Thursday, April 2, 2009

Majlis Royalti Ke 3 Selesai Sudah





Salam kepada semua.

Maaf kerana sudah lama tidak menulis di blog ini. Sibuk menjual susu kerana selepas Majlis Royalti ke 3 pada 15 Mac 2009 di Mines Convention Centre, jualan semakin meningkat. Maklumlah bukan sedikit orang yang datang menyaksikan kami semua menerima wang dalam beg, hampir 7500 kerusi yang disediakan oleh pihak penganjur penuh semuanya.

Terima kasih kepada En Wan Hamidi kerana banyak membantu saya dalam perniagaan Alpha Lipid ini. Saya sendiri tidak pernah menyangka dapat naik ke pentas untuk menerima wang tunai dalam beg. Tetapi berkat tunjuk ajar beliau, nasihat dan semangat yang beliau tunjukkan, akhirnya saya berpeluang mendapat hasil dari Alpha Lipid ini. Masih terasa berdebar dan seronok semasa menaiki pentas tempoh hari. Terasa hilang penat selama ini dengan hanya berkongsi rahsia susu Alpha Lipid ini kepada orang ramai dan hasilnya RM3075.00 tunai saya terima dalam uncang merah hari itu.

Tapi banyak lagi yang anda perlu tahu :
1. lebih 500 orang menerima Bonus Royalti (dalam uncang biru, uncang merah dan uncang emas)
2. 60 orang menerima briefcase Royalti
3. Hampir 10 orang menerima wang Royalti dalam briefcase melebihi RM100,000.00
4. Penerima tertinggi ialah Nik Hafiz & isteri sebanyak RM400,000.00
5. Hampir RM8 juta telah dibahagi-bahagikan pada Royalti kali ini, termasuk cabutan bertuah..Mana ada syarikat lain yang nak bagi bonus macam ni? Majikan tempat kerja anda ada bagi bonus macam ini setahun dua kali?

Majlis Royalti hari itu diacarakan sekali lagi oleh Dato' Mahathir Lokman (beliau pun salah seorang penerima briefcase) dan juga diserikan lagi dengan nyanyian Jaclyn Victor (dah joint Alpha Lipid pada 14 Mac 2009). Mereka pun tak tahan tengok duit dalam briefcase tu.

Bagi mereka yang mula hendak joint, amatlah dialu-alukan kerana bisnes ini semakin berkembang. Jangan dilepaskan peluang ini. Tambahan pula pihak syarikat telah membuat pengumuman bahawa majlis Royalti tidak lagi dibuat 6 bulan sekali, tetapi 4 bulan sekali.

Yang hairannya, bisnes ini walaupun hanya menjual susu, tapi TERPAKSA terima duit sebanyak ini. Kalau harap kerja di pejabat atau bank, belum tentu dapat bonus macam ni lagi.
Bersama-sama lah kita mengubah kehidupan dan menghadapi gelombang Alpha Lipid ini pada bulan Julai nanti (Majlis Royalti ke 4)

Hafiz Hamzah
012-9155159

No comments: