Friday, November 14, 2008

DI SINI BERMULA..



1. Gambar di atas adalah petikan di ruangan Personaliti Lelaki dalam Majalah Mingguan Wanita (terbitan Karangkraf) bil.1297 m/surat 102 dan 103 terbitan 26 September 2008.

2. Beliau bernama En Wan Hamidi dan di sebelahnya ialah isteri beliau Puan Siti Shakirah (Abby). Pertama kali saya membaca majalah ini saya terus tertarik dengan cerita hidupnya yang lebih kurang sama saja dengan kisah hidup saya. Cuma berbeza sekarang ni dia jauh lebih berjaya. Dan apa yang diperolehinya sekarang dibuat dalam masa setahun. Pendapatan bulanan RM37,000 dan mendapat RM100,000 pada Konvensyen Royalti ke 2.

3. Saya terus menelefon nombor telefon beliau dan pertemuan pertama pada 24 September di Lembaga Getah Asli Malaysia iaitu seminggu sebelum raya Aidilfitri. Semasa itu diadakan majlis bisnes presentation. Tatkala orang lain sibuk dengan persiapan raya, saya pula di situ dengar tentang bisnes. Pelik kan tapi apa nak hairan, nak buat persiapan raya bukan ada duit sangat pun. Di situ saya jumpa macam-macam orang. Dan saya ingatkan mereka macam saya juga tapi rupanya orang-orang yang dah berjaya. Biasa je muka tapi pendapatan dah berpuluh ribu. Terkedu saya, terasa jauhnya diri saya dengan orang lain. Bermula dengan pertemuan dengan En Hamidi inilah saya bertekad nak memulakan hidup baru. Tak nak lagi rasanya hidup semata-mata makan gaji lagi macam ni.

4. Apa yang menariknya tentang bisnes ini ialah ianya berbeza dari bisnes yang lain. Saya kata begitu sebab dah bermacam-macam syarikat yang saya dah masuk tapi semua gagal di tengah jalan. Tapi dengan Alpha Lipid ini saya begitu yakin, antara sebab-sebabnya ialah :

a). Kalau syarikat lain menjual pelbagai produk, berpuluh-puluh jenis tapi syarikat ini hanya jual 1 produk ini sahaja, "Alpha Lipid Lifeline". Itu pun tak boleh nak handle sebab orang sentiasa repeat order.

b). Katakanlah kita jual penapis air ke, gelang magnet, barang kemas tiruan dan lain-lain, selepas kita jual 1 barang, kita kena cari pelanggan lain pula. Tapi berbeza dengan Alpha Lipid ni, orang yang sama akan repeat order dengan kita bulan depan. Produk pula berkualiti tinggi, jadi sebab itulah mereka order lagi sebab kesihatan mereka dah pulih. Kalau kita jual penapis air, ataupun jual gelang ke.. agak-agak bulan depan orang tu beli penapis air atau gelang lagi tak dengan kita?

c). Syarikat ini tidak kedekut duit, sistem bonusnya menguntungkan ahli. Pelanggan pun puas hati dengan produk, ahli pula puas hati dengan sistem bonus. Mana nak dapat syarikat baik hati macam ni. Kalau tak bagus, takkan la syarikat mampu bertahan sehingga sekarang dari tahun 1994. Dan produk Alpha Lipid ini bermula tahun 2006, maksudnya masih baru dan orang ramai tak tahu lagi. Kira saya kalau masuk jadi pioneer la.

5. Banyak sebab lagi yang membuatkan saya menceburi bisnes ini. Walaupun perjalanan saya masih jauh, tapi saya akan terus berusaha bagi meningkatkan taraf hidup saya. Bak kata pepatah "Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat".

6. Saya berharap anda semua berilah peluang pada diri anda membaiki taraf hidup. Saya rasa anda semua pernah merasai keadaan bila senang ramai yang menghimpit tapi bila susah semuanya hilang. Marilah bersama-sama saya memulakan bisnes ini, peluang macam ini susah nak dapat. Kalau tak ambil sekarang, orang lain pula sambar. Lepas tu tengok orang lain berjaya, awak menganga lepas tu mengeluh. Jangan risau kerana kita ada mentor-mentor yang tidak kedekut ilmu untuk mengajar. Saya sendiri banyak belajar dari En Wan Hamidi ini. Walaupun beliau dah berjaya, duit banyak tapi sikap beliau tidak lokek ilmu dan sedia memberi pertolongan.

7. Jumpa saya di Tingkat 2, Lembaga Getah Asli Malaysia, setiap Rabu jam 8.30 malam. Insya'Allah kita akan dapat manfaat dalam pertemuan itu. Hubungi saya Hafiz di 012-9155159. Sama-samalah kita berusaha agar satu hari nanti kita berpeluang mendapat seperti gambar di bawah ini.(Cek pendapatan bulanan terbaru beliau dan isteri bertarikh 15 Sept 2008.







No comments: