Monday, November 17, 2008

TESTIMONI DI LEMBAGA GETAH ASLI MALAYSIA



Inilah logo "Export Winner" yang dianugerahkan oleh kerajaan New Zealand sendiri pada tahun 1992, 2003 dan 2004. Penganugerahan ini hanya diberi kepada produk eksport yang tinggi kualitinya sahaja. Di Malaysia, hanya "Alpha Lipid Lifeline" sahaja yang memiliki anugerah ini berbanding produk kolostrum yang lain. Ini kerana keberkesanan produk ini dalam membantu memulihkan kesihatan ramai pengguna. Di sini saya ingin berkongsi beberapa testimoni yang dapat dikutip dari beberapa siri pengenalan produk ini yang diadakan di Lembaga Getah Asli Malaysia setiap hari Rabu malam. Ada di antaranya yang sempat saya jumpa dalam perjumpaan mingguan. Alhamdulillah mereka kini telah pulih sepenuhnya, terutamanya Puan Amelia dari Cheras, Kuala Lumpur. Testimoni ini juga telah diletakkan di flyers-flyers yang kami beri semasa mengadakan booth di mana-mana ekspo.

1. Puan Nissa (35 tahun)- Ampang, Kuala Lumpur
BRONCITIS ASTHMA/RADANG PARU-PARU/TEKANAN DARAH RENDAH
Saya telah disahkan menghidap Broncitis Asthma kritikal, darah rendah, migrain dan pneumonia (radang paru-paru). Keadaan saya agak teruk hingga saya bergantung sepenuhnya kepada stereoid untuk meneruskan hidup. Selain dari itu, saya juga mengidap migrain, jantung yang mengecut, anemia, tekanan darah rendah, radang sendi dan beberapa penyakit minor yang lain. Setelah menggunakan Alpha Lipid dalam 3 bulan pertama, saya telah pulih sepenuhnya termasuk dua penyakit kritikal yang saya hidapi. Saya bersyukur ALHAMDULILLAH kerana dapat kembali kehidupan saya dengan bantuan Kolostrum Alpha Lipid.


2. Puan Rohani (58tahun)- Klang, Selangor
KELENJAR SARAF BENGKAK
Pada Jun 2003, saya telah dimasukkan ke hospital kerana menghidapi sakit bengkak saraf leher. Doktor tidak dapat mengenal pasti apakah penyakit saya yang sebenarnya. Walaupun doktor telah menjalankan pelbagai ujian seperti Ultra Sound, CT Scan, Biopsy dan ujian darah, tapi malangnya tiada jawapan ditemui. Saya terus menderita selama lebih empat tahun sehingga saya diperkenalkan kepada kolostrum Alpha Lipid. Setelah saya mengambil Alpha Lipid penyakit yang saya deritai berkurangan 70 %. Di samping itu perubahan yang ketara berlaku pada diri saya yang mana saya menjadi lebih sihat dan bertenaga.


3. Encik Sudirman- Cheras, Kuala Lumpur
SAKIT SENDI/ANGIN/RESDUNG/MIGRAIN
Saya telah sekian lama mengalami sakit sendi pada tulang belikat disebabkan angin. Setiap kali cuaca dingin atau sejuk saya akan mengalami sakit belakang yang teruk sehingga saya tidak dapat melakukan sebarang kerja. Pelbagai cara telah saya lakukan termasuk bekam, urutan dan makan ubat hospital. Selain itu saya juga mengidapi resdung dan migrain. Setelah saya mencuba Alpha Lipid selama sebulan, saya dapat rasakan perubahan yang amat menakjubkan. Badan saya tidak lesu, sakit sendi semakin berkurangan, resdung dan migrain turut hilang. Syukur Alhamdulillah kini saya bertambah sihat dan bebas dari segala masalah kesihatan yang saya lalui sebelum ini.


4. Encik Mat Isa Ajis- Klang, Selangor
KENCING MANIS/KUKU BERNANAH
Baru-baru ini saya telah mendapat jangkitan pada kesemua kuku jari tangan, ianya menjadi bernanah dan saya tidak boleh makan atau memegang barang kerana sangat sakit. Yang membimbangkan saya kerana ianya sukar baik kerana saya mengidapi kencing manis (Diabetis). Selepas menggunakan Alpha Lipid, jangkitan bernanah pada kuku saya semakin sembuh dan yang mengejutkan saya sebagai pesakit diabetis, gula dalam darah stabil seiring dengan jangkitan saya yang pulih. Dan atas arahan doktor, pengambilan ubat hospital untuk kencing manis saya telah dikurangkan dari 3 kali sehari kepada 1 kali sehari sahaja. Sukar untuk saya gambarkan kesihatan yang saya miliki sekarang lebih baik dari dahulu. Hanya mereka yang pernah mengalami atau menghidapi sahaja yang mengetahui betapa pentingnya kesihatan dalam kehidupan dan tak ternilai dengan wang ringgit.


5. Puan Amelia -Cheras, Kuala Lumpur
MIGRAIN/SAKIT TUMIT & BELAKANG/OSTEOPRISIS/KEJANG OTOT/GATAL KULIT
Saya menghidapi pelbagai jenis penyakit, bermacam-macam produk telah saya cuba. Apatah lagi ubat-ubatan hospital. Masalah migrain saya sangat teruk dan boleh dikatakan setiap bulan saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan tapi kesannya hanya sementara sahaja. Setiap kali bangun pagi saya tidak dapat memijak dan berjalan dengan betul kerana tumit saya bila sejuk atau banyak pergerakan, saya akan mengalami kejang otot pada tangan, kaki dan betis. Doktor hanya memberikan saya vitamin D dan kalsium tambahan untuk mengelak kejang dan tulang reput (osteoporosis). Setelah menemui kolostrum Alpha Lipid, pada mulanya saya kurang yakin. Tetapi selepas mencuba selama 2 bulan, Alhamdulillah segala masalah kesihatan saya dapat diatasi. Tiada lagi kesakitan setiap pagi dan kini saya menjadikan Alpha Lipid sebagai minuman rutin saya setiap hari. Ia menjadikan saya bertambah sihat dan segar.


6. Cik NurulHuda Mat Isa (24 tahun)- Shah Alam, Selangor
ITP (IDIOPATHIC THROMBOCYTOPENIA PURPURA)
Selama 11 tahun saya mengidapi ITP (Idiopathic Thrombocytopenia Purpura). Ianya adalah penyakit yang jarang-jarang sekali terjadi yang mana platlet sel darah menurun dan rendah tanpa punca. Bagi orang biasa atau normal platletnya adalah 150,000 hingga 450,000 tapi platlet saya cuma 80,000 sahaja. Ini menyebabkan saya bergantung kepada stereoid. Akibatnya saya mudah sakit kerana sistem imun saya rendah (jatuh). Tapi selepas 3 minggu menggunakan Alpha Lipid, masalah kesihatan saya yang saya hadapi telah pulih dan bertambah baik dari dulu. Ianya merupakan keajaiban bagi diri saya.


7. Encik Rashid Saat (41 tahun)- Merlimau, Melaka
KEMALANGAN/PATAH TANGAN KIRI/BAHU/TULANG RUSUK
Pada awal tahun 2008, saya telah terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan tangan saya patah, tulang bahu dan tulang rusuk saya patah tiga. Ini menyukarkan saya untuk menjalankan kehidupan seperti biasa. Selepas menggunakan Alpha Lipid selama sebulan, saya telah menjalani pemeriksaan doktor dan doktor telah mengesahkan tulang bahu dan tulang rusuk saya telah bercantum semula hampir 80% dan tangan kiri saya yang sudah patah sudah boleh dilurus dan dibengkokkan. Syukur Alhamdulillah kini rasa sakit yang mengganggu kehidupan harian saya selama beberapa bulan telah berakhir dan tulang rusuk, bahu dan tangan yang patah telah pulih dengan sepenuhnya dalam masa yang singkat.


Itulah dia beberapa testimoni yang sempat saya kongsikan. Di harap anda semua mendapat manfaat di samping ingin mencuba Alpha Lipid Lifeline ini kerana ianya terbukti dan berkualiti. Bukan kami yang mengatakan produk kami bagus, tapi anugerah "EKSPORT WINNER" yang mengesahkannya. Berbanding syarikat lain, mereka sendiri yang mengatakan produk mereka berkualiti. "TEPUK DADA, TANYA SELERA"

2 comments:

WAN HAMIDI said...

tahniah hafiz!!

nama dah sama macam nama NIK HAFIZ...so insyaAllah pasti u akan berjaya selagi u masih tidak putus asa berusaha...just follow us. U akan berjaya pada usia lebih muda dari kami...jelaous lah...hehhe

Hafiz said...

Insya'Allah...Semoga Allah memberkati semua. Sambil bantu orang, sambil dapat kesenangan. tak boleh bayangkan kalau betul ekonomi tahun depan merudum so kena "siapkan payung sebelum hujan