Tuesday, December 15, 2009

Cerita dari Miri, Sarawak




Isnin 3ptg 14Disember 2009

Saya baru tiba di KL, pagi tadi terbang pulang dari MIRI Sarawak.

Semalam kami buat BP-bisnes presentation Alpha Lipid di sana. Alhamdulillah amat memberangsangkan, selain testimoni yang POWER atau "miracle recovery", 2 orang doktor pakar memberikan pendapat dan pengalaman mereka menggunakan produk Alpha Lipid Lifeline, bukan setakat untuk kegunaan diri sendiri malah untuk pesakit-pesakit mereka.

1) Pertama -testimoni dari Puan M(maaf tak ingat nama) beliau mengalami pelbagai simptom seperti stress (sehingga dirujuk kepada pakar psikiatri), haid tidak teratur, kencing manis, saraf-saraf rosak sehingga sukar berjalan dan juga tidak boleh tidur. Beliau disarankan makan pelbagai ubat sehingga 15 biji ubat setiap hari! Alhamdulillah setelah cuba Alpha Lipid beliau kini dah pulih dan sihat! Tak perlu makan ubat yang begitu banyak, Sekarang tidur lena, dan semua penyakit stabil! insyaAllah hujung minggu ini beliau akan ke KL untuk melancong sambil berjumpa anaknya yang belajar di KL. Alhamdulillah! beliau menitiskan air mata ketika memberikan testimoni, memang terharu kerana kini beliau dah jumpa penawarnya!

2) Dr. Aida bt Esa
seorang doktor pakar sakit puan (O&G)dari sebuah hospital swasta di Miri menyatakan bahawa beliau menggunakan produk ini untuk mengurangkan masalah resdung dan masalah alergi di kalangan ahli keluarganya dan dirinya sendiri. Alhamdulillah jika sebelum ini setiap hari beliau mudah kena resdung tapi kini beliau bebas dari masalah tersebut, begitu juga anak-anaknya. oleh kerana beliau dah yakin dengan produk Alpha Lipid, beliau menyarankan pesakit-pesakit beliau menggunakan produk ini.
Ada yang mengalami masalah haid yang tidak teratur, ketumbuhan (cyst), amenorrhea (tiada haid langsung), dan juga kes endometriosis (sakit sewaktu datang haid), semua masalah sakit puan/wanita ini berjaya dikurangkan oleh pemakanan semulajadi Alpha Lipid! Mungkin kolostrum mengandungi growth factor( faktor pertumbuhan) yang membantu menstabilkan hormon dalam badan wanita dan membantu mengembalikan sistem normal peredaran hormon wanita. So wanita-wanita amat disarankan ambil pemakanan semulajadi kolostrum Alpha Lipid ini!

3) Dr. Norris Naim, seorang lagi doktor pakar kaji penyakit dari Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur (yg berkunjung ke Miri bersama kami) menyatakan pemakanan seperti kolostrum ini membantu tubuh badan kita dari segi membenteng/menghalang datangnya penyakit yang mungkin menyerang tubuh badan kita suatu hari nanti. Beliau memberikan satu analogi/metafor sebegini : "Ibarat rumah kediaman kita, perlu ada grill, perlu ada pintu, perlu ada alarm, untuk menghalang pencuri/penjahat memasuki rumah kita, seperti itulah juga pemakanan kolostrum Alpha Lipid ini, ia memagarkan diri kita dari serangan pelbagai penyakit yang mungkin menimpa kita suatu hari nanti." So jika anda mengamalkan Alpha Lipid, insyaAllah tubuh badan anda ibarat dipagari dari segala penyakit yang mungkin melanda anda. Ia bukanlah satu jaminan bahawa penyakit TIDAK akan datang menyerang, tetapi sekurang-kurangnya penyakit sukar menjangkiti kita atau susah lah sikit nak kena sakit, seperti juga tiada jaminan bahawa pencuri tidak akan masuk ke rumah kita, tapi at least jika ada gril, pintu dikunci, ada alarm or kamera, sukarlah sikit pencuri nak masuk.

Kesimpulan dari trip saya ke Miri pada kali ini ialah:

a) Produk Alpha Lipid Lifeline memang "JADI" dan banyak manfaatnya untuk orang ramai.

b) Anda tidak perlu ragu lagi, doktor-doktor pun dah percaya produk kolostrum bagus untuk kita.

Akhirnya dengan produk yang sebegini hebat dan berkesan, maka pasti BISNES ini pasti BERKEMBANG LAGI! Make sure u join and make a lot of money by helping people stay away from illness!!

YAKINLAH! IKUT Sahaja kami!


Petikan dari laman blog En Wan Hamidi

Berdasarkan pengalaman En Wan Hamidi di Miri, sukar untuk menyatakan bahawa ada makanan lain yang lebih semulajadi dari kolostrum. Tidak dinafikan pelbagai produk kesihatan di luar sana semuanya bagus-bagus, tetapi Alpha Lipid ini 'MUDAH'. Semuanya lengkap untuk keperluan badan. Jadi tidak hairanlah ianya amat-amat disarankan oleh doktor-doktor pakar di Malaysia.

Jadi bertindaklah sekarang melindungi diri anda dan keluarga dari serangan pelbagai penyakit melalui amalan Alpha Lipid Lifeline sebagai sarapan pagi.

Hafiz Hamzah
012-9155159

No comments: