haris kerana bersama-sama menjayakan booth tersebut.

2. Kami mengambil peluang ini bagi tujuan mempromosikan Alpha Lipid Lifeline kepada pengunjung-pengunjung pameran tersebut. Di samping menjual susu ini, kami juga mengambil kesempatan bercerita tentang kebaikan dan manfaat susu ini kepada orang ramai. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan. Ada di antara peserta seminar dan pengunjung yang datang dari luar Kuala Lumpur. Ada yang belum pernah mendengar tentang susu ini dan ada juga yang sudah mengetahui kehebatan Alpha Lipid ini.

3. Yang menariknya seorang pengunjung dari Johor Bharu secara tiba-tiba menghampiri gerai kami. Pakcik ni bercerita kepada kami bahawa bapa saudaranya yang berumur 84 tahun kini tidak perlu berjalan menggunakan tongkat lagi setelah meminum Alpha Lipid selama 2 bulan. Seronok juga mendengarnya. Kebetulan saya sedang melayan seorang pengunjung. Bila dia mendengar cerita pakcik itu, terus dia membeli 3 tin. Terima kasih En Mohd Shahril kerana membeli.

4. Di samping itu juga saya berkesempatan berkenalan dengan sorang pengunjung. Nama beliau Puan Hajjah Sharizan. Beliau bekerja sebagai seorang pensyarah dan pegawai di UniKL, kebetulan bersebelahan dengan pejabat saya di Jalan Raja Abdullah. Beliau bercerita bahawa beliau kini stroke di bahagian tangan kiri. Semasa berjumpa dengan Puan Hajjah, beliau bertanya kepada saya betulkah Alpha Lipid ini mampu mengubat stroke beliau. Dengan yakin saya menjawab ya kerana pengalaman testimoni saya sendiri yang pernah menghadapi orang stroke yang lebih teruk daripada ini.

5. Kini Puan Hajjah Sharizan mula beransur pulih. Setiap hari beliau akan ke Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (NASAM) bagi menjalani rawatan fisioterapi. Setelah minum Alpha Lipid, beliau semakin yakin kesihatan beliau akan pulih. Kesian melihat orang stroke ini kerana nikmat hidup tu dah kurang. Namun insya'Allah dengan Alpha Lipid, harapan untuk sihat seperti orang lain akan ada




Wednesday, November 12, 2008

TESTIMONI

1. Semasa saya menjual Alpha Lipid ini, ada beberapa testimoni dari orang yang telah membeli. produk ini. Memang susah meyakinkan mereka, kerana kebanyakkannya orang tua, tapi kerana saya yakin dengan produk ini saya pujuk juga mereka untuk mencuba kerana kita sendiri mahu melihat mereka sihat.

2. Di sebelah pejabat saya, DBKL Jalan Raja Abdullah ada 1 kedai makan. Nama taukenya Puan Kartini. Dia mencuba susu ini satu tin pada minggu kedua bulan Oktober 2008. Pada mulanya beliau tak cerita pun apa penyakitnya, cuma sekadar nak minum untuk kesihatan. Saya pun lepas itu jarang ke kedainya sangat. Pada 06 November 2008 saya singgah minum dan nak bertanya khabar. Bila Puan Kartini nampak je saya terus dimarahinya. Ingatkan marah sebab ada kesan sampingan, tapi rupanya marah sebab saya lama tak datang. Dia tak ingat no telefon saya.

3. Beliau terus bercerita yang sebenarnya beliau sudah bertahun-tahun ada penyakit sakit sendi. Boleh dikatakan satu badan sakit sebab puncanya setiap malam tidur guna aircond. Dan lagi satu setiap pagi selepas bangun tidur, beliau memang tidak boleh memijak lantai. Tapak kaki beliau akan terasa nyilu, sakit dan kadang-kadang kejang. Perkara ini sudah hampir 5 tahun dihadapinya.Dah bermacam-macam produk kesihatan dicubanya tapi tak juga elok. Bila sudah minum Alpha Lipid hampir 3 minggu, beliau sendiri rasa sakitnya itu dah hilang. Dan yang paling dia seronok resdung dia pun dah hilang juga. Sebelum ni kata takde sakit apa2. Punyalah dia seronok sampai hari itu terus order 3 tin. Siap nak promote dengan saudara mara kat Singapura lagi. Alhamdulillah.

4. Di pejabat pula, seorang kakitangan saya namanya Puan Norhaizah. Dia orang pertama yang reject produk ini, frust la juga kan. Tapi tak lama beberapa hari lepas itu dia nak order 3 tin untuk dia dan ibunya yang penyakit darah tinggi serta untuk bapanya. Puncanya, kawan sebelah meja cakap produk ni memang bagus sebab abang kawannya ini yang sakit lutut dan demam tak kebah2 setiap bulan kini dah beransur pulih.

5. Selepas sebulan mencuba, Puan Norhaizah bercerita pada saya. Bapanya ada 1 kelenjar atau bonjolan sebesar telur ayam di bahagian paha. Bonjolan itu ada semasa bapanya masih bujang lagi dan semakin hari semakin membesar dan kadangkala sakit. Bapanya cuba membuang melalui pembedahan tetapi doktor tidak membenarkan kerana faktor usia. Setelah mencuba Alpha Lipid, bapanya menyedari bonjolan itu semakin mengecut dan kini dah tiada langsung. Manakala bagi Puan Norhaizah dan ibunya, tekanan darah tinggi mereka dah menurun dan Puan Norhaizah sendiri yang dahulunya teruk migrain kini dah pulih.

6. Seronok juga bila mereka-mereka ini bercerita tentang penyakit mereka dah ok. Sebab apa tau, keseronokan mereka tu kita dapat kongsi bersama dan bila mereka bercerita seolah2 hilang beban mereka selama ini yang asyik memikirkan tentang penyakit mereka je.

7. Ada lagi 1 kisah semasa saya menghadiri Busines Prensetation Alpha Lipid di Tingkat 2, Lembaga Getah Malaysia (depan KLCC). Semasa dalam lif, berborak la dengan seorang pakcik ni. Saja je tanya sama ada dia dah minum Alpha Lipid ni. Beliau menjawab yang beliau beli untuk mak mertuanya di Kota Bharu, Kelantan. Saya tanyalah sakit apa mak mertuanya. Beliau menceritakan yang mak mertuanya dah hampir 6 tahun stroke hampir satu badan. Bergerak pun mengensot guna punggung. Jadi yang nak jadi cerita seronoknya, bila hampir 3 minggu mak mertuanya minum, mak mertuanya sudah larat untuk berdiri dan berjalan. Saya dengar pun terkejut juga. Memanglah saya tahu Alpha Lipid ini memang banyak membantu orang stroke , tapi dengar2 macam tu jelah.Tapi kali ini saya dengar sendiri dari orang yang mengalaminya. Sekarang ni dia cerita mak mertuanya dah tak reti duduk diam pulak,asyik nak berjalan pula..Yelah nak bayar balik 6 tahun tak dapat berjalan..Alhamdulillah...

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Hafiz di 012-9155159

ALPHA LIPID LIFELINE

1. Inilah produk kesihatan yang menjadi buruan orang sekarang. Susu kolostrum yang mampu memberi harapan kepada mereka yang menghidapi pelbagai jenis penyakit. Harus diingatkan bahawa Alpha Lipid Lifeline ini bukannya ubat, tetapi kerana fungsi kolostrum itu sendiri yang dapat mencegah pelbagai jenis penyakit.

2. Apa itu kolostrum?
Apabila induk melahirkan anak, induk akan membekalkan kolostrum sebagai makanan pertama untuk anaknya. Kolostrum ialah cecair pra-susu berwarna kekuning-kuningan yang dihasilkan oleh mamalia selepas melahirkan anak. Manusia menghasilkan susu berkolostrum hanya dalam tempoh 24 jam yang pertama sahaja manakala lembu pula menghasilkan kolostrum dalam tempoh yang lebih lama iaitu antara 36 hingga 48 jam.

3. Apakah yang terkandung di dalam kolostrum?
Kolostrum mengandungi komponen bioaktif yang tinggi. Terdapat lebih daripada 90 jenis komponen di dalamnya. Komponen utamanya terbahagi kepada 2, iaitu faktor imun dan faktor pertumbuhan. Kolostrum juga mempunyai banyak komponen khasiat seperti vitamin, mineral dan asid amino. Kesemua faktor ini bertindak bersama untuk mengawal dan mengekalkan kesihatan.

4. Kajian melaporkan kolostrum boleh menyumbang kepada banyak manfaat dan di antaranya ialah :-
Menghindarkan osteoporosis
Melegakan atritis dan masalah auto imun
Mengawal gula dalam darah
Melawan selsema, influenza dan alahan
Meneutralkan patogen pembawa penyakit
Mengurangkan lemak dan membina otot

Penyakit hati
Anemia

Ulser

Pankreatitis
Mencerdaskan otak
Meningkatkan potensi keseluruhan sistem badan
Meningkatkan prestasi seksual

Melewatkan penuaan

Menggiatkan prestasi organ-organ dalaman

Dengan makna yang lain, susu kolostrum Alpha Lipid LIfeline ini mampu meningkatkan sistem imun, dan ia ada faktor pertumbuhan yang mampu menyembuh, membaikpulih dan membakar lemak. Di samping itu ia lengkap dengan vitamin A,B,C,D dan E, dan kalsium yang dapat menguatkan struktur tulang dan gigi.

5. Apa yang membezakan susu kolostrum Alpha Lipid Lifeline dengan produk kolostrum yang lain?
Memang tidak dinafikan ada pelbagai produk kolostrum yang berada di pasaran, tetapi ada beberapa faktor yang membuatkan produk ini berbeza dari yang lain.

a) Alpha Lipid Lifeline diiktiraf sendiri oleh kerajaan New Zealand hinggakan mendapat anugerah Eksport Winner (tanda daun New Zealand) pada tahun 1992, 2003 dan 2004. Ini menunjukkan betapa produk ini benar-benar berkualiti. Berbanding produk lain, syarikat mereka sendiri yang mengatakan produk mereka bagus, bukannya oleh pihak lain atau pihak ketiga.

b) Kolostrum ada 10 peringkat dari gred 1 hingga 10. Alpha Lipid Lifeline menggunakan kolostrum gred 10 iaitu gred paling terbaik.

c) Mengandungi formula eksklusif Lipid yang dicipta sendiri oleh Profesor Michail Borissenko, ketua saintis di ICR. Formula ini membuatkan kolostrum dapat diserapkan 100% dalam badan.

6. Produk ini dikeluarkan di bawah syarikat New Image International. Ianya dikeluarkan dari New Zealand. Produk ini juga mendapat pengiktirafan halal dari JAKIM. Oleh yang demikian, bagi kita sebagai orang Islam tidak perlu meragui tentangnya.

Faktor-faktor inilah antara penyebab ia mendapat sambutan hangat. Tapi sebenarnya orang ramai mencari produk ini adalah kerana keberkesanannya dalam mengubat penyakit. Saya akan ceritakan nanti dalam ruangan testimoni. Sebarang pertanyaan, hubungi saya, Hafiz 012-9155159

MY PROFILE

1. Salam sejahtera kepada semua. Saya Mohd Hafiz bin Hamzah. Bekerja sepenuh masa sebagai Penolong Akauntan di DBKL dan separuh masa menjadi pengedar bebas susu kolostrum "Alpha Lipid Lifeline" yang berdaftar dengan New Image International.

2. Dalam blog ini nanti saya akan kongsikan bersama tentang keistimewaan produk ini yang semakin hangat di pasaran. Dan saya juga akan kongsikan bersama pengalaman membantu mereka yang menghidap penyakit-penyakit kronik.

3. Sebarang pertanyaan berkenaan susu ini bolehlah berhubung dengan saya terus di no 012-9155159