Friday, July 17, 2009

Never Put Until Tomorrow What U Can Do Today!!


Salam kepada semua. Hari ini saya mulakan tajuk dengan Bahasa Inggeris. Tapi ianya tiada kaitan dengan PPSMI yang telah dimansuhkan baru-baru ini. Bukan apa, cuma saya nak berkongsi dengan semua tentang makna yang tersirat di sebalik "NEVER PUT UNTIL TOMORROW WHAT U CAN DO TODAY"

Sepanjang pengalaman saya dalam Alpha Lipid Lifeline ini, banyak ragam manusia yang saya temui. Bila bercerita tentang barang kesihatan, ada yang mengatakan tidak memerlukannya kerana masih sihat, ada yang merungut mahal, tapi yang peliknya tidak lokek pula untuk membeli perhiasan rumah yang mewah-mewah, baju yang cantik-cantik, tukar sport rim kereta, yang kadangkala bukan diperlukan sangat pun. Bukan saya tidak bersetuju berbelanja kerana itu hak masing-masing. Cuma kena la ukur baju di badan sendiri. Tapi kalau dah sakit, rumah cantik, baju mahal, sport rim power pun tiada gunanya juga kan? Takkan la sedikit pun tidak boleh berbelanja untuk menjaga kesihatan. Sudah la tidak bersenam, makan pun tiada pantang, bila dah dapat macam-macam penyakit kan ke dah susah.

Bila bab bisnes pula, ada yang buat tak tahu, mungkin dah kaya kot. Ada pula yang bersemangat, berapi-api ingin buat bisnes ini. Tapi nak buat 3 tin pun fikir 3-4 kali. Belum suruh buat 30 tin lagi tu. Macam-macam alasan la yang diberi. Tunggu gaji la, tunggu duit kutu la, isteri tak bagi izin la..Memang macam macam alasan, tapi yang peliknya selalu merungut tiada duit la, tak sampai 3 hari dapat gaji dah habis la. Kalau dah asyik banyak alasan, memang susah lah nak berjaya. Saya dah bagi jalan nak berjaya, cuma tunggu nak buat je..Tapi belum mula lagi, alasan dah berbakul-bakul, usaha taknak tapi income beribu-ribu sebulan nak pula..Bila tengok orang lain berjaya, cemburu! ..Siap boleh cakap, "ala dia banyak contact, pandai cakap, bolehla berjaya". Hellooo, Puan Maimunah yang umurnya 83 tahun itupun boleh dapat bonus dalam briefcase.

Sebenarnya ini semua terpulang kepada kita. Kita yang mencorakkan masa depan kita. Macam tajuk blog hari ini. Perkara yang kita boleh buat hari ini tapi kita tangguhkan keesokkan harinya. Kita sentiasa menangguhkan usaha kita. Sebagai contoh, kita tahu kawan kita sakit, kita boleh melawat, sambil2 itu boleh syorkan minum Alpha Lipid. Tapi kita tak pergi melawat pun sebab kita segan nak bercerita. Kita takut nanti di reject. Itulah masalah kita, belum pergi tapi kita dah tahu kita tak boleh menjual. Kalah sebelum berjuang. Kalau kita dah setkan fikiran kita tak boleh menjual, memang itulah jadinya.

Saya bercakap di atas pengalaman saya. Pada mula-mula saya buat bisnes ini dahulu, saya ada seorang kawan yang adiknya mengidap paru-paru berair. Saya tangguhkan nak pergi melawat sedangkan keluarganya itu saya kenal dan rapat. Saya takut kena reject. Hampir 6 bulan saya tak promote pada kawan saya. Akhirnya bulan ke 7 saya cuba-cuba call kawan saya untuk bercerita pasal Alpha Lipid. Apa yang kawan saya bagitau? Adik dia dah minum Alpha Lipid itu hampir 3 tin dah dah beransur sembuh. Menyesal tak sudah saya. Mulai dari itu, ada je peluang bercerita, melawat, saya pergi. Dapat tak dapat jual, itu lain cerita sebab yang penting bagi saya ialah mencuba dan usaha. Tak cuba tak tahu. Walaupun ada yang direject, jangan patah semangat. Bila saya ceritakan pada upline saya En Wan Hamidi, rupanya dia lagi banyak kali kena reject. Sebab itu pendapatan dia berpuluh ribu sebulan. Dengar cerita sekarang ini dia terpaksa menerima pendapatan hampir RM100 ribu sebulan..Ini semua kerana rejection...Jadi jangan takut dengan rejection.

Oleh itu, jangan lah kita selalu tangguhkan usaha kita. Bila kita ada peluang set appointment dengan orang, cuba buat pada hari itu juga. Jangan bertangguh-tangguh konon nak cuba call esok. Bila tau ada orang sakit, cepat-cepat syorkan Alpha Lipid. Yang penting niat kita ikhlas nak dia sihat, bukan sekadar nak income sahaja. Bukan apa, bila bertangguh usaha, income kita pun tertangguh la juga.

Hari Ahad ini saya akan berada di Auditorium Seberang Jaya, Pulau Pinang pada pukul 3 petang. Bawa seberapa ramai keluarga dan rakan-rakan bagi mendengar BP kami ini.

Hafiz Hamzah
012-9155159

No comments: