Friday, April 10, 2009

Pertukaran BP di Melaka, Johor Bharu, Kuching, Ipoh dah Jengka

Terdapat maklumat baru pertukaran tempat BP yang baru diterima. Harap maklumkan kepada semua.

10 April 7.30 malam Kuching - Kenyalang Room Hotel Hilton

16 April 8.30 malam Melaka - Ballroom MITC Ancasa Hotel, MITC Ayer Keroh

17 April 8.30 malam Johor Bharu - Selesa Hotel di Dewan Perdana 2, Tingkat 9, Jalan Tebrau, JB

21 April 8.30 malam (BARU) Jengka,Pahang - Dewan Wisma Peneroka Nadi Kota, Bandar Jengka Pahang

26 April 8.30 malam Ipoh - Dewan Tamingsari, Hotel Silvertage, Medan Gopeng, Ipoh

Ajak seberapa ramai ahli keluarga anda dan rakan2 anda supaya menghadiri BP ini. Manfaatkan peluang ini supaya ianya mapu mengubah nasib anda. "ELAKKAN PENYAKIT DAN JAUHI KEMISKINAN"

Hubungi saya
Hafiz Hamzah
012-9155159

Saturday, April 4, 2009

Jadual Roadshow BP Alpha Lipid Lifeline bagi April 2009





Selepas Majlis Royalti ke 3 pada 15 Mac 2009, jadual BP kini telah disusun semula bagi memenuhi permintaan ramai yang ingin mendengar sendiri bagaimana rahsia mendapat kesihatan yang baik dan menjauhi diri dari kemiskinan hanya dengan Alpha Lipid. Berikut adalah jadual terkini roadshow sekitar Malaysia bagi bulan April 2009. Temui kami di sana!!

3 April Jumaat 8.30 malam SEREMBAN - Hotel Royal Adalphi
3 April Jumaat 3.00 petang KOTA BHARU - Amirzadi Trading, 1st Floor, Tg Chat
5 April Ahad 3.00 petang KUANTAN - Kolej IKIP Kubang Buaya
8 April Rabu 8.30 malam KUALA LUMPUR - Tingkat 2, Etiqa Twin Tower, Jalan Pinang (bersebelahan KLCC)
10 April Jumaat 8.30 malam KUCHING (tba)
11 April Sabtu 3.00 petang KOTA KINABALU - Theatre Hall Sutera Habour
12 April Ahad 8.30 malam SANDAKAN (tba)
13 April Isnin 8.30 malam TAWAU - Kings Hotel
15 April Rabu 8.30 malam KUALA LUMPUR - Tingkat 2, Etiqa Twin Tower, Jalan Pinang (bersebelahan KLCC)
16 April Khamis 8.30 malam MELAKA (tba)
17 April Jumaat 8.30 malam JOHOR BHARU - Selesa Hotel
22 April Rabu 8.30 malam KUALA LUMPUR - Tingkat 2, Etiqa Twin Tower, Jalan Pinang (bersebelahan KLCC)
24 April Jumaat 8.30 malam IPOH (tba)
25 April Sabtu 8.30 malam PULAU PINANG (tba)
29 April Rabu 8.30 malam KUALA LUMPUR - Tingkat 2, Etiqa Twin Tower, Jalan Pinang (bersebelahan KLCC)

(tba) = to be anounce later (tempat akan dimaklumkan kelak)

Bagi yang ingin menghadiri di Kuala Lumpur, sila hubungi saya dahulu untuk mendapatkan tempat. Bukan apa, setiap kali BP dibuat memang sampai tak muat dewan. Walaupun telah berpindah ke dewan yang boleh memuatkan hampir 400 orang, tapi dewan tetap sesak juga. Begitulah keadaannya setiap Rabu. Bisnes tengah kemuncak dan panas inilah kita kena kejar..Ambil peluang ini untuk mengubah nasib anda. Tidak pelik kah kita, semakin lama kita kerja, semakin tak ada duit. Di sini, kami TERPAKSA terima duit dalam beg...setiap 4 bulan pulak tu..

hafiz hamzah
012-9155159

Thursday, April 2, 2009

AWAS Bila berumur 30 tahun-Berisiko dapat penyakit bahaya jika tidak amal gaya hidup sihat



Saya tertarik dengan tajuk berita di akhbar Kosmo! semalam.
"AWAS bila berumur 30 tahun-Berisiko dapat penyakit bahaya jika tidak amal gaya hidup sihat"

Saya tuliskan petikan dari berita tersebut :

KUALA LUMPUR- Bagi mereka yang berumur 30 tahun ke atas berhati-hatilah kerana anda mungkin terdedah kepada risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Justeru, pemeriksaan awal amat penting kepada golongan umur berkenaan bagi memastikan tahap kesihatan mereka dan seterusnya menjalani rawatan pemulihan yang disarankan.

Pakar diet dan nutrisi Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof Dr. Fatimah Arshad (gambar di atas) berkata, beliau dan beberapa penyelidik lain pernah menjalankan kajian yang sama di beberapa gugusan Felda di Pahang sebelum ini membabitkan 1,000 responden berumur antara 35 dan 55 tahun.
"Kesemua responden yang diambil merupakan individu yang dianggap sihat, bagaimanapun selepas pemeriksaan didapati satu per-tiga daripada mereka menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit sedemikian.
"Ini amat mengejutkan, memandangkan kebanyakan responden merupakan golongan yang aktif melakukan kerja-kerja di ladang dan sebagainya," katanya di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad bahawa tinjauan yang dilakukan kementerian mendapati ramai di kalangan rakyat di negara ini tidak menyedari bahawa mereka adalah penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Tambah Fatimah, sebagai langkah awal adalah disarankan mereka yang berusia 30 tahun ke atas menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan risiko terhadapnya dapat diatasi.

KOSMO! 1hb April 2009

Pelbagai kesimpulan boleh dibuat dari petikan berita di atas.

1. Penyakit datang tidak kira umur, seharusnya kita mencegahnya sebelum terlewat. Di sinilah letaknya kepentingan Alpha Lipid sebagai sarapan pagi kita. Selama ini kita sumbatkan badan kita dengan roti canai, nasi lemak, teh tarik, nescafe dan lain-lain lagi tapi kita tak pernah terfikir kesannya pada badan kita. Alpha Lipid berperanan sebagai antibodi yang kuat agar penyakit-penyakit seperti itu tidak hinggap pada kita. Apalah sangat harga RM180 satu tin sebulan berbanding nanti harga yang perlu dibayar untuk kos perubatan bila dah kena penyakit demikian.

2. Semakin ramai orang yang tidak menyedari dirinya sakit. Bila ramai orang yang sakit, kita semua hendaklah berkongsi akan rahsia Alpha Lipid ini. Jangan takut bercerita, kita bukan hendak memaksa mereka beli, tapi ceritakan kebaikan susu ini. Alpha Lipid ini sebenarnya adalah minuman untuk orang sihat, tetapi bila orang yang sakit meminumnya, secara tidak langsung penyakitnya beransur pulih.

3. Kita tidak sedar peranan kita sebagai ibu atau bapa yang menyara kehidupan keluarga. Tanggungjawab itu membuat kita mesti selalu sihat. Andaikata kita sebagai ibu dan bapa, tiba-tiba jatuh sakit, anak-anak pula masih kecil, siapa yang akan menyara mereka sedangkan anda terlantar sakit. Sudahlah sakit, tak ada duit pula nanti sebab tidak bekerja..Fikir-fikirkan

Oleh itu, kongsilah rahsia Alpha Lipid ini seramai mungkin. Bebaskan diri anda dari penyakit dan kemiskinan. Hubungi saya segera supaya dapat kita berkongsi rahsia ini.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Majlis Royalti Ke 3 Selesai Sudah





Salam kepada semua.

Maaf kerana sudah lama tidak menulis di blog ini. Sibuk menjual susu kerana selepas Majlis Royalti ke 3 pada 15 Mac 2009 di Mines Convention Centre, jualan semakin meningkat. Maklumlah bukan sedikit orang yang datang menyaksikan kami semua menerima wang dalam beg, hampir 7500 kerusi yang disediakan oleh pihak penganjur penuh semuanya.

Terima kasih kepada En Wan Hamidi kerana banyak membantu saya dalam perniagaan Alpha Lipid ini. Saya sendiri tidak pernah menyangka dapat naik ke pentas untuk menerima wang tunai dalam beg. Tetapi berkat tunjuk ajar beliau, nasihat dan semangat yang beliau tunjukkan, akhirnya saya berpeluang mendapat hasil dari Alpha Lipid ini. Masih terasa berdebar dan seronok semasa menaiki pentas tempoh hari. Terasa hilang penat selama ini dengan hanya berkongsi rahsia susu Alpha Lipid ini kepada orang ramai dan hasilnya RM3075.00 tunai saya terima dalam uncang merah hari itu.

Tapi banyak lagi yang anda perlu tahu :
1. lebih 500 orang menerima Bonus Royalti (dalam uncang biru, uncang merah dan uncang emas)
2. 60 orang menerima briefcase Royalti
3. Hampir 10 orang menerima wang Royalti dalam briefcase melebihi RM100,000.00
4. Penerima tertinggi ialah Nik Hafiz & isteri sebanyak RM400,000.00
5. Hampir RM8 juta telah dibahagi-bahagikan pada Royalti kali ini, termasuk cabutan bertuah..Mana ada syarikat lain yang nak bagi bonus macam ni? Majikan tempat kerja anda ada bagi bonus macam ini setahun dua kali?

Majlis Royalti hari itu diacarakan sekali lagi oleh Dato' Mahathir Lokman (beliau pun salah seorang penerima briefcase) dan juga diserikan lagi dengan nyanyian Jaclyn Victor (dah joint Alpha Lipid pada 14 Mac 2009). Mereka pun tak tahan tengok duit dalam briefcase tu.

Bagi mereka yang mula hendak joint, amatlah dialu-alukan kerana bisnes ini semakin berkembang. Jangan dilepaskan peluang ini. Tambahan pula pihak syarikat telah membuat pengumuman bahawa majlis Royalti tidak lagi dibuat 6 bulan sekali, tetapi 4 bulan sekali.

Yang hairannya, bisnes ini walaupun hanya menjual susu, tapi TERPAKSA terima duit sebanyak ini. Kalau harap kerja di pejabat atau bank, belum tentu dapat bonus macam ni lagi.
Bersama-sama lah kita mengubah kehidupan dan menghadapi gelombang Alpha Lipid ini pada bulan Julai nanti (Majlis Royalti ke 4)

Hafiz Hamzah
012-9155159