Orang berjaya mempunyai fikiran positif setiap kali memulakan hidup mereka. Mereka melihat setiap peluang yang ada itu sebagai positif. Mereka juga melihat setiap kegagalan itu juga positif. Bagaimana dengan kita? Adakah kita berfikiran positif setiap masa? Positifkah anda bila ada orang yang ingin menerangkan peluang bisnes kepada anda? Belum sempat menerangkan pasti anda terus berfikiran negatif kan? Sebenarnya fikiran kita banyak mempengaruhi tindak tanduk kita seharian.
Sebagai contoh, seorang doktor tahu bagaimana fikiran dapat mempengaruhi diri anda. Sebab itulah beliau mengatakan , “Tidak ada apa-apa, selepas makan ubat, sembuhlah.” Fikiran anda menerima kata-kata itu membuatkan anda sembuh selepas makan ubat. Bukan hanya ubat yang membuatkan anda sembuh, tapi fikiran juga memainkan peranan yang besar.
Apabila positif sudah menguasai anda, anda dengan yakin dan mudah dapat menguasai kejayaan. Jika negatif meresapi fikiran anda, sudah pasti anda akan menjadi orang yang lemah daripada segala segi dan tidak berganjak daripada tempat anda berdiri. Gagal selama-lamanya.
Orang yang negatif lebih suka menjadi penonton daripada peserta. Mereka takut menjadi peserta kerana mereka tidak yakin dapat menang. Di dunia ini, tidak ada yang paling mudah selain mencari orang yang negatif, mereka di sekeliling kita. Memang sukar menemui orang yang positif.
Cara paling berkesan untuk mengelakkan diri dari menjadi orang negatif adalah mengelakkan dan menjauhkan diri daripada orang yang selalu berkata:
"Oh ..Ini tak boleh"
"Susah"
"Lecehlah"
"Ini tak boleh"
Jauhi dari orang yang takut mencuba, selalu mencari jalan singkat mudah dan singkat, tidak mahu melibatkan diri dengan risiko dan selalu memandang sesetengah bisnes seperti network marketing ini sebagai sesuatu yang negatif.
Yang menghairankan, mereka yang negatif ini adalah terdiri dari kawan kita dan ahli keluarga kita sendiri, bukan musuh kita. Musuh kita jarang mempengaruhi kita, sebaliknya selalu memberi cabaran. Tetapi kawan yang selalu berada di sebelah anda itulah yang selalu merosakkan anda.
Jauhilah kawan seperti itu. Anda tak rugi jika kehilangan mereka. Malah satu keuntungan jika anda dapat menjauhi orang yang negatif. Untungnya anda sudah tahu iaitu dapat merintis jalan menuju kekayaan tanpa gangguan mereka. Kalau kita turut terpengaruh dengan mereka, kita pun akan hidup susah seperti mereka.
Dalam mengharungi bisnes Alpha Lipid ini, terlalu ramai yang bersikap negatif bila kita bercerita tentang peluang untuk berjaya. Tapi bagi saya, yang penting tugas kita cuma menyampaikan kepentingan Alpha Lipid ini sebagai benteng kesihatan dan terpulang pada mereka untuk menerima atau tidak. Jangan dibelengu rasa kesal, bengang atau hampa bila anda direject. Mungkin satu hari bila anda sudah berjaya, baru mereka akan mengubah pandangan terhadap anda.
Saya rasa bertuah kerana diberi peluang untuk mengenali orang yang sentiasa positif pemikiran mereka. Orang seperti En Wan Hamidi, En Samhan dan En Nik Hafiz sentiasa memberi nasihat bagaimana pemikiran positif boleh membentuk kejayaan dalam hidup kita.
Teruskan semangat dalam membantu mereka untuk jadi sihat semula. Insya'Allah rezeki kita tetap ada. Mungkin kekayaan belum datang lagi, tapi selagi kita belum berhenti mencuba, selagi itu kita tetap ada peluang untuk berjaya dalam bisnes ini.
Hafiz Hamzah
012-9155159
No comments:
Post a Comment