Thursday, November 13, 2008

PAMERAN MENJANA USAHAWAN BUMIPUTRA

1. Saya berpeluang membuka booth di Pameran & Seminar Menjana Usahawan Bumiputra yang bertempat di PWTC pada 30hb Oktober-2hb November 2008 yang lepas. Terima kasih tidak terhingga kepada sifu saya En Wan Hamidi dan rakan-rakan yang lain, Noni dan Abg Haris kerana bersama-sama menjayakan booth tersebut.

2. Kami mengambil peluang ini bagi tujuan mempromosikan Alpha Lipid Lifeline kepada pengunjung-pengunjung pameran tersebut. Di samping menjual susu ini, kami juga mengambil kesempatan bercerita tentang kebaikan dan manfaat susu ini kepada orang ramai. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan. Ada di antara peserta seminar dan pengunjung yang datang dari luar Kuala Lumpur. Ada yang belum pernah mendengar tentang susu ini dan ada juga yang sudah mengetahui kehebatan Alpha Lipid ini.

3. Yang menariknya seorang pengunjung dari Johor Bharu secara tiba-tiba menghampiri gerai kami. Pakcik ni bercerita kepada kami bahawa bapa saudaranya yang berumur 84 tahun kini tidak perlu berjalan menggunakan tongkat lagi setelah meminum Alpha Lipid selama 2 bulan. Seronok juga mendengarnya. Kebetulan saya sedang melayan seorang pengunjung. Bila dia mendengar cerita pakcik itu, terus dia membeli 3 tin. Terima kasih En Mohd Shahril kerana membeli.

4. Di samping itu juga saya berkesempatan berkenalan dengan sorang pengunjung. Nama beliau Puan Hajjah Sharizan. Beliau bekerja sebagai seorang pensyarah dan pegawai di UniKL, kebetulan bersebelahan dengan pejabat saya di Jalan Raja Abdullah. Beliau bercerita bahawa beliau kini stroke di bahagian tangan kiri. Semasa berjumpa dengan Puan Hajjah, beliau bertanya kepada saya betulkah Alpha Lipid ini mampu mengubat stroke beliau. Dengan yakin saya menjawab ya kerana pengalaman testimoni saya sendiri yang pernah menghadapi orang stroke yang lebih teruk daripada ini.

5. Kini Puan Hajjah Sharizan mula beransur pulih. Setiap hari beliau akan ke Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (NASAM) bagi menjalani rawatan fisioterapi. Setelah minum Alpha Lipid, beliau semakin yakin kesihatan beliau akan pulih. Kesian melihat orang stroke ini kerana nikmat hidup tu dah kurang. Namun insya'Allah dengan Alpha Lipid, harapan untuk sihat seperti orang lain akan ada




No comments: