Sunday, August 9, 2009

Makluman Bulan Ini




Ada beberapa perkara yang ingin saya maklumkan kepada pembaca blog dan mereka yang menjadi ahli New Image Sdn Bhd.

1. Yuran Keahlian RM50 (RM60 untuk Sabah & Sarawak) untuk menjadi ahli akan berkuatkuasa September 2009. Bagi mereka yang ingin menjadi ahli dan mendapat penjimatan, maka cepat-cepatlah mendaftar pada bulan ini.

Tapi bagus juga kalau anda mendaftar sebagai ahli kerana bayaran RM50 itu anda akan mendapat bisnes kit yang mengandungi brosur, borang, marketing plan dan cd.

2. Satu NOTIS AMARAN akan diiklankan di surat khabar utama ( mungkin Harian Metro atau Utusan Malaysia) bahawa TINDAKAN undang-undang akan diambil terhadap sesiapa yang menjual ALpha Lipid Lifeline di bawah harga yang telah ditetapkan.

Syarikat akan memaklumkan kepada semua leader bila tarikh pengumuman Notis itu akan disiarkan.

Pihak Syarikat memandang berat akan perkara ini dan kepada mereka yang menjual Alpha Lipid Lifeline di bawah harga yang tidak munasabah, berjaga-jagalah anda. Sikap mereka ini benar-benar menjejaskan imej syarikat dan ibarat menabur pasir di periuk nasi orang lain. Sekiranya mereka tertangkap, pihak syarikat tidak teragak-agak untuk mendakwa di mahkamah.

3. Tempat Bisnes Presentation di Melaka pada Khamis 13hb Ogos akan diadakan di Hotel Ancasa MITC Ayer Keroh 830malam bukannya di Ayer Keroh Resort. harap maklum.

4. Tempat Bisnes Presentation di KL pada Rabu 19hb Ogos terpaksa dibuat di Wisma Getah Asli tingkat 2 sebab tempat di Wisma Sejarah sudah lama di booking orang lain.

5. Bisnes Presentation BP di KL setiap Rabu Malam di bulan Ramadhan adalah seperti biasa cuma ianya akan bermula jam 930mlm. Adalah digalakkan anda pergi solat tarawih kemudian ajak rakan2 dengar bisnes ALpha Lipid sambil keluar minum2 air di KL.

6. Bisnes Presentation di Jakarta akan diadakan pada 18 Ogos 2009 Selasa 7.30malam, di The ACACIA Hotel, Jl. Kramat Raya, Jakarta Pusat. Tel 021-3903030

Cukup dulu buat masa sekarang. Sebarang makluman akan diberitahu kelak.

AKHIR KATA..SIAPA ANDA HARI INI TIDAK PENTING, SIAPA ANDA SETAHUN AKAN DATANG, ITU YANG LEBIH PENTING.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Thursday, August 6, 2009

Mencari Peluang


Salam pembaca blog semua.

Kali ini saya ingin berkongsi pendapat saya pada semua tentang keadaan ekonomi sekarang dan diri kita.

Kita semua telah sedia maklum akan kemelesetan ekonomi yang melanda dunia, termasuk Malaysia. Dan kesannya, banyaklah syarikat-syarikat yang terpaksa gulung tikar dan ramai yang terpaksa diberhentikan kerja. Maka paniklah kita, meraung-raung dan sakit kepala tak boleh tidur malam memikirkan mana nak cari duit lagi selepas ini. Yang baru tamat belajar dari IPT pula sibuk mencari kerja sedangkan pengalaman tiada.Diploma dan Ijazah bergulung, tapi tiada syarikat nak ambil. Maka bersainglah sesama mereka mencari kerja. Sanggup menerima apa sahaja kerja demi nak mencari rezeki.

Tapi terfikirkah anda? Dalam keadaan ekonomi kita sekarang, seharusnya kita bukan patut mencari kerja! Tapi kita harus cari peluang! Setuju atau tidak? Kenapa saya cakap begini..

Kalau anda mencari kerja pun, berapa peratuskah anda yakin yang anda akan berjaya mendapat pekerjaan? Ataupun adakah anda yakin anda akan mendapat gaji yang setimpal dengan pengalaman anda ataupun Ijazah bergulung anda? Berapa ramainya pesaing2 anda di luar sana itu.

Sesungguhnya di waktu ini anda kena cari peluang. Banyak peluang yang ada untuk anda membentuk masa depan anda. Jangan hanya fikirkan dengan makan gaji itu mampu menyelamatkan masa depan anda. Kita kena sedar dengan diri kita. Kita tahu keinginan kita lebih besar dari pendapatan kita. Tapi dengan gaji kita yang terhad, mampukah kita mendapatnya? Perlukah kita membuat kerja lebih masa atau 'overtime' siang malam. Perlukah kita mengorbankan gaya hidup kita semata2 ingin menyimpan duit? Jadi apa yang perlu kita buat?CARI PELUANG

Bukankah dari awal dahulu saya pernah memberitahu bahawa dalam Alpha Lipid Lifeline ini terlalu banyak peluang untuk anda. Anda ada peluang untuk menambah pendapatan, anda berpeluang mendapat kebebasan kewangan, anda berpeluang melancong, anda nanti ada peluang lebih masa dengan keluarga dan anda ada peluang untuk menikmati kehidupan ini dengan lebih selesa.

Kami tak main-main dalam Alpha Lipid ini. Dari apa yang saya perhatikan, dahulu mereka-mereka dalam Alpha Lipid ini semua bekerja makan gaji. Tapi duit tak pernah cukup. Dan yang peliknya bila dah join Alpha Lipid, dah tak bekerja, duit lagi banyak.

Cuma kita kena usaha sikit. Usaha banyak pun lagi bagus kan. Yang penting jangan malas dan jangan cepat putus asa. Hai, orang yang minta sedekah itupun berusaha juga nak dapat duit. Mereka sanggup berjalan sana sini. Tapi tak kisahlah, cuma apa yang saya nak sampaikan ialah tiada cara senang untuk senang. Allah pun tak suka orang malas dan hanya nak buat benda senang sahaja.

Akhir kata, kalau kita rasa hidup kita susah, ingatlah ada lagi orang yang lebih susah. Cuma yang membezakan kita ialah sejauh manakah kita berusaha untuk mengubah hidup kita.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Nikmat Kesihatan


Gambar di atas adalah seorang student IPT bernama Ira. Kenapa saya meletak gambarnya pada ruangan blog kali ini. Begini kisahnya..

Malam tadi semasa BP di Wisma Sejarah, beliau tampil ke hadapan bagi menceritakan pengalaman beliau hampir 6 tahun sebagai pesakit SLE. Penyakit Ira ini berkaitan darah. Menurut Ira lagi, kebiasaan bacaan normal platlet darah bagi kita adalah sekitar 200. Tapi kerana SLE, bacaan darah beliau adalah 20! Bila berkeadaan begini, kesihatan beliau memang terganggu. Gusi Ira sering berdarah dan Ira hanya bergantung dengan ubat sahaja bagi mengawal keadaan ini. Apa yang menyedihkan ialah kebergantungan dengan ubat termasuklah stereiod menyebabkan kerosakan dalam tubuhnya. Maunya tidak, hampir 30 biji pil terpaksa ditelan setiap hari, dan pil-pil itu pula berharga sekitar RM20 setiap biji. Masya'Allah.. Azabnya.. Dahla terpaksa makan ubat, kos rawatan tinggi pula

Kesan dari ubat-ubat itu, beliau mendapat gastrik, badan semakin lemah dan ini telah banyak mengganggu aktiviti beliau sebagai seorang pelajar. Nak ke kelas pun tak larat. Bayangkan selama 6 tahun ini dalam sebulan sahaja beliau terpaksa berulang 2-3 kali ke hospital bagi mendapat rawatan. Hinggakan ubat terpaksa dibawa kemana sahaja, dah macam bawa bekal ke sekolah.

Tapi selepas beliau mencuba Alpha Lipid Lifeline, beliau merasakan perubahan yang cukup ketara. SETELAH MENCUBA 2 TIN, BACAAN DARAH IRA TELAH KEMBALI NORMAL! Sungguh beliau tidak percaya. Malahan semasa menceritakan pengalaman beliau, Ira kelihatan sebak sangat sebab tidak menyangka masih ada harapan untuk beliau mendapat semula kesihatan yang baik. Kali terakhir beliau menerima rawatan adalah pada Februari lepas, dan temujanji dengan doktor seterusnya adalah pada bulan November ini! Bayangkan betapa berbezanya tahap kesihatan Ira sekarang.

Malam itu Ira nampak benar-benar bersyukur dengan kesihatan beliau sekarang. Terima kasih Alpha Lipid. Syukurlah Allah telah kurniakan makanan kesihatan semulajadi yang mampu memberi kesihatan baik dan kebahagiaan kepada kita semua.

Sekiranya anda ada mengenali sesiapa dalam keluarga anda, mahupun kawan-kawan anda yang menghidapi SLE, berikan maklumat ini. Kongsikan dengan mereka dan bagitahu mereka ada harapan pulih...Insya'Allah.

Hafiz Hamzah
012-9155159

Monday, August 3, 2009

Jadual Bisnes Presentation (BP) Ogos


Salam kepada pembaca semua

Jadual Bisnes Presentation (BP) Alpha Lipid bagi bulan Ogos untuk Malaysia, Singapura dan Indonesia adalah seperti berikut :-

2 Ogos Ahad 3.30 ptg KUANTAN, Kolej IKIP Kubang Buaya
3 Ogos Isnin 8.30 mlm TAWAU, Sabah di Hotel Heritage
4 Ogos Selasa 8.30 mlm KOTA KINABALU, Sabah di Theater Room, Marina Golf Club Sutera Harbour
4 Ogos Selasa 8.30 mlm BANGI, Selangor di Dewan PKNS Bangi Section 7
5 Ogos Rabu 8.30 mlm KL di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak (bersebelahan Perpustakaan Negara, next to IJN)
11 Ogos Selasa 8.30 mlm- SPECIAL TRAINING for Leaders di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak (masuk RM20 tiket)
12 Ogos Rabu 8.30 mlm KL di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak (bersebelahan Perpustakaan Negara, next to IJN)
13 Ogos Khamis 8.30 mlm-MELAKA di Ayer Keroh
14 Ogos Jumaat 8.30 mlm-JOHOR BHARU di Hotel Tropical Inn
15 Ogos Sabtu 8.30 mlm-SINGAPORE 1ST ROYALTY EVENT di Foyer 1,2nd Floor, Hall E, Singapore, $5 dollar per person entrance fee
18 Ogos Selasa 7.30 mlm-INDONESIA di Jakarta (tempat akan diumumkan)
19 Ogos Rabu 8.30 mlm KL di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak (bersebelahan Perpustakaan Negara, next to IJN)
22 Ogos Sabtu 2.00ptg-ALOR SETAR di Pusat Latihan Pertanian, Jalan Yan
23 Ogos Ahad 2.00ptg-PULAU PINANG di Perpustakaan Awam Seberang Jaya
26 Ogos Rabu 8.30 mlm KL di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak (bersebelahan Perpustakaan Negara, next to IJN)

Dimaklumkan bahawa mulai 5 Ogos, tempat BP yang selalu dibuat di Etiqa Tower kini telah berpindah ke Tingkat 2, Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, KL. Hari dan waktu masih sama, setiap Rabu 8.30 mlm. Sila rujuk kepada peta di atas

Inilah peluang anda untuk membina rangkaian anda. Di sinilah bermulanya perjalanan anda untuk memulakan langkah kejayaan anda. Luangkanlah masa anda seketika bagi memikirkan masa depan anda yang cemerlang. Bawa kawan-kawan anda, sekarang belum masa untuk anda mengalah. Terus berusaha, Insya'Allah kejayaan pasti datang.



Hafiz Hamzah
012-9155159