Friday, November 14, 2008

SENARAI JUTAWAN ALPHA LIPID LIFELINE


1. Eh eh, Kenapa pula gambar Mahathir Lokman tiba-tiba masuk je ni? Macam ni ceritanya..Pada Konvensyen Royalti ke 2 yang lepas, beliau menjadi emcee majlis. Dan beliau sendiri tidak tahan melihat beg-beg dan uncang-uncang berisi wang tunai bersusun di depan mata. Bayangkanlah orang-orang biasa, pakcik makcik atau orang-orang yang takde la sampai belajar di luar negara tapi boleh mendapat pendapatan berpuluh-puluh ribu dan beratus-ratus ribu ringgit.

2. Dipendekkan cerita, beliau kini telah bersama-sama berkecimpung dalam bisnes Alpha Lipid ini. Mana boleh tahan kan..Dan pada 19 Oktober 2008 yang mana roadshow Alpha Lipid yang bertempat di Hotel M Suite Johor Bharu, beliau berjaya mengadakan bisnes presentation yang menarik dan memberansangkan. Ramai yang hadir termasuk orang-orang dari Kelantan dan Kedah. Dari Singapura pun ada. Biasalah, mereka ni macam dapat bau duit.

3. Selain roadshow, promosi Alpha Lipid sering kali ke udara di stesen-stesen radio melalui rancangan temubual bersama wakil-wakil Alpha Lipid. Jadi pendengar boleh berinteraksi terus bagi mengetahui tentang Alpha Lipid. Stesen-stesen radio yang terlibat adalah seperti KLFM97.20, SelangorFM100.90, NegeriFM107.90, MelakaFM102.30, JohorFM101.90, PahangFM104.10, PerlisFM102.90, PenangFM95.70, KelantanFM102.90 dan Best104 di frekuensi104.10FM.

4. Senarai di bawah adalah antara penerima wang royalti tertinggi di majlis Konvensyen Royalti ke 2 di Sunway pada September 2008. Ia juga menunjukkan Pendapatan Bulanan (bonus yang diterima setiap bulan) dan Pendapatan Royalti yang TOP LEADER terima setiap 6 bulan iaitu pada Mac 2008 (Royalti Pertama) dan September 2008 (Royalti Kedua).

a). Nik Hafiz & Moharina : Pendapatan RM150,000++sebulan, Royalti Pertama RM150,000 dan Royalti Kedua RM300,000 (dah beli BMW 5Series baru dan Toyota Estima Aeras)

b). Samhan & Liza : Pendapatan RM40,000++sebulan, Royalti Pertama RM50,000 dan Royalti Kedua RM115,000

c). Wan Hamidi & Abby (sifu saya) : Pendapatan RM37,000++sebulan, Royalti Pertama RM23,000 dan Royalti Kedua RM100,000 (saya dah merasa naik BMW 3 series En Wan ni, best betul berbanding Kancil saya)

d). Wan Suhaimi & Wan Hasniah (Chu Yah) : Pendapatan RM30,000++sebulan, Royalti Pertama RM40,000 dan Royalti Kedua RM110,000

e). Dr. Nik Ariff & Yasmin : Pendapatan RM30,000++sebulan, Royalti Pertama RM30,000 dan Royalti Kedua RM85,000

f). Asri & Roky : Pendapatan RM40,000++sebulan, Royalti Pertama RM20,000 dan Royalti Kedua RM80,000 (dulu Kancil je, sekarang dah pakai BMW 320i sport baru, saya dah merasa duduk dalam keretanya, dapat duduk je pun jadilah)

g). Wan Hishammuddin & isteri : Pendapatan RM30,000++sebulan, Royalti Pertama RM15,000 dan Royalti Kedua RM54,000

h). Roslan Che Min & Halimah : Pendapatan RM30,000++ sebulan, Royalti Pertama RM7,000 dan Royalti Kedua RM70,000 (memang respek la sebab dalam masa 6 bulan je buat ni)

i). Che Hasnah, 58 tahun : Pendapatan RM20,000++sebulan, Royalti Pertama RM20,000 dan Royalti Kedua RM65,000 (umur 58 tahun pun boleh buat, kita?)

j). Nasir & Nisa (Nasir ni biasa keluar Radio MelakaFM) : Pendapatan RM18,000++sebulan, Royalti Pertama RM15,000 dan Royalti Kedua RM40,000

k). Abdul Hadi Ahmad : Pendapatan RM18,000++sebulan, Royalti Pertama RM16,000 dan Royalti Kedua RM44,000 (baru pencen kerajaan, baru tempah Honda Accord 2.4 baru. Mana ada orang pencen dapat gaji macam ni, kalau gaji asal RM3,000, gaji pencen RM1,500..kalau bisnes macam ni tak payah tunggu wang pencen sangat)

Inilah antara mereka-mereka yang telah berjaya mendapat habuan dalam Alpha Lipid ini. Tak dapat saya sebutkan semua sebab yang terima duit dalam briefcase sahaja ada 60 orang. Yang selebihnya terima duit dalam uncang. Tapi yang dalam uncang pun seronok juga sebab semuanya terima dari jumlah RM11,000 ke bawah.

Tak seronok ke terima bonus macam ini? Tempat kerja kita sekarang pun belum tentu dapat bagi macam ni. Yang hairannya mereka ini semua macam kita dahulu, kerja makan gaji setahun yang lepas. Tapi Alpha Lipid telah membantu mereka keluar dari masalah kewangan. Nanti saya cerita apa rahsianya. Saya pun nak turut sama macam mereka. Mana boleh diorang je kaut duit, saya pun nak juga. Mereka boleh buat tentu saya pun boleh. Yang penting kena usaha dan tawakal. Insya'Allah setahun akan datang saya akan sama-sama naik ke pentas seperti mereka juga.

Apa kata anda? Marilah kita bersama-sama mengubah nasib kita. Tahun 2009 dikatakan akan berlaku kegawatan ekonomi, bersediakah kita menghadapi keadaan ekonomi pada waktu itu?

Apa tunggu lagi? Luangkan masa mendengar peluang ini setiap Rabu jam 8.30 malam di Tingkat 2, Lembaga Getah Asli Malaysia (depan KLCC).Tiada bayaran dikenakan. Hubungi saya dahulu Hafiz di 012-9155159..

DENGAR DAHULU PELUANG INI, BARULAH ANDA BUAT KEPUTUSAN ANDA. ANDA TIDAK RUGI APA-APA JIKA MENDENGARNYA TAPI JIKA ANDA TIDAK BERBUAT APA-APA, NASIB ANDA TETAP MACAM ITU JUGA, SEUMUR HIDUP JUGALAH KITA MAKAN GAJI. LAKUKAN PERUBAHAN


No comments: