Saturday, November 7, 2009

Mencari Kekuatan Diri

Salam semua.

Saya baru pulang dengan Diamond Executive En Wan Hamidi. Kami membuat bisnes presentation di Kelana Jaya tadi. Alhamdulillah sambutan menggalakkan, kerana selama ini mereka pernah dengar tentang Alpha Lipid. Tapi tak tahu apa sebenarnya Alpha Lipid itu. Jadi banyaklah juga pertanyaan demi pertanyaan yang terpaksa kami jawab. Kering juga tekak, tapi nasib baik ada jamuan dan layanan dari pihak penganjur.

Rakan-rakan saya ramai yang mengeluh bila mereka menjalankan bisnes ini. Mereka memberi alasan orang dah ramai tahu, dah ramai orang buat. Akhirnya bisnes berhenti di tengah jalan. Kehidupan tetap tak berubah juga, tetap mengeluh tak cukup duit. Bukankah saya pernah bagitahu, kita kena cari jalan, bukan mencari alasan!!

Buktinya semasa BP tadi, ramai yang tahu Alpha Lipid ni, tapi tak tahu apa fungsinya, di mana nak dapat. Ini membuktikan ramai yang sebenarnya belum menjalankan bisnes ini dengan serius. Puan Azura pula menceritakan bahawa beliau adalah penghidap kencing manis, jadi kami dengan senang hati berkongsi pengalaman tentang pesakit kencing manis sebelum ini dan apa yang Alpha Lipid dapat bantu.

Sebenarnya kalau niat kita nak berniaga Alpha Lipid ini, memang kita akan kecewa bila orang tak beli. Yelah, kita jual barang, kalau orang tak beli, rasa rugi la kan? Tapi cuba kalau kita ikhlas nak berkongsi cerita kebaikan Alpha Lipid ini, cerita tentang pengalaman orang yang dah minum. insya'Allah kita takkan kecewa. Dia nak beli atau tak itu hak dia, tanggungjawab kita cuma menyampaikan sahaja.

Kadang-kadang ada orang yang saya jumpa memberitahu dia tak pandai cakap. Nak set appointment kat telefon pun takut. Saya mengaku masa mula2 dulu saya takut juga. Bila saya call, baru orang tu jawab telefon, saya dah letak semula sebab tak yakin apa nak cakap. Tapi
bila saya beranikan diri untuk mencuba, lama-lama saya dah biasa.Itulah saya cakap, kita kena cari kekuatan diri sendiri. Kalau tak ada, kita kena wujudkan kekuatan itu.

Senang je nak faham. Anda tengok orang masuk gym, hari hari angkat besi, bersenam. Untuk apa? Untuk tambah kekuatan mereka kan? Sama la apa yang anda buat dalam bisnes ini. Perkara yang kita praktis hari2 lama kelamaan akan menjadi biasa bagi kita.

Kita dah hampir menuju penghujung tahun. Tanyalah diri anda sendiri, apa yang telah anda capai dalam tahun 2009 ini. Berubahkah hidup anda? Sudah ada tak simpanan RM50 ribu dalam akaun bank anda? Masih banyak lagi ke hutang anda yang belum selesai atau hutang anda semakin bertambah? Adakah dengan pekerjaan dan gaji anda sekarang sudah memadai untuk anda mencapai kebebasan kewangan? Tepuk dada tanya selera. Kalau anda belum ada perubahan, buatlah sesuatu.

Hafiz Hamzah
012-9155159

No comments: